Pancake antara menu yang menjadi pilihan untuk sarapan. Ia mudah dan menyelerakan untuk hidangan seisi keluarga. RASA kumpulkan sembilan resipi pancake untuk anda cuba. Semuanya berlainan rasa dan juga bentuk. Jangan lupa cuba!

RESIPI BABY PANCAKE

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:

150gm tepung gandum beli online disini

200gm susu full cream beli online disini

35gm mentega  beli online disini

35gm gula kastor beli online disini

2 sudu teh baking powder beli online disini

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh vanilla powder

1 biji telur

CARA MEMASAK:

1.Satukan kesemua bahan ke dalam blender dan sehingga sebati dan tak berketul.

2.Kemudian tapis adunan supaya tekstur pancake lebih halus.

3.Tuangkan adunan ke dalam botol acuan.

4.Panaskan kuali. Sapukan sedikit mentega.

5.Masak pancake ikut saiz kesukaan masing-masing lebih kurang 10 minit. Masak guna api perlahan sahaja. Lakukan hingga habis adunan.

  1. Akhir sekali boleh letak topping mengikut citarasa masin-masing. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Cik Dayang Zuhaila

RESIPI LEMON PANCAKE MAPLE SYRUP

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:

150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap maple secukupnya

CARA MEMASAK:

1.Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.

3.Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.

RESIPI PANCAKE MILO

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

IKLAN

BAHAN–BAHAN:

1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur dan kacau.
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo.
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.

  1. Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
    6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan.
    7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.

Kredit resipi: Sheila Rusly

RESIPI RICE PANCAKE

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
1 tangkai daun bawang
Lobak merah – disagat halus
2 biji telur
Garam
1 sudu makan tepung gandum beli online disini
Jika suka, boleh tambah daun sup, kentang, isi udang atau apa sahaja ikut kegemaran

CARA MEMASAK:

1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing atau apa sahaja yang ada di dapur.

  1. Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan sebatikan. Tidak perlu tambah air. Pastikan nasi tidak berketul.
  2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian sudukan adunan Rice Pancake tadi. Minyak tidak perlu banyak seperti kita menggoreng cucur.
    4. Bila sudah keperangan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah hingga masak sepenuhnya.
  3. Angkat dan hidangkan bersama sos cili Thai.

Kredit resipi & foto: Marina Abd Majid

RESIPI PANCAKE HIPSTER

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:

1 paket tepung gandum cap ros
1 biji telur
4 1/2 tin air
4 sudu susu pekat manis – beli online
1/2 tin minyak – beli online
2@3 titik butter oil (tiada pun tidak mengapa- untuk aroma sahaja)
2 sudu makan garam – beli online

*sukatan tin-guna tin susu.

CARA MEMASAK:

  1. Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10 hingga 20minit. *kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai.
  2. Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
  3. Panaskan kuali. Pipekan adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali. Apabila sudah masak semuanya, boleh angkat dan gulung. Ketepikan.

Sumber kredit: Siti Khajar

IKLAN

RESIPI THAI STREE BANANA PANCAKE

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:
Kepingan Roti Paratha segera beli online disini
1 biji pisang
Mentega masin secukupnya (salted butter) beli online disini
Gula beli online disini
Hazelnut spread @ Nutella (boleh diganti dengan susu pekat manis mengikut citarasa anda) beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Nyahbeku kepingan paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).

2.Potong pisang menjadi kepingan dan susun diatas kepingan roti paratha tadi.

  1. Kemudian lipat bahagian tepi paratha ke dalam.
  2. Cairkan mentega masin dengan secukupnya di dalam kuali.
    5. Letak kepingan Paratha tadi dan goreng kedua bahagian sehingga garing keemasan.
  3. Angkat dan sapukan Hazelnut spread @ Nutella dengan secukupnya di permukaan. Jika tiada, boleh diganti dengan susu pekat manis atau apa sahaja sapuan mengikut selera anda. Potong untuk memudahkan ia dimakan.
  4. Thai Street Banana Pancake yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.

RESIPI PANCAKE ALA CINA

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:

1 cawan tepung – BELI DI SINI

1 sudu teh garam

⅓ cawan minyak – BELI DI SINI

1 cawan air (letak air biasa dalam cawan sampai agak² penuh. Penuhkan dengan air panas. Kiranya air panas ~2 sudu makan)

Isi ketam tiruan – BELI DI SINI

Daun Bawang

CARA PENYEDIAAN:

Oles kuali dengan minyak.

Tuang 1 senduk adunan. Letak isi ketam tiruan dan daun bawang.

Tutup supaya ketam dan tepung masak.

IKLAN

Buka tudung dan biarkan sekejap supaya semua wap air meruap.

Boleh hidang lipat atau terbuka.

Makan semasa panas supaya bahagian garing masih rangup.

Kredit: Siti Hazneza Binti Abdul Hamid

RESIPI SWEET PANCAKE ALA HOTTEOK

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang sederhana besar ( kukus/ rebus & lenyek)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit garam
Air suam secukupnya
Minyak/ butter untuk goreng
Bijan untuk hiasan
Inti ikut citarasa (saya letak kacang merah & cheese mozarella)
Minyak masak untuk sapu dekat tapak tangan

CARA MEMBUAT:
1.Masukkan semua bahan-bahan A di atas dan gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat dekat tangan. Jangan terlalu lembut atau keras. Rehatkan sebentar agak-agak 30 minit.
2.Cukup masanya uli sebentar biar doh sekata kemudian bolehlah mula bentukkan. Ambil sedikit minyak, sapu atas tapak tangan dan ambil sedikit doh, leperkan doh tadi seperti nak buat kuih bom. Masukkan inti dan tutup kemas-kemas.

3.Bulatkan cantik-cantik. Golek dalam bijan sehingga rata kemudian. Bulatkan di tapak tangan supaya bijan melekat cantik. Buatlah sehingga habis dan bolehlah goreng menggunakan non stick pan.
4.Letak sedikit minyak atau butter dan masukkan bebola tadi,buat satu-satu ye.
5.Tekan menggunakan sudip supaya leper ikut saiz yang disukai. Balik-balik kan dan masaklah sehingga warnanya perang cantik. Ulanglah sehingga habis. Siap untuk dihidang.

RESIPI PANCAKE POPIA KPOP

9 Resipi Pancake Mak-mak Boleh Cuba. Best Buat Hidangan Sarapan!

BAHAN-BAHAN:

  • Kulit popia (brand apa-apa aje)
  • 10 ekor udang (potong kecik2)
  • 1sd lada sulah
  • Sedikit garam
  • 3ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
  • Daun kucai
  • Cili merah besar (cincang halus)
  • 2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
  • Sebiji telur
  • Sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn air (utk gam)

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia n tepung gandum.
  2. Kulit popia dilipat dua dan gunting ..
  3. Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
  4. Satu lagi lapisan kulit popia disapu dgn tpung gandum utk gam ye. Dan tampal atas popia..
  5. Lps tu boleh lah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan!

Kredit resipi: Tengku RosElyza Raja Muhammad

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

5 Resipi Nasi Goreng Kampung Paling Mudah Nak Buat. Bila-bila Nak Makan Boleh Masak

Anak Ulang Makan, Resipi Agar-Agar Milo Susu Ni Memang Sangat Sedap

Cara Buat Kuih Penyaram Guna Sukatan Cawan, Ikut Langkah Yang Betul Pasti Menjadi

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI