
Resipi Roasted Chicken Wings atau Kepak Ayam Panggang ala restoran pizza ni memang sedap. Malah resipinya juga mudah dan sangat sesuai dihasilkan sendiri untuk hidangan suami serta anak-anak. Sedapnya… Kalau dibeli, harganya boleh tahan mahal. Jadi cubalah buat sendiri guna resipi perkongsian saudari Mihah Rosle ni. Sangat enak! Boleh dibakar menggunakan Air Fryer, ketuhar atau boleh juga menggunakan pemanggang. Ikut sahaja gajet yang ada. Sangat berbaloi untuk dicuba.
CARA MUDAH MASAK ROSATED CHICKEN WINGS ALA PIZZA HUT
BAHAN-BAHAN:
10 keping kepak ayam – potong dua
3 sudu makan serbuk cili – beli online disini
3 sudu makan madu – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
3 sudu makan kicap manis – beli online disini
2 sudu makan gula – beli online disini
1 biji limau kasturi
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kepak ayam dan potong. Letak dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan bahan-bahan perapan ke dalam bekas. Jika suka pedas, boleh tambah serbuk cili. Jika kurang suka manis, tidak perlu letak gula atau boleh kurangkan jumlahnya.
3. Gaul sebati ayam bersama bahan-bahan perapan. Perap seberapa lama yang anda suka. Lagi lama diperap, lagi enak rasanya.
4. Bakar kepak ayam menggunakan Air Fryer pada suhu 170-180C selama 10-15 minit. Kemudian terbalikkan dan bakar sekali lagi menggunakan suhu yang sama (AF empunya resipi tidak mempunyai kepanasan atas bawah. Anda boleh ubahsuai masa ikut kesesuaian AF masing-masing.)
5. Bila kepak ayam sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mihah Rosle
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ibu Mertua Kongsi Resipi Daging Masak Kicap Sedap & Tak Guna Banyak Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=2X3xRDein78
Kesedapan Ayam Pop Krup Krap Ranggup Menarik Selera Seisi Keluarga. Boleh Buat Stok Frozen Di Rumah.

Memang susah untuk menarik minat selera seisi keluarga yang bermacam ragam. Tetapi dengan hidangan ringkas isi ayam yang di goreng ranggup dan makan ketika masih hangat membuka selera mereka untuk menjamah lagi.
AYAM POP KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
- 500gm dada ayam – potong dadu dan toskan
- 3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh lada hitam
- 1 cawan tepung gandum
- ½ sudu teh kari
- ½ sudu teh paprika (lebih kalau nak rasa pedas)
- 3 biji telur
- 2 cawan nestum / oat
CARA-CARA:
1. Gaul rata ayam dengan bawang putih, garam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 30minit atau 1jam.
2. Satukan dan gaul rata tepung gandum dan serbuk kari dalam mangkuk.
3. Pukulkan telur dalam mangkuk lain.
4. Masukkan nestum dalam mangkuk lain.
5. Celup ayam dalam telur. Selepas itu salutkan dengan tepung. Celup dalam telur sekali lagi. Last sekali salut dengan nestum.
6. Ulang sehingga ayam habis.
7. Masak dalam minyak yang panas dan api sederhana sehingga warna keemasan.
Info:
- Boleh buat stok banyak. Selepas dah siap salut ayam dengan nestum, letak dalam bekas dan simpan dalam freezer. Bila-bila nak makan, keluarkan dari freezer dan terus goreng.
- Sedap dimakan begitu saja pada waktu sarapan atau kudapan petang atau malam
- Untuk tambah kesedapannya boleh cicah dengan sos , mayonis, cheese, atau sos buatan sendiri.
Kredit: nurul nadiah
Apam Pandan Coklat Gebu, Lembut Aje Dikunyah.

Siapa tak suka apam comel gebu dan lembut. Sedap aje dikunyah. Paling best Apam Pandan Coklat ni memang sedap dengan rasa pandan dan koko. Memang sedap bergandalah kan. Apam ni sesuai disaji untuk sarapan dan minum petang.
Resipi perkongsian Fatin Bakery ni memang berbaloi untuk dicuba. Cuma pesannya kukus adunan guna api sederhana selama 10 minit sahaja. Dan yang paling penting, panaskan air dahulu dan jangan lupa balutkan penutup pengukus dengan kain supaya air tak menitik atas apam, nanti hodoh pulak kejadiannya.
APAM PANDAN COKLAT GEBU
.
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung kotak (blue key)atau tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder * Tepung dan baking powder dicampur keduanya
- 250ml santan kotak (Kara)
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu ovelet
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil pewarna hijau
- 1 sudu kecil esen pandan ( pes pandan)
- 1 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK :
1. Pukul telur, gula Dan Ovellete dalam mixer hingga gebu bertukar warna Putih kira dah betul gebu ye. Kemudian masukkan tepung dan santan berselang seli, mix sampai semua bahan sebati dan gebu.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bekas berasingan. Buat perasa pandan campur lah pewarna hijau dan esen atau pes pandan, gaul sebati. Satu adunan lagi campur serbuk koko, gaul sebati.
3. Acuan boleh guna lompang atau seri ayu. Sapu minyak dulu pada acuan ye. Mudah nak keluarkan lepas siap kukus nanti.
.
4. Cara Fatin Bakery hanya guna sudu letak adunan pandan dan coklat berlapis.
5. Kukus adunan ni guna api sederhana sahaja. Selama 10 minit shj . Jgn lebih masa.
6. Pastikan penutup kukus dibalut kain dulu supaya air wap tak menitis atas apam. Takut hodoh pulak apam.
.
Kredit : fatin bakery
ANDA INGIN MENCARI PENGUKUS ATAU STEAMER UNTUK KUKUS APAM, BOLEH BELI ONLINE, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua. Hebatnya Makanan Sunnah Ni.

Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
- 4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
- 4 sudu makan rempah bukhary
- 3 sudu makan puri tomato
- 1.5 liter air stok rebusan daging
- 2 biji bawang besar /dikisar
- 10 ulas bawang putih/ diketuk
- 5 sm halia
- 2 batang kayu manis
- 50 gm daun ketumbar /dihiris halus
- 5 biji bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji bunga lawang
- 5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
- 2 biji tomato dipotong empat
- 2 sudu makan minyak masak
- 2 sudu makan minyak sapi
- Garam secukup rasa
- Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang
Waktu memasak : 1 jam 40 minit
Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar
Jenis hidangan : Lauk utama Arab
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU
BAHAN -BAHAN :
- 1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu
Bahan dikisar :
- 200 gm cili hijau /dikisar
- 50 gm cili padi /dikisar
- 2 sm kunyit hidup /dikisar
- 100 gm lengkuas /dikisar
- 3 biji bawang besar /dikisar
- 5 ulas bawang putih/dikisar
- 2 batang serai /dikisar
- 5 helai daun limau purut/dihiris halus
- 100 gm daun ketumbar/dihiris halus
- 3 batang kulit kayu manis
- 2 keping asam keping
- Garam secukup rasa
- Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang
Masa memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sambal
Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF: Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis.
3. SUP KAMBING MALABARI
BAHAN-BAHAN :
- 800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
- 50 ml minyak sapi
Bahan sup A:
- 6 ulas bawang putih /dicincang
- 2 sm gm halia /dihiris nipis
- 5 gm kulit kayu manis
- 5 gm biji pelaga
- 5 gm daun kari
- 2 gm ketumbar biji
- 2 gm habatus sauda
- 2 gm biji poppy
- 1 biji limau/dipotong baji
- 5 gm serbuk lada hitam
- 4 cawan air
- Garam secukup rasa
- 25 gm daun ketumbar/dihiris
- 120 gm bawang goreng
- 35 gm tomato / dipotong baji
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya.
Saiz hidangan : 8- 9 orang
Masa memasak :30-40 minit
Cara memasak :Didih dan reneh
Jenis masakan : Sup India
Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF : Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING
BAHAN-BAHAN :
- 4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
- 300 gm bawang besar /dikisar
- 5 sm halia /dikisar
- 7 ulas bawang putih /dikisar
- 2 batang kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 10 gm bunga cengkih
- 2 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 200 gm rempah kari daging
- 2 keping asam keping
- 1/2 biji santan kelapa
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan renih
Jenis hidangan : Lauk utama fusion
Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING
BAHAN-BAHAN :
Bahan A (inti) :
- 800 gm daging kambing cincang
- 250 gm puri tomato
- 1 sudu makan serbuk jintan manis
- 1 sudu makan serbuk jintan putih
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 300 gm bawang besar /dihiris
- 7 ulas bawang putih /dihiris
- Garam secukup rasa
- 1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
- 1 liter susu segar
- 250 gm mentega
- 250 gm tepung gandum
- 250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan bakar
Jenis hidangan : Mediterranean
Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF : Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.