Bingka ubi garing di luar dan lembut di dalam. Yang bestnya bingka arau bengkang ubi ini bukan saja senang nak buat, rasa pun bukan main sedap lagi!
Dengan tekstur yang garing di luar lembut di dalam. Rasanya pun manis sedang elok, lemak berkrim yang seimbang.
Tak Susah Pun Buatnya
Orang ingat buat bingka ni susah kan tapi senang sangat sebenarnya. Hanya campurkan semua bahan dan bakar.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Baizura Muhammad atau Kak Bai ini memang dah tepat-tepat sukatannya. Insya-Allah CONFIRM JADI. Yang penting ikut bahan dan cara buat dia betul-betul ye.
Bingka Ubi, Garing Di Luar, Lembut Di Dalam
Bahan-bahan:
4 cawan Ubi Kayu (disagat)
2 cawan Santan pekat – boleh beli online di sini
1 cawan Gula Pasir – boleh beli online di sini
½ sudu kecil Garam – boleh beli online di sini
Sedikit Pewarna Kuning
Ads
Cara Memasak:
Sebelum sagat ubi, panaskan oven dulu dengan suhu 200C, guna api atas bawah tanpa kipas.
Selepas itu, bolehlah mula sagat ubi menggunakan penyagat. Kena pastikan dapat dapat empat cawan. Beli ubi kayu lebih pun tak apa, kadang ubi itu tak elok.
Sukatan cawan pula tak kisah, asalkan guna satu cawan yang sama dari awal sampai siap bingka ni nanti.
Seterusnya paling senang. Campur je semua bahan. Mula-mula masukkan gula cawan.
Lepas itu, masukkan santan pekat. Kalau guna santan asli, perah daripada 1 biji kelapa.
Sebagai rujukan untuk beli bahan: Cawan metriks yang Kak Bai pakai tu memerlukan 500ml santan kotak. Ikut cawan masing-masing lah ye. Kita perlukan 2 cawan. Jangan lupa kocak dulu sebelum tuang santan tu.
Kemudian masukkan garam 1/2 sudu kecik. Nampak tak kat sudu tu ada tulis 1/2 tbs (1/2 table spoon). Haa senang kan pakai penyukat metriks macam tu.
Setelah itu, masukkan pewarna kuning. Ikut suka je nak letak banyak mana. Mula-mula letak sikit dulu, kacau dan tengok hasilnya. Kalau masih belum cukup keramat lagi warna kuning tu, bolehlah tambah lagi sampai puas hati.
Kacau rata semua bahan tadi sampai gula hancur. Jangan pandai-pandai nak tambah tepung ke apa. Memang itu je bahan-bahannya. Simple tapi menjadi.
Masa Untuk Bakar:
Tuang dalam loyang 7 inci. Ratakan. Loyang tu tak perlu sapu atau alas apa-apa sebab nanti santan pekat tu bila dibakar akan jadi berminyak sikit. Jadi, bingka tak melekat dan senang je nak keluarkan – asalkan dah betul2-betul sejuk.
Masukkan loyang dalam oven yang dah dipanaskan tadi. Guna suhu 200C api atas bawah tanpa kipas. Letak dekat rak paling bawah. Bakar dalam 1 jam – 1 1/2 jam.
Kalau jenis suka bingka yang lembut semua, 1 jam dah cukup. Kalau suka yang garing kulitnya, bakar dalam 1 1/2 jam. Atau tengok kalau bahagian atas dah perang, dah boleh angkat. Pendek kata ikut selera masing-masing.
Ads
Bila dah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan dulu lebih kurang 3-5 jam. Bingka akan lekang sendiri dari loyang bila dah cukup sejuk.
Sejuk ni maknanya pada suhu bilik ya, tak payah masukkan dalam peti sejuk pulak. Tapi kalau dah tak sabar sangat nak makan panas-panas, makan jelah dik.
Kalau nak bingka yang lembut dan lemak berkrim, make sure ikut betul-betul sukatan dan cara buatnya tau. Insya-Allah puas hati dan puas makan.
Minum petang dihidangkan dengan cucur yang digoreng panas-panas memang layan. Cicah pula dengan sos homemade, padu rasanya. Bahan-bahan nak membuat cucur ni mudah didapati. Bolehlah buat nanti untuk sekeluarga nikmati.
Cucur
Bahan-bahan:
1 kg gandum
1 paket yis
1 sudu besar majerin
Segengam ikan bilis
1 biji bawang besar mayang halus
1 ikat kangkung
1 biji lobak merah di sagat/ mayang panjang
Sedikit garam
Sedikit gula
Cara membuat:
1.Gaul semua bahan bersama tepung gandum.Perap 15 minit
2.Kemudian bolehlah digoreng dengan minyak secukupnya.
Bahan sos:
3 ulas bawang putih -tumbuk halus
Tumis dengan sedikit minyak
3 sudu besar cili kering-kisar
Sedikit bijan
1 keping nisan
Sedikit garam
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar gula
Sedikit tepung jagung
Cara membuat:
1.Masak semua bahan tadi sehingga pekat.
2.Bila pekat tutup api dan hidangkan bersama cucur tadi.
Campurkan kedua-dua tepung + kuning telur + santan + gula ke dalam labu yang telah dilecek. Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung. Adunan ni tak terlalu lembik.
Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang. Masukkan inti kelapa di tengah-tengahnya. Letak lagi sesudu adunan untuk menutup inti. Kemudian bungkus.
Kukus sampai masak. Anggaran 15-20 minit atau hingga lepat masak sepenuhnya. Siap!! Mudah kan?
Nota: Kalau nak guna tepung gandum sahaja pun boleh. Adunan jangan terlalu kental atau lembik. Saya tak letak pewarna kuning kerana warna kuning asli daripada buah labu.
Bangsa Johor mesti kenal kuih tradisional ni. Kaya dengan rasa labu lemak manis yang cukup berkhasiat. Kuih ni cukup popular di majlis kenduri kendara, jadi manisan untuk hantaran pun boleh. Bahan-bahannya cukup ringkas aje.
Ilmu buat kuih tradisional ni, anak-anak muda elok sangat belajar buat kuih ni. Ni perkongsian cara membuatnya dari Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com
KUIH KACAU LABU
BAHAN-BAHAN :
350 gram gula pasir
400 ml santan
500 ml air
50 gram tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
CARA MEMASAK :
1.Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.
2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.
3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.
4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.