Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.

Banana Yogurt Smoothie & Greek Style Salad, Menu Yang Sihat & Enak

BANANA YOGURT SMOOTHIE

Banana Yogurt Smoothie & Greek Style Salad, Menu Yang Sihat & Enak

Bahan-bahan:

  • 2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
  • 250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
  • 125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
  • 2 sudu makan madu
  • ½ sudu teh serbuk kulit kayu manis

Cara-cara:

  1. Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
  2. Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
  3. Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

GREEK STYLE  SALAD

Banana Yogurt Smoothie & Greek Style Salad, Menu Yang Sihat & Enak

Bahan-bahan A (salad):

IKLAN
  • 100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
  • ½ biji timun – buang empulur & potong dadu
  • ¼ biji cili benggala hijau – buang biji & potong dadu
  • ¼ cawan buah naga – potong dadu
  • ¼ cawan ceri tomato – belah dua
  • ¼ cawan mangga – potong dadu
  • 1 biji nangka – buang biji
  • ½ biji bawang besar – hiris bulat
  • Daun pudina – cincang kasar
  • Buah zaitun (hiris) – jika suka
  • ¼ cawan Keju Mainland Edam

Bahan-bahan B (dressing):

  • 100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
  • ¼ cawan extra virgin olive oil
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • ½ sudu teh djorn mustard
  • ½ susu teh oregano
  • Garam & lada hitam kisar secukupnya

Cara-cara:

  1. Sediakan mangkuk besar. Satukan semua bahan A lalu gaul rata. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada hitam kisar secukupnya.
  3. Tuang bancuhan dressing ke dalam mangkuk berisi campuran salads.
  4. Cadangan hidangan; dihidangkan bersama crouton atau roti bakar yang dihiris kecil/nipis.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Dada Ayam Tak Laku? Jom Buat PopCorn Ayam Paling Mudah, Sekejap Habis Sepinggan

IKLAN

Apam Jagung, Rasa Lemak Manis Memikat Selera

Resipi Apam Lenggang, Berbaloi Lama Proses Nak Buat Sebab Memang Sedap

Ayam Masak Halia Masakan Simple & Confirm Habis Sepinggan

 

IKLAN

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI