Untuk tempoyak durian, ada orang suka makan yang masam dan ada yang suka dengan rasa durian.
Namun begitu, jika tidak kena gayanya tempoyak boleh cepat berkulat dan rosak. Jadi macam mana nak bagi tahan lama.
Menerusi perkongsian daripada Momo Chan, dia kongsikan bagaimana untuk membuat tempoyak supaya boleh simpan lama dan tidak berkulat.
Sebenarnya tempoyak ni masam, tapi ada orang, dia lebih suka dengan rasa durian kan.
Ads
Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak, tak nak masam, asingkan isi dan biji. Masukkan dalam bekas, terus simpan dalam peti sejuk ye. Untuk makan harian, masukkan dalam bekas asing. Untuk simpanan, masukkan bekas lain, letak tempat beku.
Yang ni cara buat tempoyak. Ini tempoyak betul-betul yang rasa masam ye dan boleh tahan bertahun.
*Durian boleh guna yang orang jual murah-murah. Maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau anda nak pakai durian musang king pun ikut suka la.
*Maksud tak elok tu, bukan kata berulat atau dah berkulat, tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.
*Asingkan biji dan isi. Masukkan ke dalam penapis.
*Ni saya toskan 2 malam ya. Dekat luar peti ais, nampak tak ada kulat kan.
*Masukkan garam, gaul rata. Jangan bubuh garam banyak sangat. Agak-agak sesedap rasa saja.
*Akhir sekali, bubuh dalam balang. Bubuh penuh pun tak apa sebab bila kita tos kat luar, gas dia dah tak ada. Tempoyak dah kembang siap dah. Sebelum tutup bahagian atas, tabur sedikit gula. *Tempoyak ni, kalau nak simpan dalam peti ais boleh, simpan di luar pun boleh. *Ini tempoyak masam tau, bukan tempoyak yang anda nak rasa lemak wangi durian.
Hujung minggu semua ahli keluarga berkumpul, sudah tentulah agenda utama adalah makan-makan sambil berbual santai. Apa kata, meriahkan lagi hujung minggu dengan mencuba menu Shell Out yang menjadi sebutan ramai sekarang. Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza dalam satu hidangan di atas meja. Lebih penting kosnya jauh lebih murah dan seisi keluarga boleh menikmatinya dengan santai di rumah sendiri. Jom cuba!
KETAM BERCILI
BAHAN-BAHAN:
1 ½ kg ketam- saiz besar
3 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
½ cawan air asam jawa
2 sudu besar sos cili
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga jika ketam digoreng terlebih dahulu
Waktu memasak: 15-20 minit
Cara masak: Tumis
Jenis masakan: Lauk pauk utama
Keistimewaan: Rasa ketam yang pedas manis
Anggaran kos: RM 30.00
SOTONG KICAP LADA HITAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
3 ulas bawang merah-kisar
4 ulas bawang putih –kisar
2.5cm halia muda-kisar
1 batang serai-kisar
1 biji bawang besar-cincang
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
Sedikit air asam jawa
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar kicap pekat
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
Sedia dihidang.
INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu berkuah dan keras.
Waktu memasak: 15-20 minit
Cara masak: Celur dan tumis
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Enak dan terasa sos lada hitam
Anggaran kos: RM20.00
LALA TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lala-bersih dan tos
2 batang serai –kisar kasar
3 tangkai cili merah-kisar kasar
3 tangkai cili padi-kisar kasar
3 ulas bawang putih-kisar kasar
1 biji bawang besar-kisar kasar
3 tangkai daun ketumbar-kisar kasar
1 biji tomato-cincang
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka makan
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar kasar hingga naik bau.
Masukkan sos cili, tomato, cuka dan gaul rata.
Lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
Masukkan lala dan tomato cincang, gaul rata.
Bila kulit lala sudah terbuka tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Untuk lebih pedas boleh tambah dengan cili potong.
Waktu memasak: 15 minit.
Cara masak: Tumis
Jenis masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Terasa masam masin dan manis
UDANG LEMON HONEY BUTTER
BAHAN-BAHAN:
1kg udang saiz XL- bersih dan tos
3 sudu besar mentega
4 ulas bawang putih-cincang
1 biji bawang besar-cincang
2.5cm halia-hiris halus
Sedikit parutan kulit lemon
1 tangkai cili merah-buang biji dan cincang
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar madu
½ cawan susu segar
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega dalam kuali, goreng udang hingga kemerahan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan lebihan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia.
Kemudian masukkan pati oren sunquick, jus lemon, kacau rata.
Masukkan pula susu segar dan kecilkan api.
Selepas 1-2 minit, masukkan cili cincang dan parutan kulit lemon.
Lengkapkan rasa dengan garam dan madu.
Akhir sekali masukkan udang.
Gaul rata, tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jangan goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.
Waktu memasak: 20 minit
Cara masak: Goreng dan tumis
Jenis masakan: Hidangan utama
Keistimewaan: Rasa lemak, masam, manis yang membuka selera
Selalunya nasi goreng kicap begini disediakan untuk anak-anak kerana rasanya yang enak dan tidak pedas. Tapi nasi goreng kicap yang ini bukan anak saja suka, yang dewasa pun sama.
Nasi goreng kicap ini juga kalau diminta memang mudah kerja, kerana cara membuatnya sangatlah senang.
Resipi nasi goreng kicap sedap dan senang
Bahan-bahan
Nasi putih sejuk
Isi ayam -dipotong dadu
Sedikit udang
Cili kisar
Bawang merah -ditumbuk
Bawang putih -ditumbuk
Bawang merah dipotong
Cili api -dipotong
Kicap masin
Telur
Serbuk perasa
Cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian goreng isi ayam bersama udang hingga masak.
2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.
3. Selepas naik bau, masukkan bawang dan cili potong. Pecahkan telur kemudian masukkan cili kisar. Gaul sekata.
4. Selepas cili garing masukkan nasi sejuk dan tuang kicap secukupnya. Masukkan juga serbuk perasa. Gaul rata tumisan dan nasi.
5. Jika suka masukkan sayur, gaul lagi. Tak perlu masukkan garam kerana kicap sedia masin.
Siapa pernah masak sayur ni? Mesti pernahkan malah ada yang berhadapan bila menggoreng sayur bendi ni berlendir dah macam gam UHU. Walaupun masakan ni nampak simple kalau tak kena cara, maka tak cantik kejadiannya. Yatie Kitchen kongsi tip agar bila goreng bendi tak berlendir dan cantik, basuh bendi bersih dan lap sehingga kering sebelum dipotong serong-serong. Tumis menggunakan bawang putih saja, kalau saya pakai bawang merah terus berlendir masa goreng sebab bendi alah pada air,bawang merah mempunyai kandungan air. Selain itu semasa menggoreng api kenalah besar , stir fry. Jangan letak air semasa menggoreng . Selamat mencuba.
BENDI GORENG FUCUK Bahan-bahan: 10 batang bendi 5 keping fucuk 3 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil lada putih-BELI ONLINE DI SINI 5 ulas bawang putih Mushroom seasoning secukup rasa-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Basuh bendi hingga bersih dan toskan. 2.Panaskan minyak, masukkan fuchuk dan bawang putih. Masak hingga garing 3. Kemudian masukkan bendi yang sudah dipotong serong. 4.Perasakan dengan lada putih bersama mushroom seasoning. 5.Masak dengan api besar,gaul hingga sebati dan tutup api 6.Siap untuk dihidang. Kredit: Yatiekitchen
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.