Kata orang masakan reneh guna air atau senang cakap sup atau rebus ni masakan malas, tapi  kalau kena pada cara memasak, yang rebus dan reneh ini lagi sedap dan gerenti lebih sihat kerana bebas minyak.   Ada pelbagai jenis masakan yang mengguna cara masak yang sama seperti sup. Antaranya, .  Untuk anda semua berikut RASA kongsikan 8 menu rebus yang  boleh anda semua cuba.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

BENING BEBOLA AYAM & FAT CHOY HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

BAHAN BEBOLA AYAM

  • 1 mangkuk isi ayam kisar
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa
  • Secubit garam

BAHAN LAIN:

  • 2 pokok sawai Fat Choy
  • 1 biji tomato  | potong dadu
  • 2 ulas bawang merah | hiris
  • 1 biji bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda | hiris
  • 1 kiub perasa ayam
  • 3 cawan air
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Sedikit hirisan daun bawang  | untuk hiasan
  • Sedikit  bawang goreng | untuk hiasan

 CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan bebola ayam. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
  2. Uli hingga semua bahan sebati ( jika terlebih boleh tambah sedikit tepung lagi).
  3. Bentukkan doh menjadi bulat hingga habis adunan.
  4. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan bebola ikan tadi.
  5. Rebus hingga bebola timbul. Angkat dan ketepikan.
  6. Seterusnya untuk menyediakan bening, masukkan air dalam periuk.
  7. Kemudian tambahkan di dalamnya hirisan bawang, halia dan bawang putih titik.
  8. Setelah air rebusan mendidih masukkan kiub perasa ayam, garam dan perasa secukupnya.
  9. Seterusnya masukkan semula bebola ayam, Fat Choy dan hirisan tomato.
  10. Kacau  lebih kurang  2-3 minit lagi.
  11. Tutup api, angkat masukkan dalam mangkuk dan taburkan di atasnya dengan hirisan daun bawang serta bawang goreng, kemudian hidangkan.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

SUP WANTAN JERNIH

BAHAN-BAHAN:

  • 10-15 keping kulit wantan
  • 1 pokok daun bawang | hiris
  • 1/2 biji tomato | dadu halus
  • 3 biji cili padi | hiris
  • 3 cawan air
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | ketuk
  • 2cm halia muda | hiris
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan perasa secukupnya

BAHAN ISI WANTAN

  • 250gm isi ayam kisar
  • 2 sudu makan tepung ubi /kanji
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan isi wantan, campurkan semua bahan isi dalam mangkuk.
  2. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Sementara itu, ambil kulit wantan, isikan di tengahnya dengan sedikit campuran isi ayam tadi.
  4. Kemudian kemaskan seperti sup bunjut. Lakukan hingga habis.
  5. Panaskan air dalam periuk hingga mendidih, rebus wantan lebih kurang 3-5 minit.
  6. Apabila timbul angkat,tos dan ketepikan.
  7. Sementara itu, isikan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, halia dan bawang putih.
  8. Didihkan atas dapur, setelah air mendidih masukkan kiub pati ayam, garam dan perasa secukupnya.
  9. Masukkan wantan dalam mangkuk kemudian tuangkan sup di dalamnya.
  10. Hiaskan di atasnya dengan hirisan daun bawang, cili padi dan tomato yang telah didadu kecil sebelum dihidangkan.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

IKLAN

SUP  MASAM MANIS MAKARONI SAYUR-SAYURAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan makarani  | rebus dan tos
  • 150gm isi dada ayam | potong dadu
  • 150gm  lobak merah | potong dadu
  • 150gm timun Jepun | potong dadu
  • 1 biji tomata | buang biji dan potong dadu
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu  makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 3  ulas bawang merah | hiris
  • 1 ulas bawang putih | cincang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih cincang, sos cili dan sos tomato. Renehkan di atas dapur.
  2. Setelah mereneh masukkan isi ayam dan bahan sayur yang dipotong dadu tadi bersama stok ayam.
  3. Setelah sayur empuk, masukkan macaroni yang telah direbus.
  4. Selepas 2-3 minit, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api.
  6. Sup macaroni sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

PINDANG SERANI IKAN SENANGIN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan Senangin | siang, bersih dan tos
  • 2 batang serai | titik
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 hirisan lengkuas | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 8 biji cili padi | titik
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 3cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan air dalam periuk bersama bahan kisar, serai, lengkuas, cili padi titik dan asam gelugor.
  2. Renehkan atas dapur dengan api sederhana.
  3. Setelah mendidih masukkan ikan, biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
  4. Masukkan tomato dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Setelah ikan masak dan cukup rasa, tutup api.
  6. Pindang ikan sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

SINGGANG DAGING BERSAMA NANAS

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1/2 cawan nanas dalam tin
  • 1 biji tomato | belah  empat
  • 2 batang serai | titik
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 2 hiris  lengkuas | titik
  • 1 hirisan halia muda | titik
  • 6 biji cili padi | titik
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji limau nipis | ambil jusnya
  • Garam , gula dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk, kemudian tambahkan pes cili kering, hirisan lengkuas, halia, dan serai.
  2. Masak atas dapur, apabila mendidih masukkan daging.
  3. Setelah daging empuk, masukkan hirisan bawang, cili padi, tomato dan nanas.
  4. Kemudian perasakan dengan jus limau nipis, garam, gula dan perasa secukupnya.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api.
  6. Singgang daging sedia dihidangkan.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

SUP AYAM  CAMPUR  BERSAMA CENDAWAN SHIMEJI

BAHAN-BAHAN;

IKLAN
  • 300gm isi dada ayam | potong dadu
  • 1 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
  • 1/2 paket cendawan shimeji
  • 1/2 batang lobak merah | potong dadu
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 hirisan halia
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air | boleh tambah jika perlu

BAHAN SAMPINGAN:

  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Renehkan di atas dapur, setelah mendidih, masukkan ayam, kentang dan lobak merah.
  3. Biarkan terus mereneh lebih kurang lima minit.
  4. Masukkan pula cendawan. Kacau rata.
  5. Seterusnya, perasakan dengan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
  6. Tutup api, masukkan sup dalam mangkuk dan tabur di atasnya dengan daun bawang, ketumbar serta bawang goreng.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

SUP CENDAWAN BUTANG DENGAN AYAM

BAHAN-BAHAN:

  • 5 biji cendawan butang segar | hiris nipis
  • 150gm isi dada ayam
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang  putih | cincang
  • 1 hirisan halia
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh lada sulah
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • 2 cawan air

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
  3. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
  4. Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
  5. Setalah cukup rasa. Tutup api.
  6. Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

Koleksi 8 Menu Sup Sedap, Murah & Senang Masak.

SUP TELUR BERSAMA JEJARI KETAM

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 biji telur
  • 3 keping cendawan hitam | rendam dan toskan
  • 4 batang jejari ketam | siat memanjang
  • 1/2 sudu makan serbuk sup  sayur
  • 1 sudu teh serbuk perasa ayam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 3 ulas bawang merah | hiris
  • 2 ulas bawang putih | titik
  • 2 hirisan halia muda
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1 sudu makan hirisan daun bawang
  • 1 sudu makan hirisan daun ketumbar
  • Sedikit hirisan batang seleri

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana. Setelah mendidih masukkan jejari ketam dan cendawan.
  3. Seterusnya perasakan dengan serbuk sup sayur, serbuk perasa ayam, lada sulah,garam dan sedikit gula secukup rasa.
  4. Setelah cukup rasa. Tutup api.
  5. Sementara itu isikan air dalam kuali non stick. Renehkan.
  6. Setelah mereneh, kecilkan api dan pecahkan telur di dalamnya.
  7. Setelah telur membeku, angkat dengan penapis masukkan dalam periuk sup.
  8. Lakukan hingga habis telur.
  9. Setelah siap, masukkan sup dalam mangkuk. Hias di atasnya dengan daun bawang dan bawang goreng.
  10. Sup telur sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI