Bagi peminat hidangan daging, RASA senaraikan 5 resipi daging yang popular yang selalu di pesan kalau makan di restoran. Bagi mereka yang belum pernah cuba masak boleh cuba memasak mengikut pelbagai resepi daging yang dikongsikan. Selamat mencuba.

 

1. DAGING MERAH ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 300 g daging
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 1 labu bawang besar ( saiz besar ) – dipotong2
  • 3 ulas bawang putih ( dipecahkan )
  • 4-6 ulas cili padi (dititik/diketuk ) – boleh tambah jika suka pedas
  • 2 -3 sudu besar sos cili ( tambah sos jika mahu kuah lebih )
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos ikan (sos sotong/ nampla pun boleh)
  • 1 biji buah tomato ( di potong 6-8 )
  • Cili merah/ cili hijau untuk hiasan
  • Daun ketumbar ( di hiris )
  • 3-4 Helai daun limau purut
  • Sedikit minyak masak/zaitun

CARA MEMASAK:

1. Daging di bersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan sejukkan seketika.
2. Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
4. Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng sekejap saja – jangan garing sangat!).
5. Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili, bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
6. Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah di potong memanjang dan daun limau purut
7. Kacau seketika dan tutup api. Bolehlah dihidangkan.

 

2. DAGING GORENG ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 800gm daging
  • 5 sb biji ketumbar (kisar / ditumbuk)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk / hiris halus)
  • 1 sb lada hitam (dikisar/ditumbuk)
  • 2 sb sos tiram 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  •  Mentega

BAHAN UNTUK SOS:

  • Serbuk cili Thai
  • Gula kabung atau somtam (jika tiada pakai 2sb gula putih)
  • 2 sudu beras (goreng / disangai / di kisar halus)
  • 2 sb air limau nipis
  • 3 sb air asam jawa
  • Kicap sotong / sos ikan
  • 3 ulas bawang merah (hiris nipis)
  • Daun ketumbar dan daun bawang

CARA MEMASAK:
1) Gaul daging dengan semua bahan kecuali mentega dan bawang putih. Perap selama 30 minit atau 2 jam. (Ada juga yang perap sekejap)
2) Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang putih, kemudian masukkan daging perapan. Kacau hingga sebati.
3) Bila air dah kering, ia akan bersatu dengan rempah, kacau sebati. Agak-agak bila dah masak, perlahankan api seketika.
4) Campurkan bahan-bahan sos tadi ke dalam daging dan kacau rata. Bila dah sebati, bolehlah angkat.

IKLAN

Kongsi resipi: Azahari Abdullah

3. DAGING GORENG KUNYIT CARA KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang besar |dihiris
  • 2 ulas bawang putih |dihiris
  • 2cm kunyit hidup |ditumbuk lumat
  • 4 tangkai kacang panjang |dipotong sepanjang 2.5cm
  • 1 bijicili merah |dihiris
  • 4 biji cili api
  • 2 sudu teh garam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging sehingga empuk. Kemudian hiris nipis-nipis. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng daging sehingga masak dan garing. Angkat sebentar.
  3. Kurangkan minyak, masukkan hirisan cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat.
  4. Setelah naik bau, masukkan daging bersama kacang panjang . Gaul hingga sekata dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Info chef: Enak dinikmati bersama nasi putih panas

IKLAN

 

4. DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging
  • 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
  • Gula pasir/gula Melaka
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • 1 Bawang besar mayang – hiasan

Bahan (dikisar):

  • 10 batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
  • 3 biji bawang besar kuning
  • 6 biji buah keras
  • 1 labu bawang putih

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  3. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Kredit: delimazamrud.my

 

5. DAGING BISTIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
  • 1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 cm kulit kayu manis
  • Bahan perasa
  • Kacang pis untuk hiasan

Bahan (kuah):

  • 300 ml air
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 sudu besar tomato puree
  • 1 kiub stok daging

Bahan (dikisar):

  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
  2. Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
  4. Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
  5. Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
  6. Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
  7. Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
  8. Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
    Siap untuk dihidang.

Kredit: seribu-resep.blogspot.my