Mempunyai sebidang tanah kebun yang subur dengan pokok cili, Usahawan Tanaman Fertigasi, Nabil Razae berkongsi tip yang sesuai diamalkan oleh orang ramai. Pokok cili yang ditanam oleh Nabil dan isterinya, Shakinah Haron memang sangat menjadi. Subur dan gemuk saiznya.
Mereka selalu berkongsi aktiviti berkebun yang menjadi sumber pendapatan utama mereka ini di laman sosial.
Anak pokok cili.
Beliau terpanggil berkongsi tip ini kerana ramai yang kini mempunyai hobi bercucuk tanam di sekitar kawasan keliling rumah. Barangkali hobi tersebut dimulakan sejak negara kita mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bila ada arahan PKP, orang ramai kebanyakannya luangkan masa di rumah. Jadi hobi tanam pokok pun dibuat. Cili antara tanaman yang paling suka ditanam sebab kita boleh dapat hasil untuk jimatkan belanja dapur,” katanya.
Pokok cili makin membesar.
Malam pun kena check kalau ada serangan serangga.
JOM KITA TENGOK TIP PETANI MODEN INI UNTUK DAPATKAN POKOK CILI YANG SUBUR
1. Sukatan baja kena tepat mengikut usia pokok dan pemberian baja yang cukup untuk pokok.
2. Hendaklah meracun mengikut jadual yang ditetapkan. Tidak boleh skip sama ada racun serangga atau racun kulat. Racun perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu 2 atau 3 kali.
3. Kenal pasti masalah serangan pada pokok lebih awal. Gunakan racun yang sesuai terutamanya serangan kutu thrip, hamama dan lalat putih.
4. Membuang tunas air seusia 2 atau 3 minggu selepas pindah anak pokok dalam polibeg. Kawal rumput pada sekeliling tanaman agar tidak menjadi perumah serangga perosak.
Untuk tahu lanjut mengenai buang tunas air, boleh rujuk di sini.
5. Pastikan tiang penyokong pokok kukuh supaya pokok tidak tumbang ditiup angin kencang.
Hasil berbakti pada tanah.
Nabil kini mengeluarkan baja sendiri yang boleh dibeli di Shopee.
Semoga tip ini berguna untuk anda semua dapatkan pokok cili yang subur dan gemuk saiz cilinya. Selamat mencuba!
RASA berikan resipi sambal tumbuk yang gerenti sedap. Boleh guna cili yang korang tanam sendiri kat rumah tu ya. Ini resipinya.
SAMBAL TUMBUK
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
3 biji cili besar
1 labu bawang besar (BELI DI SINI)
Segenggam ikan bilis (BELI DI SINI)
CARA MEMBUAT
1. Tiga bahan tadi iaitu cili besar, bawang besar dan ikan bilis digoreng. Tak perlu goreng sampai garing. Cukup sekadar layu saja.
2. Siap goreng semua bahan. Seterusnya guna lesung batu, tumbuk sedikit demi sedikit semua bahan yang sudah digoreng tadi. Kena guna lesung tau. Kalau guna blender, tak jadi. Hilang keasliannya. Barulah namanya sambal tumbuk!
Sedap dimakan dengan bubur nasi. Tapi kalau makan dengan nasi panas pun sedap gak ni. Cubalah!
Sumber tip tanam pokok cili: Facebook Nabil Razae
Sumber resipi: Resipi Norsahida Mohamad Said
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI