Daun sup merupakan antara tanaman yang mudah untuk ditanam dan wajib ada di rumah. Sesuai ditabur di dalam masakan sup, kami kongsikan cara mudah menanam pokok daun sup yang dikongsi oleh saudara Abdul Sapawi Abdullah. Menariknya cara ini kerana anda tidak perlu menggunakan biji benih, hanya guna keratan batang pokok daun sup yang berakar.

CARA TANAM POKOK DAUN SUP

 

1. Pastikan pokok daun sup yang dibeli itu daunnya segar dan berakar. Potong sedikit akar yang tua dan tinggalkan hanya 1 tunas besar sahaja bersama tunas kecil dan beberapa daun.

 

2. Semai di dalam cocopeat (sabut kelapa). Pastikan anda basahkan (1000 ppm baja AB) dulu sabut kelapa sebelum semai dan semai tanam jangan sampai terkena batang pokok. Ini kerana batang daun sup sensitif air dan akan membusuk bila terendam di dalam air.

 

3. Letak di tempat redup dan terkena cahaya pagi hanya dari pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi sahaja. Pokok daun sup tidak memerlukan cahaya yang terlalu banyak kerana ia boleh menyebabkan media tanaman kering dan akhirnya pokok akan mati.

IKLAN

 

Bila pokok daun sup anda menjadi, bolehlah guna untuk kegunaan dapur terutamanya bila nak masak sup. Nah, kami kongsikan resipi sup daging Thai untuk anda.

RESIPI SUP DAGING ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

  • Daging dipotong kecil
  • 2 biji kentang
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Sup bunjut
  • Perencah sup siam
  • Tomato
  • Batang saderi
  • Daun sup
  • Air limau nipis
  • Garam
  • Cili padi (jika mahu)

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus daging yang telah dipotong. Boleh guna pressure cooker atau periuk biasa. Selesai merebus, masukkan 2 biji kentang ke dalam periuk.

2. Dalam kuali yang lain, tumis serai yang diketuk, bawang merah, bawang putih, halia dan sup bunjut.

3. Tumis sehingga kekuningan. Boleh juga tumis hingga sedikit hangus. Barulah sedap. Kemudian, tuang tumisan tadi ke dalam periuk daging.

4. Inilah rahsianya, perencah sup siam. Letakkan perencah ini di dalam sup anda.

5. Rebus sehingga kentang empuk. Letak tomato yang dibelah 4, batang saderi, garam dan sedikit air limau nipis. Jika nak pedas, boleh masukkan cili padi yang telah diketuk.

6. Tabur daun sup. Siap!

 

Kredit: Abdul Sapawi Abdullah

 

Anda mencari PERIUK KACA? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Nak Tahu Resipi Sup Tuang & Sambal Kicap Paling Power? Jom Try Resipi Ini

Resipi Bihun Sup Mudah & Sedap. Ini Cara Membuatnya.

7 Idea Masak Sup Tulang & Daging ,Paling Sedap DiHirup.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: