Nak kelainan selera, jom kita cuba sajian brunei untuk berbuka pula. Negara serumpun yang kaya dengan tradisi makanan yag memikat selera.

Kalau ke Brunei tak lengkap kunjungan kalau tak cuba masakan ini. Jom semak resipi yang dikongsi tenaga pengajar dari SG Academy ni. Boleh buat sendiri aje, tak perlu terbang jauh.

6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
.

1. SALAD UDANG BRUNEI

6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
BAHAN – BAHAN :

  • 1 biji mangga atau buah dabai | dihiris
  • 1 biji timun | dihiris
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 500gm salad
  • 20 ekor udang
  • 1 biji tomato | dipotong kiub
  • 4 biji cili merah | dihiris
  • 2 tangkai daun ketumbar | dicincang kasar
  • 1 biji lemon | diambil jus
  • 1 sudu akan gula
  • 3 sudu makan sos cili thai
  • Garam secukup rasa
  • Daun ketumbar sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
1. Rebuskan udang bersama sedikit garam dan sedikit air. Kemudian toskan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali lemon dan sos cili thai.
3. Perahkan lemon dan gaulkan bersama sos cili thai.
4. Gaulkan rata semua bahan, perasakan garam gula
5. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : rebus & adunan
Jenis masakan : Salad Brunei
Keistimewaan : Boleh jugak digaul dengan mayonis dan sos mustard
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF : Jikalau tidak ada buah dabai boleh digantikan dengan buah mangga

2. DAGING MASAK HITAM BRUNEI6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
BAHAN – BAHAN :

  • 500gm daging masak pinang
  • 4 biji bawang besar | dihiris
  • 2 biji cili merah | dihiris
  • 50gm asam aur
  • 100ml atau minyak masak secukupnya

Bahan dikisar halus:

  • 2 tangkai daun kari
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3sm halia
  • 2 sudu pas cili kering
  • 2 sudu rempah kari daging

Bahan sos *dibancuh :

  • 4 sudu makan kicap pekat
  • 250ml pati santan
  • 400ml air
  • 20gm serbuk kari daging
  • Asam aur secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

BAHAN HIASAN

  • Bawang goreng
  • Daun bawang | dihiris
  • Cili hijau | dihiris

CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak,tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging dan masak di atas api sehingga daging empuk.
2.Tambahkan bahan-bahan sos yang sudah dibancuh dan kacau sehingga pekat dan perasakan garam dan gula
3.Masukkan cili merah dan bawang (yang dihiris) digoreng tadi sehingga layu.
4.Taburkan daun bawang,bawang goreng dan cili hijau sebagai hiasan
5. Siap untuk dihidang

IKLAN

Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 2 jam
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama, Brunei
Keistimewaan : Keenakan sajian berempah dan pedas yang enak
Anggaran kos : RM 8

INFO CHEF :Jika tiada asam aur boleh digantikan dengan air asam jawa atau pun asam keping

3. SOTO BABU NINI BRUNEI6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
BAHAN – BAHAN :

  • 1 bungkus mi kuning
  • 5 biji telur rebus | dibelah empat memanjang
  • 1 ikat daun sup
  • 1 bungkus kecil bawang goreng
  • 50gm hirisan daging | dihiris nipis
  • 1 biji bawang merah | ditumbuk
  • 1 labu bawang putih |ditumbuk
  • 2 batang serai|dititik
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 liter air atau air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang merah, bawang putih, serai, kayu manis, bunga lawang, garam dan gula.Gaul sehingga sebati dan masukkan air. Reneh sehingga mendidih.
2. Celur mi kuning, celur daging (lepas celup hiris daging tersebut untuk hiasan), rebus telur, hiris daun bawang. Ketepikan seketika.
3. Masukkan mi ke dalam mangkuk, telur( potong empat), hirisan daging, bawang goreng, daun bawang dan tuangkan sup yang mendidih tersebut.
4. Hidangkan.

Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Celur,tumis dan didih
Jenis masakan : Soto Brunei
Keistimewaan : Mi soto yang lengkap dengan daging dan telur sungguh menyelerakan
Anggaran kos : RM 7

Tips :boleh tambah taugeh dan sayuran hijau seperti sawi atau pun salad

4. TONGKENG AYAM BAKAR6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
.

BAHAN – BAHAN :

IKLAN
  • 200gm tongkeng ayam
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 3 sudu makan madu
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan air asam jawa @jus limau
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang besar | dikisar
  • 5sm @ 2 inci halia |dikisar
  • 5 biji asam boi
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 1 batang serai | dikisar

Bahan pencicah :

  • 3 sudu makan sos plum
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 2 sudu makan cili sos
  • 1 sudu tomato sos
  • 1 sudu makan madu
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk cili secukup rasa
  • 2gm daun ketumbar
  • 2.5sm @ 1 inci halia

Bahan hiasan :

  • 1 batang cili hidup | dihiris
  • Bijan putih secukupnya | ditabur

CARA MEMASAK :
1. Perap tongkeng ayam dengan bahan kisar dan segala bahan, perap selama 20 minit.
2. Kemudian cucuk tongkeng ayam pada lidi pencucuk.
3. Bakar tongkeng ayam menggunakan oven selama 15 minit pada suhu 180°c atau boleh juga menggunakan dapur pemanggang.
4. Tongkeng ayam siap dihidang.

Saiz hidangan : 1-2 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar @ gril
Jenis masakan : Daging ayam
Keistimewaan : Pewarna merah pada tongkeng ayam daripada asam boi yang diperap bersama ayam semalaman, sedap dimakan bersama sos pencicah
Anggaran kos : RM 6

INFO CHEF : Perap tongkeng ayam terlebih dahulu dengan air asam limau. Kemudian bilas untuk mengelakkan bau hamis tongkeng ayam.

5. HATI BUYAH

6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
BAHAN – BAHAN :

  • 200gm hati buyah (lembu)
  • 1 sudu teh jintan manis |disangai dan dikisar
  • 1 sudu teh jintan putih | disangai dan dikisar
  • 1 sudu teh biji ketumbar | disangai dan dikisar
  • 6 biji cili merah| dikisar
  • 4 biji bawang merah |dikisar
  • 2gm bawang putih
  • 3gm serbuk kunyit
  • 2gm serbuk cili
  • 2gm gula
  • 2gm garam
  • 2gm lada sulah
  • 5gm halia
  • 2gm lada hitam
  • 1batang serai

CARA MEMASAK :
1. Goreng separuh masak hati buyah. Kemudian hiris nipis.
2. Kisar jintan putih, jintan manis, biji ketumbar, bawang putih dan bawang merah kemudian gaul bersama hati buyah.Biarkan hati buyah diperap.
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan hati buyah yang sudah diperap.
4. Kemudian masukkan serai yang diketuk serta perasakan dengan gula, garam dan lada hitam.
5. Goreng hati buyah sehingga kering dan garing.
6. Hidangkan.

IKLAN

Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak :goreng
Jenis masakan : Brunei
Keistimewaan :sesuai untuk pengemar organ dalaman
Anggaran kos : RM 6.00

INFO CHEF : Rebus hati buyah separuh masak bersama halia untuk menjadikan daging lembut apabila digoreng.

6.DAGING BELUTAK GORENG

6 Masakan Brunei Dekat Di Hati, Lazat Untuk Berbuka.
BAHAN – BAHAN :

  • 5 biji cili merah | dihiris nipis
  • 10 biji cili padi | ditumbuk
  • 5 biji bawang besar | dihirss nipis
  • 1 kg bawang putih
  • 1kg bawang merah | dikisar
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 5gm halia| dihiris nipis
  • 5gm serbuk kunyit
  • 500gm daging | dihiris
  • 200gm usus lembu (untuk disumbat daging belutak)
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Hiris daging belutak setebal setengah inci, kisar cili padi, bawang putih, dan bawang merah. Gaul sehingga sebati.
2. Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau masukan daging belutak dan gaul sehingga sebati.
3. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Kemudian masukkan halia, bawang besar dan cili besar yang dihiris nipis.
4. Perasakan garam dan gula kemudian biarkan seketika.
5. Cuci usus bersih. Kemudian masukan daging yang ditumis tadi kedalam usus tersebut (jangan sampai penuh supaya senang untuk diikat).
6. Ikat usus yang diisi tadi seperti sosej dan keringkan (sidaikan) di bawah sinar matahari selama 3 hari.
7. Bila nak masak, keluarkan daging dan goreng dalam minyak panas

Saiz hidangan : 1- 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Brunei
Keistimewaan : Daging belutak rupanya seakan sosej, campuran daging dan bahagian lain yang digaul dengan rempah ratus dan disumbat dalam usus
Anggaran kos : RM 7

INFO CHEF : Sekiranya anda ingin cepat dan tiada masamasak daging belutak, boleh juga digantikan dengan sosej Kemboja (yang dah siap diproses).Rasanya beza sedikit,namun tetap sedap.

RESIPI : Pengajar :NADZIRAH ABDUL RAZAK, WAN NORAINI SYUHADA MOHAMAD & FARIBURZ ANAK KANDAU
Pelajar Sg Academy :SITI NUR IZZATI ABD ALAM & MOHAMAD SHAFIT SALLEH
Terima kasih : SG Academy, Lot D-00-03A, Putra Majestik, Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
www.sgacademy.edu.my

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI DAGING INI ;

5 Koleksi Masakan Daging Paling Popular Dan Sedap Pilihan Ramai.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI