
Isi Kandungan
ToggleTeringin nak makan kek? Anda patut cuba Parmesan Cheese Cake ni yang gebu dan lembut ni. Sekali makan, pasti nak lagi. Lebih-lebih lagi bila makan panas-panas, memang tak cukup satu. Nak lagi enak, gunakan keju Perfect Italiano Parmesan untuk menambah rasa kek anda. Jom cuba.
PARMESAN CHEESE CAKE
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- ½ cawan gula
- 40gm minyak masak
- 40gm Fernleaf Susu UHT
- 100gm keju Perfect Italiano Parmesan
- 110gm tepung naik sendiri
Cara Memasak:
- Pukul gula dengan minyak hingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
- Tambahkan Fernleaf Susu UHT, keju Perfect Italiano Parmesan dan tepung naik sendiri. Gaul rata.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 160°C selama 15 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Burger Tofu Perisa Kari Cheese Leleh, Resipi Sihat Untuk Anda
Cara Buat Burger Salmon Cheese Banjir Di Rumah. Mudah & Sedap!
Resipi Burger Ayam Rangup Bersama Salad Mangga. Enak Hingga Menjilat Jari
Resipi Burger Ayam Chimicuri Sos Cheese Yang Enak. Memang Padu!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Roti Goreng Chesdale, Resipi Mudah & Sedap Dinikmati Bila-Bila Masa

Tercari-cari menu yang mudah untuk disediakan? Boleh cuba buat Roti Goreng Chesdale. Sesuai sangat dimasak untuk hidangan minum petang. Mudah tak tak renyah. Masak pula menggunakan Keju Cheddar Chesdale, memang bertambah enak la. Bukan saja menambah rasa, keju ini juga tinggi dengan kalsium dan protein menjadikan ia satu hidangan yan g berkhasiat untuk anak-anak.
ROTI GORENG CHESDALE
Bahan-bahan:
- 6 keping roti putih
- 6 keping Keju Cheddar Chesdale
- 2 biji telur
- 2 sudu makan susu UHT Full Cream Fernleaf
- 1 sudu teh chili flakes
- ½ sudu lada sulah
- Garam secukupnya
- Mentega Anchor Unsalted secukupnya
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
Cara-cara:
- Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
- Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
- Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
- Di dalam mangkuk, satukan telur, susu tepung Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
- Panaskan 1-2 sudu makan mentega Anchor di dalam frying pan.
- Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
- Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
- Hidangkan panas bersama sos kegemaran.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Donut Susu Gebu & Lembut Gerenti Berebut Anak-Anak Makan
Buat Kek Planta Cara Orang Lama, Guna Dapur Gas Tak Mengecewakan
Ikan Bilis Hancur, Tumis Pedas-Pedas Jadi Lauk Penyedap Makan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Pek Nga Cheese Olahan Dapoq Pdot Yang Mudah & Sedap. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Pek Nga merupakan antara menu yang popular di Utara. Menggunakan kelapa muda sebagai bahan asas, Pek Nga memang mudah sangat nak buat. Yang penting sedap! Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama Sambal Bilis atau Kari Daging.
Rupanya, Pek Nga ni lebih sedap jika ditambah Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di dalamnya. Resipi olahan Dapoq Pdot ini dapat meningkatkan rasa dan nampak sungguh menyelerakan. Jom kita cuba.
PEK NGA CHEESE
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa parut
- 150gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
- ½ cawan air
- ½ sudu teh garam
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
Cara Memasak:
- Gabungkan kelapa parut, tepung gandum, separuh keju Perfect Italiano Perfect Pizza, garam dan air.
- Gaul hingga sebati.
- Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.
- Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan ke seluruh kuali.
- Tunggu sehingga adunan separuh masak dan taburkan lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza di atasnya.
- Biarkan sehingga keju mencair.
- Siap! Sedia dihidang dengan kuah sambal, kuah gulai atau susu pekat.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web RASA:
Lompat Tikam Cheese Olahan Chef Amrin Cukup Rasa Lemak & Manisnya
Lembut & Gebu Macam Kapas! Jom Buat Donut Minion Viral Ni Pula!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
7 Menu Hujung Tahun Yang Lazat & Mudah Disediakan Sempena Meraikan Tahun 2023

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai, sedar atau tidak kita sudah sampai ke penghujung tahun.Akhir tahun sebegini, ramai yang ambil peluang untuk mengambil cuti dan meluangkan masa dengan keluarga di rumah.
Tidak kurang yang mengambil kesempatan meraikan tetamu di kalangan rakan baik mahupun keluarga dengan memasak hidangan istimewa daripada air tangan sendiri. Inilah masa tunjukkan kemahiran memasak anda.
Tidak perlu menyediakan masakan yang sukar, yang penting ia meninggalkan memori yangi indah saat menikmati setiap hidangan yang disediakan. Inspirasi menu yang diolah menggunakan Keju Perfect Italiano dan Chesdale boleh anda hidangkan buat tetamu. Limpahan keju mewah yang pasti menambat selera. Bye Bye 2022, Hi Hi 2023.
Antara resipi yang boleh dicuba adalah Pastry Tuna Chesdale dan Ayam Kentang Bakar Berkrim yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat. Pastry Tuna Chesdale dimasak menggunakan Keju Cheddar Chesdale yang tinggi dengan kalsium dan protein. Malah, keju ini juga dapat meningkatkan rasa makanan menjadi lebih enak dengan cheese.
Hidangan yang diinspirasikan dari United Kingdom Roti Goreng Chesdale menggunakan Keju Cheddar Chesdale tidak kurang enaknya. Pastinya hidangan ini menjadi pilihan anak-anak. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak renyah.
Manakala Ayam Kentang Bakar Berkrim pula menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes yang menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang cukup lazat, memberi regangan serta kerak coklat keemasan yang menyelerakan. Pasti tetamu akan menyukainya.
Menarik juga hidangkan tetamu dengan Taco Berkeju Daging Dendeng dan Cheesy Mini Prata Sambal Udang. Mudah disediakan dan praktikal. Hidangan yang diinspirasikan dari Mexico dan Itali sangat sedap apabila diolah mengikut tekak orang Malaysia.
Taco Berkeju berintikan Daging Dendeng ni memang padu. Rasa pedas daging dendeng yang ditaburi Keju Perfect Italiano Mexican Style buat hidangan bertambah enak. Gabungan tiga jenis keju yang meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri sekaligus menjadikan ia satu hidangan yang cukup sempurna.
Cheesy Mini Prata Sambal Udang sedap bila dimakan panas-panas. Jangan lupa taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Ia memberi rasa keju yang seimbang dan tidak berminyak. Bila ditarik, memang terliur tengok, rugi sangat kalau tak cuba!
Pastikan hidangan yang lebih sihat juga disediakan buat tetamu. Boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang diinspirasikan dari Amerika Syarikat dan Greece ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Nak lagi sedap, letakkan hirisan buah pisang di atasnya dan taburkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Memang sempurna rasa. Greek Style Salad menggunakan buah-buahan tempatan seperti nangka dan mangga juga unik.
Kedua-dua hidangan ini tentunya lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Yogurt yang kaya dan berkrim ini pastinya menjadi pilihan kerana ia rendah lemak dan tiada gula tambahan.Kalau anda nak tahu, terdapat dua lagi variasi yogurt daripada Fernleaf iaitu Fernleaf Natural Yogurt dan Fernleaf Protein+ Yogurt.
Jadi, jangan lupa mencuba kesemua hidangan ini dan dikongsikan resipi penuh.
Selamat mencuba!
AYAM KENTANG BAKAR BERKRIM
Bahan-bahan:
8 ketul bahagian atas peha ayam
4 biji kentang muda (saiz medium) – bersihkan & belah dua
200ml Anchor Cooking Cream
500ml stok/air rebusan ayam
300gm Perfect Italiano Perfect Bakes
2 sudu makan minyak sayur
5 ulas bawang putih – cincang
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan daun kari – cincang
2 biji bawang holland – potong bulat
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
Cincangan daun kari segar/saderi – untuk ditabur sebagai hiasan
Cara memasak:
1.Tabur sedikit garam pada ayam.
2.Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak sayur. Letak ayam tadi dan pan fry sekejap dikedua-dua bahagian untuk mendapatkan warna perang. Ketepikan.
3.Di dalam mangkuk, satukan Anchor Cooking Cream, stok ayam, cincangan bawang putih, rempah kari, cincangan daun kari, garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Kacau rata.
4.Sediakan mangkuk tahan panas yang disapu sedikit minyak. Susun ubi kentang dan hirisan bawang hollang di bahagian bawah mangkuk.
5.Susun pula ayam yang telah diperangkan tadi di dalam dulang pembakar.
6.Tuang campuran cream ke atas ayam.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit.
8.Setelah 40 minit, buang penutup dulang lalu tabur keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan teruskan bakar selama 15-20 minit lagi.
9.Tabur cincangan daun kari/saderi dan hidangkan.
PASTRY TUNA CHESDALE
Bahan-bahan:
8 keping Keju Cheddar Chesdale
4 keping puff pastry (size medium)
200gram tuna dalam tin – ambil isi saja dan hancurkan sedikit
8 biji tomato ceri – belah dua
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh serbuk paprika
Garam secukupnya
Cincangan parsley
Cara memasak:
1.Di dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, serbuk paprika dan garam secukupnya. Gaul sebati.
2.Ambil sekeping puff pastry lalu kemaskan bahagian tepinya agar tinggi sedikit. Letak dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit mentega.
3.Letakkan sesudu campuran sos tadi dan ratakan.
4.Letak dua keping Keju Cheddar Chesdale di atas sos.
5.Susun tomato di bahagian keliling puff pastry, sendukkan cincangan tuna dan letak di bahagian tengah.
6.Tabur dengan cincangan parsley di atas tuna.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 15 minit. Hidangkan panas.
ROTI CHESDALE GORENG
Bahan-bahan:
6 keping roti putih
6 keping Keju Cheddar Chesdale
2 biji telur
2 sudu makan Susu UHT Full Cream Fernleaf
1 sudu teh chili flakes
½ sudu lada sulah
Garam secukupnya
Mentega Anchor Unsalted secukupnya
Cara memasak:
1.Ambil sekeping roti lalu leperkan sedikit dengan rolling pin.
2.Letakkan sekeping Keju Cheddar Chesdale ke atas roti. Ambil sekeping lagi roti yang telah dileperkan sedikit lalu tutupkan ke atas Keju Cheddar Chesdale.
3.Ambil gelas yang permukaannya lebar lalu tekap roti tadi membentuk bulat. Kemaskan keliling roti tadi.
4.Di dalam mangkuk, satukan telur, Susu UHT Full Cream Fernleaf, chili flakes, lada sulah dan garam secukupnya. Kacau rata.
5.Panaskan 1-2 sudu makan Mentega Anchor Unsalted di dalam frying pan.
6.Celupkan roti tadi ke dalam campuran telur lalu masukkan ke dalam frying pan.
7.Goreng roti hingga perang dikedua-dua bahagian.
8.Hidangkan panas bersama sos pilihan.
TACO BERKEJU DAGING DENDENG
Bahan-bahan A:
Kepingan taco secukupnya
150gm Perfect Italiano Mexican Style
Cincangan daun bawang dan cili merah – untuk hiasan
Bahan-bahan B (Daging Dendeng):
800gram daging
5 batang serai – hiris
8 helai daun limau purut
1 cawan stok/air rebusan daging
1 cawan bawang goreng
4 sudu makan kicap manis
4 sudu makan kicap masin
3 sudu makan air asam jawa (cair sedikit)
2 sudu makan gula
Bahan-bahan C (Untuk dikisar):
1 cawan minyak
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
4 batang serai
Cara memasak:
1.Rebus daging hingga empuk (jangan buang air rebusan). Hiris daging nipis (ikut size yang disukai) lalu gaul dengan separuh kicap manis.
2.Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng daging tadi hingga agak perang. Angkat dan tumbuk daging hingga agak nipis. Ketepikan.
3.Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit lagi minyak lalu goreng hirisan serai hingga layu dan wangi. Ketepikan.
4.Kisar bahan C hingga lumat lalu tuang di dalam kuali besar. Tumis hingga bahan masak dan wangi.
5.Masukkan daun limau purut, serai yang digoreng lalu renehkan hingga semua bahan kisar masak sempurna.
6.Masukkan gula, air asam jawa, air rebusan daging, garam masin dan lebihan kicap manis. Jika perlu boleh tambah garam. Masak hingga kuah pekat dan hampir kering.
7.Masukkan daging goreng dan bawang goreng. Satukan semua bahan dengan mengacaunya rata. Gaul sebati dan sejukkan sebentar. Setelah agak sejuk, masukkan setengah paket keju Perfect Italiano Mexican Style lalu gaul rata.
8.Ambil sesenduk daging dendeng lalu masukkan dalam kepingan taco yang diletakkan dalam acuan muffin atau dulang pembakar.
9.Tabur lebihan keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas daging dendeng lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10-15 minit atau hingga keju cair. Tabur cincangan cili merah dan daun bawang dan hidangkan segera.
CHEESY MINI PIZZA PRATA SAMBAL UDANG
Bahan-bahan:
4 keping prata segera
250gm Keju Perfect Italiano Perfect Pizza
Daun basil – cincang kasar
Mentega Anchor Unsalted
Bahan-bahan B (Sambal Udang):
10-15 ekor udang sederhana – bersihkan
1 biji bawang holland – potong bulat
6 biji tomato ceri – belah dua
10 tangkai cili kering – rebus dan toskan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan gula perang
Garam secukupnya
Cara memasak:
1.Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
2.Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak.
3.Masukkan air asam jawa, gula perang, udang dan garam secukupnya. Gaul sebati dan sejukkan sebentar.
4.Sapu sedikit Mentega Anchor Unsalted di dalam dulang pembakar, letak sekeping prata.
5.Sendukkan sambal udang secukupnya lalu ratakan diatas prata. Susun hirisan bawang holland dan tomato ceri. Renjiskan sambal sedikit lagi.
6.Tabur keju Perfect Italiano Perfect Pizza secukupnya.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
8.Tabur cincangan daun basil dan hidangkan segera.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu Susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara membuat:
1.Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, Susu UHT Full Cream Fernleaf dan madu lalu kisar hingga halus.
2.Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
GREEK SALADS
Bahan-bahan A (salad):
100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
½ biji timun – buang empulur & potong dadu
¼ biji cili benggala hijau – buang biji & potong dadu
¼ cawan buah naga – potong dadu
¼ cawan ceri tomato – belah dua
¼ cawan mangga – potong dadu
1 biji nangka – buang biji
½ biji bawang besar – hiris bulat
Daun pudina – cincang kasar
Buah zaitun (hiris) – jika suka
¼ cawan Keju Mainland Edam
Bahan-bahan B (dressing):
100gram Fernleaf Greek Style Yogurt
¼ cawan extra virgin olive oil
2 ulas bawang putih – cincang halus
½ sudu teh djorn mustard
½ susu teh oregano
Garam & lada hitam kisar secukupnya
Cara membuat:
1.Sediakan mangkuk besar. Satukan semua bahan A lalu gaul rata. Ketepikan.
2.Di dalam mangkuk lain, satukan semua bahan B lalu kacau sebati. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada hitam kisar secukupnya.
3.Tuang bancuhan dressing ke dalam mangkuk berisi campuran salads.
*Cadangan hidangan; dihidangkan bersama crouton atau roti bakar yang dihiris kecil/nipis.