Kek pisang ni memang ramai peminatnya. Nak buatnya pun mudah dan tak sesusah disangka. Mengikut resipi yang dikongsi oleh saudari Aliah Yahaya Alia ini, beliau membuat kek pisang dengan hanya menggunakan blender. Tapi, nampak gebu dan sedap kan? Jom cuba buat sendiri.

KEK PISANG

Resipi Kek Pisang Mudah, Hanya Guna Blender

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan minyak jagung atau minyak masak
  • 4 biji telur
  • 8 biji pisang emas (saya guna pisang berangan dalam 5-6 biji)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

1. Panaskan oven dahulu dalam 10-15 minit dengan suhu 160-170°c

2. Campur tepung gandum, baking powder dan baking soda. Ayak dan asingkan.

3. Sediakan pengisar. Masukkan telur, gula dan garam. Kisar hingga kembang.

4. Masukkan minyak, kisar lagi.

5. Masukkan pisang, kisar hingga halus. Asingkan bahan ini ke dalam 1 mangkuk besar.

6. Ambil tepung yang diayak tadi, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan yang dikisar tadi. Gaul sebati. Jangan gaul lebih-lebih, asalkan sebati.

7. Lenserkan loyang. Lapik baking paper dan bakar 160-170°c selama 45-50 minit mengikut oven masing-masing.

8. Siap.

Resipi Kek Pisang Mudah, Hanya Guna Blender

Resipi Kek Pisang Mudah, Hanya Guna Blender

 

Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Aliah Yahaya Alia

 

Anda mencari PENGISAR? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Resipi Kek Minyak Sunquick Yang Gebu & Lembut

Cara Mudah Buat Kek Coklat Kukus Yang Lembut & Sedap

Resipi Kek Lapis Masam Manis Kukus Warisan Arwah Ibu Mertua. Sedap & Mudah

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI