Masakan Kelantan memang cukup terkenal dengan aneka pilihan yang enak serta membuka selera. Dari lauk pauk hinggalah ke kuih muih. Semuanya memang sedap dan unik.

Kalau nak disenaraikan, memang panjang senarai makanan Kelantan ni. Ada diantaranya yang jarang dijumpai. Untuk memartabatkan kembali sajian asli  Kelantan kepada generasi muda, saudari Wan Nor Susy Susanthy bermurah hati untuk berkongsian sajian warisan negeri Cik Siti Wan Kembang ini bersama para pembaca RASA. Semuanya resipi turun temurun yang sangat enak dan mudah disediakan.

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

 

1. TERESEK JANTUNG PISANG KELANTAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji jantung pisang
  • 500gm tulang / tengkuk/kaki ayam
  • 10 tangkai kacang panjang – potong panjang 2 inci
  • 6 tangkai cili kering
  • 10 biji cili padi
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 1 inci lengkuas
  • 5 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 biji kelapa – ambil santannya
  • 1-2 keping asam gelugur @ asam jawa secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Ambil jantung pisang dan hiris halus. Rendam dalam air garam anggaran 30 minit untuk membuang getahnya. Kemudian perah dan keringkan airnya. Ketepikan.
2. Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, cili kering dan cili padi hingga halus.
3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan rempah kari. Masak lagi seketika. 5. Masukkan tulang, tengkuk dan kaki ayam. Masak hingga empuk.
6. Kemudian masukkan santan dan masak lagi hingga pecah minyak.
7. Tambahkan hirisan jantung pisang dan kacang panjang. Kacau hingga sebati.
8. Masukkan kerisik, asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
9. Masak lagi hingga mendidih dan terbit minyak. Angkat dan boleh dihidangkan.

INFO:
* Hidangan ini sangat terkenal di negeri Kelantan. Kebanyakan dihidangkan semasa kenduri@sebagai juadah harian.
*Ada sesetengah masak hidangan ini menggunakan Kacang Panjang@Cendawan Sisir sahaja (hanya pada musim tengkujuh di Pantai Timur)

 

2. BUDU TUMIS KELANTAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg santan pekat (1 Biji Kelapa)
  • 8 ulas bawang merah – kisar
  • 2 ulas bawang putih – kisar
  • 2 inci halia – kisar
  • 3 batang serai – kisar
  • 3/4 senduk kecil cili kering kisar lumat
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 botol budu kampung @ budu botol
  • Gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan-bahan kisar hingga halus. Kemudian masak dengan santan serta cili kering hingga pecah minyak.
2. Masukkan budu. Masak hingga terbit minyak.
3. Tambahkan asam gelugur, gula dan serbuk perasa secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
4. Bila budu tumis kelihatan agak pekat, padamkan api dan sejukkan.
5. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih. Untuk menikmatinya, ambil budu tumis, patahkan cili, perah limau nipis dan cicah bersama ikan panggang tawar.
6. Jika ada lebihan, simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Ia boleh bertahan selama 6 bulan.

INFO:
*Jika nak buat dalam jumlah yang banyak, tambah kuantitinya.
* Budu Tumis ini sesuai untuk Nasi Putih. Budu Tumis untuk Nasi Kerabu, resipi dan cara masaknya berbeza.)
* Hidangan ini sangat terkenal di kalangan generasi lama kerana cara membuatnya agak rumit.

 

3. JERUK PETAI

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ikat petai
  • 6-8 biji cili padi
  • Garam kasar secukupnya
  • Air masak

CARA MEMASAK:
1. Rebus@celur petai bersama kulitnya seketika. Angkat dan toskan air.
2. Bila petai telah sejuk, picit kulit petai dan ambil isinya. Basuh dan toskan sekali lagi.
3. Masukkan isi petai ke dalam botol bersih bersama dengan air masak, sedikit garam dan cili padi. Elak letak garam terlalu banyak kerana ia akan masin.
4. Simpan botol petai jeruk di tempat kering supaya tahan lama.
5. Sedia untuk dinikmati mengikut selera masing-masing.

INFO:
*Petai jeruk biasanya diperam 2-3 hari @ seminggu supaya rasanya lebih sebati.
*Sedap dimakan bersama Ikan Panggang Tawar@Ikan Rebus dan dipenyek cili.
*Jeruk Jering juga boleh dibuat cara yang sama cuma Jering tidak perlu direbus. (guna jering semai baru sedap dimakan kerana rasanya yang lebih rangup.)

 

4. SOLOK LADA KELANTAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg ikan selayang /sardin – direbus dan ambil isinya
  • 14 biji cili solok @ cili hijau – buang biji
  • 1 biji kelapa muda – diparut (separuh kelapa parut disangai hingga agak kekuningan (dijadikan Kelapa Goreng)
  • Santan secukupnya – anggaran 1/2 – 1 cawan
  • 7 biji bawang merah – tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 inci Halia
  • 2 batang serai – ditumbuk halus
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Sedikit Jus Asam Jawa
  • 10-12 tangkai kacang panjang @ pucuk Ubi Kayu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan cili hijau, belah panjang bagi membentuk poket dan buang bijinya. Ketepikan.
2. Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih, serai,halia garam dan gula hingga halus.
3. Tambahkan isi ikan rebus yang telah dibuang tulang dan kulit. Tumbuk lumat. Masukkan ke dalam bekas besar.
4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kelapa goreng ke dalam lesung. Tumbuk lagi hingga lumat. Tuang ke dalam bekas berisi ikan tadi.
5. Gaul rata semua bahan dan kelapa tadi hingga rata.
6. Ambil bahan tumbuk dan isikan ke dalam cili hingga mampat. Lakukan hingga habis.
7. Ambil periuk bersesuaian, susun(lapik) kacang panjang@pucuk ubi di dasarnya sebagai alas. Fungsinya supaya manis air kacang@pucuk ubi menyerap pada Solok Lada.
8. Tuang santan, tutup periuk dan rebus Solok Lda Periuk guna api sederhana hingga cili masak dan lembut.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

 

5. SIRA ROTI GULA

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus roti bata @ roti babu
  • 3 biji telur
  • 1 cawan air – boleh lebihkan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1-2 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Ambil roti dan hiris nipis-nipis. Kemudian celup dalam telur yang telah dipukul.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng roti yang dicelup tadi. Lakukan hingga habis. Angkat dan letak dalam pinggan.
3. Dalam periuk berlainan, rebus air bersama daun pandan, gula, bunga cengkih dan sedikit air gula untuk dijadikan air gula.
4. Bila gula telah larut, tuang air gula tadi pada roti yang telah digoreng tadi.
5. Sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini enak dimakan panas dan mempunyai rasa lemak manis.

 

6. SIRA ROTI SANTAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus roti bata @ roti Babu
  • 2 cawan santan
  • Sedikit air
  • 2-3 biji telur
  • 1 helai daun pandan
  • Secubit garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1-2 kuntum bunga cengkih
  • 1 sudu teh esen vanilla

CARA MEMASAK:
1. Potong kecil roti dan celup dalam bancuhan telur yang telah dipukul.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng roti telur tadi sekejap sahaja (hingga sedikit garing). Ketepikan.
3. Untuk menyediakan kuahnya, masukkan santan, gula, garam, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan roti yang digoreng tanpa minyak tadi. Masak sehingga roti sedikit lembut.
5. Angkat dan sedia dinikmati. Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut. Enak Dinikmati Sejuk

 

7. PINDANG TAPAI UBI (PENCUCI MULUT MUSIM TENGKUJUH)

IKLAN

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • Tapai Ubi Kayu
  • 1 helai daun pandan
  • Sedikit kiub ais

CARA MEMASAK
1. Masak santan bersama gula hingga larut. Kemudian masukkan daun pandan.
2. Bila santan kembali mendidih, masukkan tapai masak seketika.
3.Angkat dan masukkan sedikit kiub ais. Sedia untuk dinikmati. Sedap dimakan sejuk-sejuk.

INFO:
Pencuci mulut ini popular semasa musim tengkujuh di negeri pantai timur..Enak dimakan bersama pulut putih@Kosong

 

Kredit resipi & foto: Wan Nor Susy Susanthy Bt Wan Abdul Nasir ( FB: Susy Susanthy)

 

Wanita Ini Kongsi Resipi Masakan Kelantan Yang Sedap & Unik.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resepi Sos Sotong Stim Limau Ala Thai Paling Sedap. Mudah Je Caranya

Sambal Belacan Siam Sedap. Resipi Istimewa Warisan Keluarga

Petua Masak Ikan Bakar Rica Manado Sedap Tapi Guna Kuali Je

Resipi Pai Ayam Terlajak Mudah & Sedap. Kalau Jual, Pasti Laris

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI