Terasa nak makan ikan siakap tapi tak tahu nak masak macam mana? RASA kongsikan dengan anda tiga resipi yang paling sedap dan terbaik yang boleh dimasak menggunakan ikan siakap ni. Anda boleh pilih sama ada nak kukus, sup ataugoreng. Semuanya dijamin menjilat jari! Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.

 

1.  IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

3 Resipi Paling Sedap & Mudah Masak Guna Ikan Siakap.

BAHAN IKAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

 

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

 

IKLAN

INFO CHEF: Jika anda suka boleh tambahkan sedikit serbuk belacan sebagai perasa.

 

2. SIAKAP  KUKUS LIMAU NIPIS

3 Resipi Paling Sedap & Mudah Masak Guna Ikan Siakap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap | bersih dan toskan
  • 1 biji bawang besar | cincang halus
  • 1 ulas bawang putih | cincang halus
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 15 biji cili padi hijau | cincang halus
  • 2 biji limau nipis | perah
  • 2 biji limau nipis | hiris nipis untuk hiasan
  • Garam dan gula secukupnya

 

IKLAN

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan pengukus.
  2. Sementara itu masukkan ikan dalam pinggan dan ketepikan.
  3. Campurkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili dalam mangkuk.
  4. Kemudian tambahkan garam, gula dan perahan jus limau nipis.
  5. Tuangkan bahan ini ke atas ikan dan kukus hingga masak lebih kurang 15 minit.
  6. Angkat dan hiaskan dengan hirisan limau nipis ditepi mangkuk hidangan.
  7. Ikan kukus sedia dihidangkan.

 

 

3. SUP IKAN SIAKAP LADA HITAM

3 Resipi Paling Sedap & Mudah Masak Guna Ikan Siakap.

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar (potong/bersihkan/gaul dgn sedikit garam)
  • 1 inci halia –  dihiris 
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan thai fish oil
  • 1 sudu teh perencah sup
  • 1 batang serai – ketuk
  • Garam & perisa lain ikut suka

BAHAN TUMBUK LUMAT:

  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah (sederhana)
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu teh biji ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • Sedikit lengkuas (taknak guna pun tak apa)

BAHAN PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN:

  • Tomato – belah 4
  • Sedikit hirisan bawang holland, bendi, hirisan daun sup, daun bawang
    & bawang goreng.

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak,masukkan rempah penumis.
  2. Masukkan bahan tumbuk & serai yang diketuk. Goreng hingga naik bau.
  3. Tambahkan air (agak-agak sesuai dengan ikan) danmasukkan sedikit perencah sup,asam keping, garam, perasa lain, thai fish oil, hirisan halia dan hirisan bawang holland. Biar mendidih lama sedikit dan rasa. Tambah perasa jika perlu.
  4. Masukkan bendi sekali dengan ikan siakap.Tomatopula dimasukkan akhir sekali dan  biarkan masak di antara 3-4 minit sahaja.Tidak perlu masak lama kerana isi ikan akan hancur.
  5. Padamkan api dan taburkan daun bawang,daun sup & bawang goreng. Jika suka rasa sup yang masam, masukkan perahan jus limau. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto Sup Ikan Siakap: Ryna Kharysta