Jika anda tercari-cari resipi biskut raya yang mudah dan sedap, resipi Biskut Coklat Chip Nestum perkongsia saudari Midah Mohamadini antara yang sangat berbaloi untuk dicuba. Bahan-bahannya mudah sahaja namun rasanya sangat luar biasa. Anak-anak tentunya sangat suka. Jom cuba! Anda pun pasti bakal gemarinya.
Bagi anda nak berniaga, KekMarble Moist ni antara yang sesuai dan senang dihasilkan. Bahan yang digunakan pun tak terlalu banyak, sukat guna cawan dan hasilnya memang sedap. Resipi perkongsian saudari Aliah Rose ni salah satu yang boleh dicuba. Sebiji kek berat anggaran 800gm-1 kg dan boleh jual antara harga RM25-RM30. Menurut empunya resipi, kek beliau ni tak manis sangat. Jadi pelanggan tak perlu makan sambal sulam air. Menarik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KEK MARBLE MOIST SEDAP GUNA SUKATAN CAWAN
1 cawan mentega – dicairkan. Boleh ganti dengan minyak
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dengan menggunakan pengadun.
2. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla atau pandan. Adun lagi hingga sebati.
3. Seterusnya masukkan tepung-tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Pastikan pengadun diperlahan sekejap-sekejap dan kaup balikkan adunan supaya rata.
4. Kemudian masukkan mentega cair. Adun perlahan dalam 3 pusingan kemudian matikan mesin. Kaup balik dengan tangan sahaja. Jangan pukul lama sangat nanti adunan jadi cair.
5. Jika nak jadikan kek berwarna warni, bahagikan adunan kepada beberapa 3 bahagian dan warna satiap satu dengan pewarna pilihan.
6. Tuang ke dalam loyang berselang-seli dan lorekkan adunan bagi mendapat bentuk marble.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 150C-180C dan bakar kek selama 40 minit atau hingga masak. Masa memasak mungkin berbeza ikut jenis ketuhar yang digunakan.
8. Angkat, sejukkan kek dan boleh dinikmati.
INFO: Biasanya empunya resipi akan dapat kek bersaiz 800gm-1kg. Harga jualan bermula RM25-RM30.
Kekyang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat Kek Span Pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
Minat membakar kek ini tidak ada pada semua orang. Kalau sudah jadi minat, boleh dikata tiap hari ada saja kek yang mahu cuba dibuat. Membakar kek pun kenalah ada ilmu supaya kek yang dibuat, bila dimakan tidak lah teruk sangat rasanya. Contohnya pemilihan ketuhar dan tahap kepanasan nya perlu diambil kira agar pembakaran kek gebu seperti mana yang diinginkan. Buat yang mahu mencuba min kongsi resipi kek mudah untuk dicuba. Ada yang dibakar guna ketuhar dan paling ringkas guna pemanggang ajaib.
KEK COKLAT MOUSSE SIMPLE
BAHAN-BAHAN
BAHAN KERING
• 1 1/2 cawan tepung gandum
• 1 cawan serbuk koko
• 2 sudu baking powder
• 1 sudu soda bikarbonat
BAHAN BASAH
• 1 cawan gula halus
• 1 cawan minyak
• 3 biji telur gred A
• 1 sudu esen vanila
• 1 cawan susu cair
CARA-CARA
1. Ayak bahan kering dan ketepikan
2. Pukul bahan basah hingga sebati kecuali susu.
3. Setelah sebati masukkan separuh bahan kering dan pukul sekejap.
4. Masukkan pula susu cair dan pukul sebati.
5. Masukkan baki bahan kering dan pukul sebati (tak perlu pukul lama)
6. Tuang dalam acuan dan bakar. Boleh bakar sekali dan potong jadi 3 bahagian atau bakar secara berasingan hingga masak. (Suhu bergantung dengan oven masing-masing)
CARA-CARA
1. Cairkan coklat masak, susu cair dan marjerin dengan api perlahan. Ketepikan dan biar hingga sejuk sedikit.
2. Campur gelatin dan air biarkan 2-3 minit dan cairkan secara double boiled.
3. Kaup balik campuran coklat dalam whip cream dan masukkan gelatin. Kacau sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Susun lapisan pertama kek di bahagian bawah loyang(loyang springfom) Tuang sebahagian coklat mousse dan ratakan
5. Susun pula lapisan kedua kek dan diikuti lapisan kedua coklat mousse
6. Susun lapisan kek yang terakhir dan bungkus dengan plastik wrap. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam
7. Bila dah set tuangkan coklat ganache di bahagian atas kek atau hias ikut suka
8. Siap untuk dihidang.
Campurkan telur dan tepung. Putar pada kelajuan tinggi selama 7-8 minit.
Perlahankan kelajuan, kemudian masukkan air dan esen vanilla.
Seterusnya, masukkan minyak jagung dan gaul sebentar.
Asingkan kepada lima bahagian untuk lima warna (ungu, biru, kuning, oren dan merah).
Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
Setelah masak, sejukkan di atas redai.
Untuk menyediakan krim mentega. Pukul mentega sehingga kembang pada kelajuan tinggi.
Campurkan esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul hingga sebati.
Kemudian masukkan gula aising, gaul sebati pada kelajuan tinggi selama lima minit.
Cara untuk melapis. Letakkan lapisan ungu dan ratakan krim mentega di atasnya, seterusnya gunakan cara melapisan yang sama untuk warna biru, kuning, oren dan merah.
Akhir sekali ratakan krim mentega pada seluruh permukaan dan di sekeliling kek.
Hias ikut cita rasa anda.
Info Chef: Bahan hiasan dan warna lapisan ikut cita rasa anda atau permintaan anak-anak.
KEK KEJU OREO (TANPA BAKAR)
BAHAN-BAHAN:
250gm yogurt perisa asli
250g krim keju (cream cheese)
2 ½ sudu kecil gelatin
100ml air
75gm gula kastor
200gm biskut oreo ] hancurkan halus-halus
80gm mentega ] cairkan
40gm biskut oreo ] pecah-pecahkan kasar
Sedikit biskut Oreo untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Biskut oreo halus disatukan dengan mentega. Tuang dan padatkan pada permukaan bawah loyang springform bersaiz 7 inci diameter.
Gelatin dimasukkan ke dalam air. Kacau dan biarkan selama 5 minit. Panaskan menggunakan teknik ‘double-boil’ sehingga cair dan lut sinar. Ketepikan.
Pukul krim keju dan gula hingga sebati. Masukkan yogurt dan gelatin. Tambah dengan Oreo yang dipecah-pecahkan kasar. Kacau dengan menggunakan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang, hias dengan biskut oreo di bahagian atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam.
Sambal ayam daun kari ini boleh masuk dalam senarai resipi sambal ayam kita yang sememangnya ada banyak versi.Tapi resipi yang ini rasanya tidak semata...