Daun Selom memang sedap dan banyak khasiat. Macam-macam menu boleh dihasilkan menggunaan ulam ini baik dijadikan kerabu, dicampur dalam masakan seperti masak lemak cili api malah enak dimakan mentah sebagai ulam. Ulam ini biasanya dibeli kerana harganya juga tidak terlalu mahal. Namun jika mudah untuk ditanam, apa salahnya anda mencuba.
UDaun Selom mudah tumbuh dan cepat boleh dituai. Semakin dipotong, semakin elok subur tumbuhnya. Bolehlah dipetik segar setiap hari dan jika ada rezeki yang lebih, boleh dijadikan perniagaan juga. Menarik kan? Nak tahu cara mudah untuk menanam ulam Selom ini? Saudari Nur Aida Md Zainuddin ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba.
5 CARA MUDAH TANAM ULAM SELOM
1. Batang Selom dipotong ikut ruas selom. Ruas tu nanti akan keluar akar. Rendam dalam air. 2. Lebih kurang 5-7 hari direndam dalam air, akar akan keluar melalui batang selom. Pastikan air rendaman ditukar selalu.
3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
Ads
4. Tutup dengan tanah dan siram. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Bila daun selom sudah merimbun, bolehlah dituai dan dinikmati hasilnya.
Mi Kuning Homemade buat sendiri kat rumah lebih bersih dan berkualiti. Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING
credit photo: Canva.com
BAHAN-BAHAN:
450gm tepung gandum
1 biji telur saiz ‘C’
Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
Baru beli telur tapi bila pecah telur rupanya sudah busuk. Mulalah kita was-was dengan kualiti telur yang lain.
Jadi macam mana nak kenal pasti antara telur yang elok dan busuk terutama bila kita beli dalam kuantiti yang banyak. Boleh lakukan ujian seperti dikongsi oleh @emilyxlevi. In caranya;
1. Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
2. Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bitnik hitam.
3. Sekiranya telur tenggelam tapi dalam keadaan ‘menegak’ atau ”berdiri’ itu bermaksud telur sudah kurang segar. Ia masih boleh dimakan tapi perlu dihabiskan secepatnya.
4. Jika telur tenggelam di dasar dan dalam keadaan melintang itu bermakna telur segar.
Bagi menghasilkan hidangan roti, donut, apam dan sebagainya yis adalah bahan penting yang perlu disediakan. Kalau tiada bahan ini adunan mungkin tak naik.
Namun begitu ada juga keadaan dah letak yis, tapi adunan atau doh tetap tak menjadi. Salah satu penyebabnya adalah kerana yis yang digunakan tidak aktif atau pun yis sudah mati.
Sebab itu penting untuk kita uji dulu yis yang elok sebelum digunakan. Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu cara menguji yis ini. Perkongsian berguna dari Erah Syahirah boleh kita praktikkan sebelum buat hidangan menggunakan yis.
Cara uji yis sebelum guna, yis kena aktif baru roti naik
Saya ingin kongsi, cara saya uji yis. Kalau roti tak naik itu tanda yis dah mati. Jadi sebelum buat roti kita test dulu yis sama ada aktif atau tidak. Caranya dengan menggunakan sudu plastik.
Masukkan sudu plastik yang kering dalam paket yis. Jika yis melekat pada sudu plastik seperti gambar di bawah itu tandanya yis aktif dan boleh digunakan untuk buat hidangan roti, donut, pau dan sebagainya. Tapi jika yis tidak menunjukkan reaksi sebegitu, sebaiknya beli yis baru.