Episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini memang istimewa. Seronok tengok gelagat dua beranak ni masak dan berkongsi kisah Ramadan dan Syawal bersama. Mesra dan saling mengusik kedua beranak ini.
Buat Serina, papanya Chef Wan adalah idola masakannya. Dua sajian istimewa yang dipilih adalah Ayam Berkuah Sate atau Kacang dan juga Biskut Kacang Pecan yang sesuai dihidang semasa Hari Raya.
Cerita Serina dia memang sentiasa teringat kelazatan lauk pauk dan biskut raya yang rangup dan cantik air tangan papanya. Aktiviti bulan Ramadan ini di samping aktif berniaga baju jenamanya sendiri Serina Redzuawan Ready To Wear, dia juga turut membantu orang kampung memasarkan dan menjual produk makanan raya dan puasa dari mereka seperti dodol dan biskut raya .
“Famili kami memang cukup besar hampir 45 hingga 60 orang, bila dah berkumpul adik beradik dan sepupu memang meriah dengan juadah puasa dan raya. Setiap famili bawa kuih raya, lemang, rendang dan kami masak bersama. Saya hanya membawa daging untuk dimasak rendang. Tapi papa akan membuat segala kek dan biskut seperti kek oren, chocolate chip dan pecan cookies.
IKLAN
Kami boleh juga buat tapi tak secantik rupa macam papa buat. Ayam berkuah sate atau berkuah kacang papa memang cukup wangi aromanya dan menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan puasa dan Hari Raya. Selain itu papa dulu rajin masak masakan Arab , Beriani , Nasi Bukhari dan Kus-kus,”imbau Serina mengenai juadah nostalgia Ramadan dan Hari Raya.
Jom semak 2 resipi Nostalgia Serina dan papanya Chef Wan.
AYAM BERKUAH KACANG @ KUAH SATE
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong kecil, boleh juga digoreng separuh masak terlebih dahulu
500gm kacang tanah | digoreng dengan sedikit minyak dan dikisar kasar
Bahan dikisar kasar :
30 tangkai cili kering | direndam air panas
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 batang serai
2.5sm halia
2.5sm lengkuas
8 sudu makan gula Melaka | yang telah diracik
2 sudu makan gula pasir
2 cawan air
8-10 sudu makan minyak panas
1 cawan air asam jawa | daripada 50gm pati asam jawa
Garam @ garam mineral secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya.
Apabila garing masukkan kacang tanah. Kacaukan hingga sebati.
Masukkan air, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa ke dalam kuah yang semakin pekat itu.
Kecilkan api dan masukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam dan kuah masak. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
BISKUT PECAN
IKLAN
BAHAN-BAHAN :
60gm mentega tanpa garam
¼ cawan gula aising (serbuk)
1 sudu teh esen vanilla
125gm kacang pecan | dipanggang dalam oven dan dikisar kasar
½ cawan tepung gandum serba guna
Kacang pecan secukupnya untuk hiasan
Serbuk gula aising secukupnya | ditabur sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Pukul mentega dan gula hingga ringan dan berkrim.
Masukkan esen vanilla, pecan dan tepung, adunkan hingga menjadi doh.
Ambil doh dan bulatkan dan susun di atas dulang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega.
Leperkan sedikit dengan menekan kacang pecan di atasnya.
Bakar 8 hingga 10 minit dengan suhu 175 darjah Celsius.
Bila sejuk taburkan gula aising di atasnya.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN DI EPISOD SETERUSNYA BERSAMA ABAM BOCEY DAN EPISOD AKHIR ZIANA ZAIN.
JAM 5 PETANG HARI ISNIN DAN SELASA.DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN ASTRO PRIMA HD 121.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Kuih lidah buaya atau terkenal juga dengan nama kuih tiram memang garing dan rangup. Kuih bersira gula ni memang seronok untuk dikenyang. Boleh jadi kudapan dan kerepek enak bila-bila masa pun.
Ni resipi yang dikongsikan oleh Nazir Abd Aziz, resipi kuih lidah buaya @ tiram mudah dan yang paling penting bila makan krap krup bunyinya. Simpan dalam bekas kedap udara, boleh lah tahan lama sedikit kan.
KUIH TIRAM
BAHAN-BAHAN
1kg tepung gandum
2 cawan air
1 cawan marjerin(mentega)@ minyak masak
1sudu teh garam
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan minyak untuk dicampur bersama tepung ubi kayu
1 1/2 cawan gula dikisar menggunakan blender kering supaya betul-betul halus.
CARA MEMASAK : 1. Cairkan marjerin masukkan dalam bekas loyang, kemudian gaul dengan tepung gandum hingga sebati. 2. Selepas itu masukkan air yang telah dicampur dengan garam ke dalam tepung tadi kemudian uri hingga menjadi doh. 3. Sekiranya doh masih lagi keras tambahkan sedikit air 4. Bila doh dah sebati ambil sedikit demi sedikit kemudian canai hingga nipis, nipisnya lebih kurang macam buat karipap mini , jangan terlalu tebal nanti tak rangup. 5. Lepas tu doh yang telah dicanai nipis tadi disapukan tepung ubi kayu yang telah dicampur bersama minyak masak keatasnya sehingga rata(tepung ubi kayu tadi jangan terlalu pekat sangat,,sekiranya pekat tambah minyak masak sedikit kacau sehingga cair supaya senang untuk disapu atas doh tadi. 6. Bila dah siap sapu tepung ubi kayu tu kemudian gulung doh tadi dan bolehlah dipotong kecil-kecil menggunakan gunting atau pisau.
.
7. Canai sekali lagi doh yang telah dipotong kecil satu persatu dgn perlahan saja,sekali canai cukuplah tak perlu byk kali.
8. Goreng dgn api sederhana, angkat dan sejukkan.
.
9. Bila kuih dah betul betul sejuk, barulah dilumurkn dengan gula halus tadi.
Sesekali sarapan dengan dengan menu sedikit berat tapi sihat. Menu ini memang sedap dan senang je cara membuatnya. Kalau korang dan keluarga menyukainya, bolehlah cuba, dah tentu ia lebih jimat dan boleh makan puas seisi keluarga kerana kalau makan kat kedai semangkuk Mi Wantan Sup pu boleh tahan.
MI WANTAN SUP BAHAN-BAHAN:
500gm mi wantan | celur dan tos
150gm sawi | celur dan tos
BAHAN SUP:
5 ulas bawang putih
1 keping dada ayam
4cm halia | hiris kasar
1 sudu makan lada hitam
2 sudu makan minyak masak
4 kuntum bunga lawang
6 cawan stok ayam
2 sudu besar kicap
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
Garam & gula secukup rasa
BAHAN WANTAN:
200gm daginag ayam cincang
¼ cawan daun bawang | hiris halus
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan air
200gm udang
20-25 keping pembalut wantan segera
CARA MEMASAK:
Tumbuk kasar bawang putih, halia dan lada hitam.
Panas minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga keperangan.
Keluarkan ayam (ayam ini perlu dicarik-carik atau hiris nipis).
kemudian tambahkan bunga lawang, kacau seketika.
Tuanagkan stok ayam dan perasakan kicap, sos tiram, sos ikan, garam dan gula secukupnya.
Tapis sup dalam periuk lain.
Sementara itu sediakan wantan.
Masukkan agam cincang, daun bawang, minyak bijan, garam, lada sulah, air dan tepung jagung dalam mangkuk besar.
Gaulkan hingga sebati, kemudian masukkan udang
Untuk membuat wantan, ambil satu sudu makan camrpurn tdi letak di atas kulit wantan.
Lembabkan hujung wantan dan lipat se[aruh se[erti mejadi tertelini,lakukan hingga habis.
Panaskan minyak, kemudian goreng wantan hingga habis
Masukkan mi wantan dalam mangkuk, hias di atasnya dengan wantan, ayam yang telah dicarik dan sawi yang dicelur.
Tuangkan sup ke dalamnya dan enak dihidangkan bersama cili potong.
Serai yang dikisar memberi rasa lebih enak dan aroma harum pada ayam. Santan memberi rasa berlemak pada kuah dan menyedapkan kan lagi hidangan. Sesuai untuk hidangan malam untuk anak-anak dan keluarga.
AYAM SERAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
Ayam 1.5kg dipotong kecil
1 biji santan
7-8 batang serai* (wajib ada untuk rasa serai)
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
10-15 biji cili kering direndam (jika hendak guna cili hidup pun boleh)*
3 inci halia*
2 batang serai diketuk (pilihan)
1 keping asam keping
Gula secukupnya
Garam
*Jika ingin lebih rasa pedas boleh tambalean cili padi merah.
CARA-CARA:
Panaskan minyak dan gorengkan ayam. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * dengan sedikit air.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan batang serai.
Masukkan gula (saya letak dalam 5-6 sudu) dan garam. Kacau rata dan seimbangkan rasa manis masinnya.
Bila agak kering baru masukkan ayam. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan santan dan kacau rata. Biarkan seketika. Siap!