
Mi Kuning Homemade buat sendiri kat rumah lebih bersih dan berkualiti. Dari dulu kita selalu dimomokkan dengan kualiti mi kuning yang dijual di pasaran. Tak bersihlah, banyak bahan kimialah. Jadi rasanya tak perlu lagi risau lagi kan? Baik anda buat sendiri mi kuning di rumah. Kemudian, pelbagaikan resipinya. Admin cuma berkongsi resipi asas untuk buat mi kuning saja, anda boleh olah pelbagai resipi mi untuk dihidangkan kepada keluarga.
RESIPI MI KUNING

BAHAN-BAHAN:
- 450gm tepung gandum
- 1 biji telur saiz ‘C’
- Air secukupnya untuk menjadikan doh lembut
- Sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung, serbuk kunyit, dan garam ke dalam mangkuk dan buatkan bulatan di dasarnya. Kemudian, pecahkan telur.
- Gaul tepung bersama telur dan air sehingga membentuk doh.
- Rehatkan doh di dalam peti ais selama 20 minit.
- Bentukkan mi kuning menggunakan mesin pasta.
- Didihkan air dan masak mi cara ‘al dente‘.
*Untuk mengelakkan mi dari melekat selepas dibentukkan, tabur tepung diatasnya sebelum dimasak.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Masak Tempoyak Ikan Patin Cara Asli Pahang Hanya Guna Empat Bahan
Resipi Mudah Ayam Bakar Black Pepper, Sangat Sedap & Sempoi!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Lelaki Ini Kongsi Resipi Mee Kuah Udang Mudah, Nampak Sedap!

Resipi Mee Kuah Udang perkongsian saudara Muhamad Ismail Mohd Ali nampak sangat sedap dan menyelerakan. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak sukar diperolehi. Bagi anda yang menggemari sajian mee yang berkuah sebegini, bolehlah mencuba resipi mudah ini. Pasti puas hati dan tidak menyesal dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI MEE KUAH UDANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
Udang kertas laut secukupnya
Kulit & kepala udang
2 biji bawang merah – hiris – beli online disini
4 ulas bawang putih – beli online disini
3-4 sudu makan cili kisar – beli online disini
6 sudu makan sup tomato – beli online disini
Sawi secukupnya
1 paket mee kuning
Fishcake jika suka
Telur rebus
Daun bawang – hiris
Cili merah – hiris
Air secukupnya
Garam dan perasa secukupnya
Dapatkan MUZY STAINLESS STEEL DRILL-FREE RACK dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Ambil kulit, kepala udang kemudian goreng. Kemudian kisar dan tapis air kisaran kulit dan kepala udang tersebut.

2. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar.
3. Bila sudah pecah minyak, masukkan air kisaran udang tadi. Tambahkan air ikut kesesuaian nak kuah cair atau pekat.
4. Seterusnya masukkan sup tomato. Kacau sebati.
5. Bila kuah telah mendidih, masukkan udang.
6. Masukkan juga hirisan sawi, garam dan sedikit penambah perisa. Sesuaikan jumlahnya ikut selera.
7. Seterusnya masukkan mee. Sebatikan dan biar mee masak.
8. Angkat dan hidangkan Mee Kuah Udang bersama telur rebus, fishcake (jika suka), hirisan cili dan hirisan daun bawang.
9. Sedia untuk dinikmati.


Kredit resipi & foto: Muhamad Ismail Mohd Ali
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Kelas Online Rasa kini kembali & ianya PERCUMA!

Nak belajar buat aneka juadah minum petang yang ringkas dan sedap? Jom sertai Kelas Online RASA bersama Chef Azreen, founder Dapur Kakhajjah.
Kelas Online Minum Petang
Tarikh: 10 September 2022 (Sabtu)
Masa: 10.30 pagi
Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join? FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
3 Idea Resipi Mi Untuk Jamu Selera Cuti Di Rumah

Cuti-cuti macam ni buat mi pun sedap juga, kan? Jom cuba 3 resipi mi yang RASA kongsikan ni. Senang je nak masak mi. Lagipun tak perlu nak memasak lauk dah. Sediakan mi saja, raikan hari cuti di rumah sendiri.
MI KARI ALA NYONYA

Bahan-bahan:
1 kg mi kuning
500 gram ayam (potong kecil)
1 kg kerang (rebus dan ambil isi)
300 gram udang (rebus dan buang kulit)
2 cawan air rebusan udang
10-15 biji bebola ikan
3 keping kek ikan
4 sudu makan rempah kari ayam (bancuh menjadi pes pekat)
2 keping asam gelugor
1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair (boleh digantikan dengan santan kotak)
Bahan untuk rempah tumis:
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
5 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Bahan untuk kisar halus:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai (hiris nipis)
10 tangkai cili kering (rebus dan toskan air)
2 sudu makan udang kering (rendam sehingga lembut)
Bahan untuk hiasan:
4 biji telur rebus (potong dua)
2 tangkai sawi (potong dan rebus)
Bawang goreng
Limau kasturi (potong dua)
Tauge
Daun bawang
Cili merah
Tauhu kering goreng
Cara memasak:
1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes
rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak
kuah sehingga mendidih.
4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah
semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.
MI SIAM SINGAPURA

Bahan-bahan:
Minyak masak untuk menumis
200 gram bihun (direndam sehingga lembut)
2 genggam tauge (dibuang ekornya)
100 gram kucai (dipotong 3 cm)
1 sudu makan sos tomato
3 sudu makan cili kisar
150 gram udang saiz kecil (kupas kulitnya)
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 genggam udang kering (cuci dan rendam)
Secubit belacan (dibakar)
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kuah:
1/2 bahagian perencah untuk menggoreng mi siam
3/4 sudu makan taucu (lecek sehingga hancur)
3/4 sudu teh pes asam jawa
1 batang serai (dititik)
2 keping hirisan lengkuas (dititik)
1 liter air rebusan kulit udang
2 sudu makan kacang tanah tumbuk
1/4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu
Bahan sampingan:
Telur rebus (dibelah dua)
Tauhu goreng (dihiris)
Hirisan daun bawang
Timun (dihiris memanjang)
Limau kasturi (dibelah dua)
Sambal tumis (jika suka)
Cara memasak mi siam:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kisar halus sehingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Kemudian keluarkan 1/2 bahagian untuk digunakan sebagai perencah dalam kuah. Tambah sos tomato dalam kuali mengandungi baki perencah tadi. Masukkan udang dan kacau rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan masukkan bihun.
5. Gaul hingga rata, masak hingga bihun lembut. Tambah tauge dan kucai, gaul rata dan matikan api. Ketepikan.
Cara memasak kuah:
1. Masukkan 1/2 bahagian perencah yang diasingkan tadi ke dalam periuk, bersama dengan taucu, serai, lengkuas dan pes asam jawa.
2. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang air rebusan kulit udang (jika perlu boleh tambah sedikit air). Kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan santan, perasakan dengan garam (anda rasa dulu, kalau perlu baru tambah garam) dan gula secukup rasa, biasanya kuah sedikit manis.
4. Akhir sekali tambah kacang tanah tumbuk. Masak sehingga mendidih.
5. Angkat dan hidangkan.
MI GORENG DAGING

Bahan-bahan:
1/2 kg mi kuning (dicuci dan tos)
300 gram daging (dihiris nipis dan direbus bersama air dan hirisan halia sehingga lembut)
4 sudu makan cili kering kisar
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
1sudu makan kicap masin
1 sudu makan sos tiram
1 Kiub ikan bilis
3 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Sawi dan tauge secukupnya
Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah di dalam minyak panas. Kemudian masukkan cili kering kisar.
2. Setelah naik bau dan cili masak, masukkan daging dan 3 cawan air rebusan daging dan kiub ikan bilis.
3. Masukkan kicap pekat, kicap masin, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan mi dan kacau seketika. Sesuaikan rasa.
4. Masukkan sawi dan kacau rata. Tutup api dan masukkan tauge.
5. Kacau rata dan angkat.
Selamat mencuba!
Tiba-Tiba Lapar? Cuba Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api Ni Pula. Memang Padu Beb!

Jika tekak terasa nak makan maggi goreng, pastinya kedai mamak yang menjadi pilihan. Rasanya yang padu, cukup rencah serta enak berperisa pastinya memenuhi selera. Resipi Maggi Goreng Kari Cili Api perkongsian saudari Adnilsam Apat.
BAHAN-BAHAN:
- 3 bungkus Maggi Kari bersama perencahnya sekali ( perencah guna 1 1/2 je dari 3 paket )
- Udang, sotong atau isi ayam | terpulang pada citarasa masing-masing
- 3 ulas bawang putih | ditumbuk
- 3 ulas bawang merah | ditumbuk
- 1 biji bawang besar | dimayang
- 2 biji cili masak | ditumbuk halus
- 5 biji cili padi merah | ditumbuk halus
- 1 sudu besar kicap pekat manis
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos cili
- Kubis @ sawi secukupnya
- 2 biji telur
CARA MEMASAK:
- Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Tapi jangan sampai kembang ye..
- Siramkan dalam air biasa dan leraikan-leraikan maggi tu dan toskan. ( supaya maggi tidak melekat-lekat masa menggoreng nanti. ) Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar hingga wangi.
- Masukkan cili merah dan kacau hingga garing. Masukkan perencah kari dan cili padi. Masukkan juga kicap, sos cili dan sos tomato. Kacau rata.
- Biarkan seketika dan masukkan isi udang, sotong atau ayam.
- Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
- Kacau rata dan pecahkan telur. Tutup telur dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kubis @ sawi. Kacau sebati dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
- Boleh diangkat dan dihidangkan. Tabur hirisan cili merah, bawang goreng dan perahkan limau sebelum dinikmati.
Kredit resipi & gambar: Adnilsam Apat

