Nak masak Tomato Lasagna ni tidaklah susah mana pun. Kalau ikut step by step ni, confirm menjadi. Makan panas-panas lagi layan. Bolehlah cuba sempena cuti sekolah ni. Nak lagi sedap, guna keju Perfect Italiano Parmesan dan tambahkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes untuk hasil kerak perang keemasan yang sempurna.
TOMATO LASAGNA
Bahan-bahan:
250gm daging kisar
1 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
1 tin tomato puri
1 sudu besar herbs
30gm parsli
12 keping lasagna
1 cawan keju Perfect Italiano Parmesan
150gm keju Perfect Italiano Perfect Bakes
½ cawan air
Cara Memasak:
Tumis daging kisar bersama bawang putih dan bawang holland hingga masak.
Masukkan puri tomato, air, herbs, parsli dan keju Perfect Italiano Parmesan. Gaul rata hingga sebati.
Susunkan kepingan lasagna dalam acuan, tuangkan sos di atasnya dan ulang hingga menjadi 3 lapisan.
Taburkan keju Perfect Italiano Perfect Bakes Secukupnya.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 8 minit.
Hari ni kita terbang jauh sikit ke Korea untuk menikmati Omelette Korea Kobis Berkeju. Telur dengan limpahan keju yang sangat menggiurkan. Resipi yang paling mudah nak buat. Sekelip mata je dah siap! Untuk dapatkan regangan yang sempurna, gunakanlah Keju Perfect Italiano Mozzarella. Anda pasti puas hati dengan hasil apabila melihat keju ini mencair dan ditarik. Memang berkualiti tinggi. Jom cuba!
OMELETTE KOREA KOBIS BERKEJU
Bahan-Bahan:
6 biji telur
100gram Perfect Italiano Mozzarella
30gram kobis – hiris halus
1 batang daun bawang – cincang halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Cara Memasak:
Di dalam mangkuk yang besar; pecahkan telur lalu pukul sebati hingga agak kembang. Masukkan garam dan lada sulah secukupnya, pukul lagi.
Masukkan hirisan kobis, daun bawang dan Perfect Italiano Mozzarella. Kacau sebati.
Sediakan kuali leper yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Tuang sesudu makan bancuhan telur ke dalam kuali (api kecil sahaja) lalu ratakan.
Masak seminit. Gulung sedikit di penghujung omelette. Tuang lagi sesenduk bancuhan telur di bahagian tengah omelette dan masak lagi seminit. Gulung sedikit lagi lalu tuang bancuhan telur sesenduk lagi.
Ulangi proses menuang bancuhan, biarkan masak dan gulung hingga semua bahan habis hingga dapat satu gulungan besar omelette. Setelah itu, potong gulungan omelette dan hidangkan panas.
Jika anda mencari resipi yang mudah, Smoked Chicken Panini antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak buatnya memang senang sangat. Yang penting, ia mengenyangkan. Nak lagi sedap, guna keju Perfect Italiano Mozzarella. Memang puas hati makan! Jom cuba.
SMOKED CHICKEN PANINI
Bahan-Bahan:
12 keping roti putih
1 paket smoked chicken
3 biji tomato
1 biji bawang holland
4 sudu besar mayones
1 paket Perfect Italiano Mozzarella
2 sudu besar herbs
Cara Memasak:
Sapukan mayones pada roti.
Kemudian, letakkan hirisan bawang holland, tomato, smoked chicken dan Keju Perfect Italiano Mozzarella.
Taburkan herbs pilihan dan bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga keju cair.
Antara kuih yang menjadi kegemaran ramai tentunya Popiah Goreng Berkeju ni. Intinya simple tetapi sedap dimakan. Lebih-lebih lagi ketika panas. Cicah dengan sos lagi laju makan. Untuk something yang different, tambahkan keju Perfect Italiano Mozzarella untuk efek keju tarik yang sempurna.
POPIAH GORENG BERKEJU
Bahan-bahan:
½ cawan minyak masak
8 keping kulit popiah | untuk 8 hidangan
1 biji bawang merah | kisar kasar
250gm ayam kisar
½ batang lobak merah | hiris nipis
1 kotak Anchor Cooking Cream
80gm Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu besar mixed herbs
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya | untuk kemasan popiah
Cara Memasak:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan ayam kisar dan tunggu sehingga ayam masak.
Kemudian, masukkan mixed herbs dan Anchor Cooking Cream. Tambahkan garam dan serbuk perasa.
Angkat dan sejukkan inti.
Ambil kulit popiah, letakkan inti ayam, lobak merah dan keju Perfect Italiano Mozzarella. Gulung dengan kemas. Sapukan air di hujung popia supaya tidak terbuka.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.