
Malas nak masak, malas nak keluar makan!, Tapi tekak nak makan sedap, ini ada 2 menu paling ringkas yang boleh korang cuba. Padankan dengan nasi putih dan cukup, rajin lebih sikit tambahlah sayur. Senangkan….
AYAM SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 500gm isi dada ayam | potong kecil, cuci dan tos
- 4 batang serai | titik atau hiris halus
- 10 biji cili padi | hiris memanjang
- 1 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos ikan
- 2 sudu makan tepung jagung
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukupnya
BAHAN PERAPAN AYAM:
- 4 sudu makan kicap ikan
- 2 sudu makan minyak bijan
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit sebuk lada hitam
CARA MEMASAK:
- Gaualkan isi ayam dengan perapan. Perap lebih kurang 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Sementara menunggu minyak panas, gaulkan ayam tadi dalam tepung jagung, kemudian celup dalam telur yang telah dikacau dan gaulkan sekali lagi dalam bekas tepung dan gireng/ Lakukan hingga isi ayam habis digoreng.
- Keluarkan minyak, tingga hanya minyak untuk menumis.
- Tumis bawag besar, bawang putih, serai dan cili. Kacau rata hingga wangi.
- Masukkan ayam, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Ayam sedia dihidangkan panas-panas.
KEPAH TUMIS BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg kepah |cuci bersih dan tos
- 5 ulas bawang putih | titik
- 4cm halia muda | hiris memanjang
- 3 sudu makan sos tiram
- 8 biji cili padi | hiris
- 3 pokok daun bawang | hiris memanjang 3cm
- Garam, gula dan perasa secukupnya
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan halia hingga wangi.
- Masukkan kepah, kacau dan tambahkan cili padi.
- Kacau lagi, dan perasakan dengan sos tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.
- Akhir sekali masukkan daun bawang, tutup api dan kacau rata.
- Kepah sedia dihidangkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
3 Puding Ini Meletop Sedapnya, Wajib Cuba.

Kalau anda bercadang untuk membuat puding hujung minggu ini sebagai juadah berbuka puasa, mungkin resipi tiga jenis puding yang RASA kongsikan ini membantu menyediakan variasi baru puding yang pasti disukai oleh ahli keluarga atau tetamu yang datang berbuka di rumah anda.
PUDING CHOCOLATE MATCHA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN COKLAT:
1 paket agar-agar coklat
1/3 paket jelly plain
60gm gula | boleh kurang atau tambah
20gm serbuk koko
400ml susu cair
250ml air
BAHAN MATCHA:
2 paket agar plain
2/3 paket jelly plain
15gm serbuk matcha | boleh kurang atau tambah
150gm gula pasir
750ml susu cair
550ml air
CARA MEMBUAT:
- Tuang semua bahan dalam periuk, kacau rata.
- Nyalakan api kecil, masak sambil kacau hingga mendidih.
- Tuangkan ke dalam acuan dan tinggalkan sedikit untuk hiasan.
- Ketepikan, biarkan puding keras.
- Masukkan semua bahan dalam periuk, kacau rata, dan nyalakan api kecil sambil kacau hingga mendidih.
- Percikkan lebihan puding coklat tadi dengan whisk dalam acuan, tunggu sekejap hingga beku.
- Tuangkan perlahan-lahan puding matcha sehingga 1/3 acuan. Biarkan beku.
- Baru letakkan puding coklat di atasnya, kemudian tuang lagi lebihan puding matcha hingga habis (menjadikan bahagian coklat di tengah puding).
- Biarkan beku, masukkan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
by @ciciliachens
PUDING KACANG HIJAU
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN KACANG HIJAU:
300gm kacang hijau yang sudah direbus
500ml air
50gm gula pasir
1 paket jelly plain
LAPISAN KRIMER:
50gm serbuk krimmer serbaguna
500 ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1/2 paket serbuk agar-agar plain
LAPISAN GILA MELAKA:
50gm gula melaka yang sudah dihancurkan
1 sudu makan gula pasir
500ml air
1/2 paket serbuk agar-agar plain
CARA MEMBUAT:
- Mulakan dengan lapisan kacang hijau. Masukkan semua bahan, kecuali kacang hijau. Kacau rata dan renehkan atas api pelahan hingga mendidih.
- Masukkan kacang hijau yang telah direbus tadi. Kacau sekejap dan tuangkan dalam acuan. Ketepikan dan biarkan ia keras.
- Seterusnya sediakan bahan lapisan krimmer. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kacau dan renehkan atas api sederhana dan sentiasa kacau hingga mendidih. Tutup api.
- Cucuk dengan garpu pada permukaan kacang hijau yang telah keras dan perlahan-lahan tuangkan bahagian krimmer. Ketepikan dan biarkan sejuk.
- Akhir sekali sediakan bahan gula melaka. Campurkan semua bahan, kacau rata dan renehkan atas api perlahan dan sentiasa kacau hingga mendidih.
- Cucuk dengan garpu pada permukaan krimer dan pelahan-lahan tuangkan bahagian gula melaka. Biarkan sejuk.
- Simpan dalam peti sejuk sebelum sedia dihidangkan.
By : @retnaningdhumilah
PUDING KEJU OREO
BAHAN-BAHAN:
BAHANA OREO (BAHAGIAN BAWAH LOYANG):
1 bungkus oreo/133gm | hancurkan
2 sudu makan mentega | cairkan
BAHAN PUDING OREO KEJU:
100gm keju craft | cincang kasar
2 keping roti tawar | carik-carikan
3 sudu makan gula pasir | boleh kurang atau tambah
1 sudu makan tenpung jagung
1 paket serbuk agar-agar | lebih kurang 7gm
120gm susu pekat manis + dengan 750ml air
6 keping oreo | hancurkan
BAHAN TOPPING:
4 keping oreo | hancurkan
2 keping oreo
Buah cerry
CARA MEMBUAT:
- Semua bahan dicampur daaan gaul rata. Kemudian masukkan dalam loyang dan tekan-tekan hingga mampat lebih kurang 15cm. Simpan dalam peti sejuk.
- Sementara itu, masukkan semua bahan puding oreo keju dalam blender, kecuali oreo yang sudah dihancurkan tadi.
- Tuang dalam periuk dan renehkan atas api perkahan sambil kacau supaya tidak berketul.
- Setelah mendidih, bahagikan kepada dua bahagian sama banyak.
- Salah satu adunan tambah dengan oreo yang telah dihancurkan. Kacau rata.
- Kemudian tuankan dalam loyang secara berselang seli kedua-dua bahagian puding hingga habis.
- Masukkan dalam peti sejuk, setelah keras taburkan atasnya dengan bahan topping, iaitu oreo yang telah dihancurkan dan letakkan kepingan oren dan buah cerry di atasnya jika suka.
By @yulichia88
Donut Super Gebu, Jom Cuba Creamy Milk Donut Ala Korea

Dah biasa makan bomboloni kan? Kali ini kita ubah sikit. Kita buat Creamy Milk Donut yang terkenal di Korea.
Resipi yang dikongsi Umi Watie ini, memang sangat sedap! Donut super gebu, lepas itu dengan inti yang lemak berkrim.
Perghhh, makan sambil pejam mata uii. Hias pula dengan gula warna warni untuk anak anak. Kosong untuk ibu dan ayah.
Donut ini sedap, gebu dan lembut macam awan. Tapi, istimewanya inti di dalam yang rasa lemak berkrim disukai ramai. Anak-anak pakat teruja tengok donut montok. Makan seketul memang tak cukup.
CREAMY MILK DONUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kuning telur
30gm dairy whipping cream
5gm yis – beli online di sini
50gm gula
1 sudu besar susu tepung
Secubit garam
300gm tepung roti – beli online di sini
120gm susu segar
30gm mentega – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan dalam bread maker. Whipping cream tu rahsia donut kita gebu gebas.
2. Masukkan tepung roti dan susu segar. On kan bread maker anda. Set kan pada uli ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Bila nampak adunan kasar sudah terbentuk, masukkan 30gm mentega ya.
4. Adunan yang dah siap diuli. Kita biarkan dia kembang 2 kali lipat.
5. Tengok adunan dah naik gebu seperti dalam gambar. Ini lebih kurang 1 jam ye.
6. Buangkan angin dalam adunan tadi. Dah kempis balik.
7. Kemudian, bahagikan mengikut berat yang diinginkan. Saya buat setiap doh berat 25g dan dapat hampir 20 ketul.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
8. Kemudian, bulat-bulatkan dan rehatkan doh selama 15 minit.
9. Panaskan api. Goreng dalam minyak yang panas tapi api kecil ya.
10. Apabila digoreng, jika donut bergelang seperti dalam gambar, ini salah satu tanda donut kita gebu tau. Angkat dan toskan.
BAHAN INTI:
30gm gula*
Secubit garam*
10gm tepung jagung* – beli online di sini
300gm susu segar*
100gm non dairy whipping cream
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan bahan bertanda * dalam periuk. Hidupkan api ya.
2. Kacau adunan atas api yang kecil sampai pekat. Bila adunan timbul buih-buih kecil, itu adunan dah mula memekat. Matikan api ya. Sejukkan.
3. Di dalam bekas lain, pukul non dairy whipping cream sampai kental.
4. Masukkan adunan kastard susu tadi. Kacau sebati, inti dah ready.
CARA HIDANGKAN DONUT:
Belah 2 donut tapi jangan sampai putus ye. Bubuh inti di tengah seperti dalam gambar. Hiaskan dengan hiasan pilihan. Kosong gini pun dah sedap sangat dah.
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kena Kacau Lama-Lama, Baru Cantik Berkilat Khanom Pheak Phun
Senang Betul Nak Masak Bendi Sambal Kering Macam Di Restoran
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
9 Resipi Biskut Raya Yang Simple, Sedap & Rangup.

Cookies mahu pun biskut coklat antara carian orang ramai setiap kali musim perayaan, termasuklah di Aidil Fitri. Kudapan ringan ini bukan hanya sedap, rangup tetapi ia juga kaya isian pelbagai jenis coklat. Tidak hairanlah jika cookies berasaskan coklat menjadi pilihan ramai setiap kali raya dan tak pernah jemu dimakan.
SNOW ALMOND COOKIES
BAHAN A:
- 260gm mentega
- 150gm gula kaster
- 1 sudu teh esen vanila
- 50gm serbuk badam
BAHAN B:
- 300 gm tepung gandum
- 50 gm tepung kastard
- 50 gm susu tepung
- 40 gm tepung jagung
BAHAN C:
- Coklat masakan | cairkan cara double boiler
- Sedikit breadcrumb putih | untuk menyalut
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A hingga berkrim
- Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
- Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
- Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
- Sejukkan biskut atas redai
- Celup biskut dalam coklat masakan yang telah di cairkan cara double boiler
- Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
- Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
BLACK & WHITE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
- 250gm mentega
- 160gm gula perang
- 100gm gula kastor
B:
- 2 biji telur | saiz B
- 1 sudu teh esen vanila
C:
- 280gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 60gm serbuk koko
- 1/2 sudu teh garam
D:
- White chocolate chips
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A hingga sebati.
- Campurkan bahan B dan pastikan telur betul-betul sebati.
- Ayak bahan C, kemudian campurkan bahan D ke dalam C.
- Campurkan bahan A dan B ke dalam bahan C dan D.
- Gaul menggunakan tangan sahaja.
- Tutup mangkuk adunan dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 30 minit.
- Bentukkan bulat dan susun dalam dulang pembakar.
- Masukkan dalam ketuhar dan bakar dengan suhu 150 C selama 25-30 minit.
RICH CHOCOLATE CHIP DROP
BAHAN-BAHAN:
A:
- 100gm mentega
- 25gm Crisco
- 1 biji kuning telur
- 110gm gula perang
- 1/4 sudu teh esen vanila
- 1 sudu makan susu pekat manis
B:
- 1/8 cawan serbuk koko
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/4 sudu teh emplex
- 50gm chocolate chips
- 50gm badam cincang
- 25gm queker oat
- 1/2 sudu makan kelapa kering
C:
- 113gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan A, kacau sebati.
- Masukkan bahan B, gaul rata.
- Masukkan bahan C, adun rata hingga menjadi doh lembut.
- Sudukan dalam dulang pembakar.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CHOCOLATE CHIPS COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
- 280 gm mentega
- 80gm gula kastor
- 80gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 sudu teh butter flavour
B:
- 1 biji telur | gred B
- 1 biji telur kuning | gred B
- 30ml susu UHT
C:
- 350gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 8gm serbok koko
D:
- 200gm chocolate chips
- 60gm oat | panggang seketika
- 40gm kepingan badam | panggang seketika
- 40gm cornflaks | kisar kasar
CARA MEMASAK:
- Pukul bahan A sehingga sebati.
- Masukkan telur satu persatu dan susu, pukul lagi hingga sebatu.
- Masukkan bahan C, gaul rata.
- Kemudian masukkan bahan D, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
- Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
OATMEAL CRUNCHY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
- 250gm mentega
- 250gm gula pasir
- 200gm gula perang
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
B:
- 250gm tepung Red Rose
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
C:
- 200gm oatmeal
- 200gm chocolate chips
- 100gm coklat masak | cincang kasar
- 100gm badam cincang | dibakar seketika
- 50gm walnut | dibakar seketika
CARA MEMASAK:
- Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu, putar hingga sekata.
- Satukan bahan B di dalam mangkuk.
- Satukan juga bahan C, kemudian campurkan dengan bahan B.
- Gaul rata, dan tambahkan dengan bahan A, gaul rata menjadi doh lembut.
- Sudukan dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan patchmen paper.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
CHOCOLATE CHIP NUTTY COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
- 115gm mentega
- 50gm gula kastor
- 70gm gula perang
- 1 biji telur
- 1/2 sudu teh esen vanilla
B:
- 115gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
C:
- 90gm queker oat | kisar
- 170gm chocolate chips
- 125gm coklat masak | diparut
- 85gm Hazelnut | bakar dan cincang
CARA MEMASAK:
- Putar mentega bersama gula kastor dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan telur, kacau dan tambah dengan esen vanilla.
- Campurkan bahan B yang diayak bersama dengan bahan C.
- Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan ini ke dalam bahan A.
- Terus adun hingga menjadi doh lembut.
- Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat, letakkan di atas dulang pembakar.
- Tekan bahagian atas dengan garpu sebelum dimasukkan dalam ketuhar.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
COKLAT CHIP WALNUT
BAHAN-BAHAN:
A:
- 120gm mentega
- 80gm gula kastor
- 70gm telur
- 1/2 sudu teh esen vanila
B:
- 190gm tepung gandum
- 10gm nestum
- 6gm serbuk penaik
- 1gm soda bikarbonat
- 1/8 emplex
C:
- 120gm chocolate chips
- 60gm walnut | bakar dan cincang halus
CARA MEMASAK:
- Putar semua bahan A hingga rata dan kembang.
- Masukkan bahan B dan gaul rata.
- Kemudian masukkan pula bahan C.
- Adun rata menjadi doh lembut
- Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
- Susun atas dulang pembakar dan tekan atas doh dengan garpu.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
DELUXE CHOCOLATE CHIP
BAHAN-BAHAN:
A:
- 125gm mentega
- 1/2 biji kuning telur
- 1/2 sudu makan susu pekat manis
- 65gm gula perang
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/4 sudu teh garam halus
- 1 sudu makan kelapa kering
B:
- 30gm rolled oat
- 30gm kepingan badam
- 60gm chocolate chips
- 115gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk koko
CARA MEMASAK:
- Putar mentega bersama gula, telur, susu pekat manis, garam. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan serbuk penaik, serbuk koko dan esen vanila, kacau lagi.
- Masukkan badam, rolled oat, kelapa kering. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan tepung dan chocolate chips. Gaul lagi.
- Ambil 1/2 sudu makan doh, kemudian bulat-bulatkan.
- Susun atas dulang pembakar, dan tekan atas doh dengan garpu.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
RED PEAR COOKIES
BAHAN-BAHAN:
A:
- 300gm mentega
- 150gm gula kastor
- 1 biji kuning telur
B:
- 300 gm tepung red rose
C:
- 50gm badam cincang
- 100gm chocolate chips
- 100gm cornflaks
HIASAN:
- Hirisan ceri
CARA MEMASAK:
- Putar mentega bersama gula dan hingga rata.
- Seterusnya campurkan bahan C, gaul rata.
- Campurkan bahan B dan C, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
- Sudukan doh ke atas dulang pembakar.
- Letakkan di atasnya hirisan buah ceri.
- Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 20 minit.
- Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.