Selalunya kulit jagung akan dibuang dan hanya mengambil isi jagung sahaja. Tidak perlu mencari daun pisang resipi lepat jagung manis ini menggunakan kulit jagung sebagai pembalut kuih lepat. Sangat bijak dan tiada pembaziran dalam proses masak lepat kerana semua digunakan sepenuhnya.
LEPAT JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 4 tongkol jagung (disagat halus)
- 1 tongkol jagung (hiris)
- 1 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan gula
- 2 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan hingga pekat dengan menggunakan api sederhana (kacau selalu supaya tidak hangit)
3. Sediakan kulit jagung dan masukkan 1 sudu besar adunan.
4. Bungkus dengan kemas dan kukus selama 20 minit.
Kredit: Zubidah Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil
Dah nama pun anak nogori, ramuan cili padi memang tak boleh dipisahkan dalam sajian rutin seharian penyanyi dan aktres Siti Nordiana Alias, 35 tahun.
Peluang muncul bersama Chef Wan memang cukup mengujakan kerana sajian yang dipilih untuk episod kali ini mengembalikan memori kelazatan Rendang Ayam Minang dan kuih koci yang kerap dimasak neneknya.
Penyanyi yang menjulang kembali namanya setelah memenangi juara Gegar Vaganza musim kedua pada 2015 ini juga adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Sama juga seperti anak nogori lain, artis ayu ini sangat menggemari lauk Rendang Ayam Minang.
“Berbeza dengan rendang negeri lain, Rendang Minang ni rasanya pedas. Saya suka kalau lauk tu menggunakan banyak cili padi, tak kisahlah hijau atau merah.Cili padi tu yang memberi rasa sedap tak terhingga pada rendang ayam minang,lagi pedas lagi saya suka. Bukan setakat masa bulan Ramadan sahaja tetapi ini lauk pada hari-hari biasa juga.
Jadi saya memang teruja bila dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan ni. Best juga tengok Chef Wan merendang. Teringat masakan nenek, lauk ‘favourite’ kami sekeluarga,” cerita Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana ini.
Di samping rendang Minang, satu lagi sajian Minang yang disukai adalah Ayam Goreng Berlado. Bercerita mengenai kuih-muih untuk berbuka pula kuih koci menjadi pilihan utama “Saya memang seronok dapat tengok Chef Wan menunjukkan kepakaran masaknya ‘live’ depan mata. Resipi yang digunakan sama seperti nenek saya buat,” imbau Nana lagi.
Sepanjang bulan Ramadan ini jika ada jemputan puasa di luar atau di hotel, Nana akan menghadirinya. Jika tiada dia lebih selesa berbuka bersama anak lelakinya Muhammad Rayyan Nakhaie, 11 tahun dan ibunya di rumah. Sekali sekala Nana rajin juga ke bazar Ramadan mencari kuih muih yang disukainya seperti Popia Basah yang banyak terjual semasa bulan puasa.
RENDANG AYAM MINANG
BAHAN-BAHAN :
- 1 ekor ayam @ 11/2kg ayam | dipotong 12
- 11/2 biji kelapa | diramas dengan 1 liter air suam
- 250gm kerisik
- 3 helai daun limau purut
- 2 helai daun kunyit | dihiris halus
- Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
- 10 tangkai cili merah| dibuang biji | dikisar
- 15 tangkai cili kering | direndam air panas dan ditos, dikisar
- 10 biji cili padi | dikisar
- 15 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 8 biji buah keras | dikisar
- 8 batang serai | dihiris kasar, dikisar
- 2sm halia | dikisar
- 2sm lengkuas | dikisar
- 3sm kunyit hidup | dikisar
1 biji limau purut | diparut kulitnya, kuantiti sedikit
CARA MEMASAK :
- Di dalam kuali masukkan bahan-bahan yang dikisar dan ayam . Biarkan ayam kering airnya dan kacau.
- Masukkan santan dan sedikit garam,didihkan selama 45 minit hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
- Biarkan santan pecah minyak.
- Masukkan kerisk, daun limau purut, parutan kulit limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan gula dan garam.
- Biarkan ia pekat, dan hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris.
KUIH KOCI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 250gm tepung pulut
- ½ cawan tepung pulut hitam
- 1 1/2 cawan air
Bahan inti :
- 1 biji kelapa parut
- 1 ketul gula Melaka | diracik
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan | disimpul
- ½ cawan air
- Daun pisang secukupnya | dibersihkan dilayur hingga lembut , potong saiz 13sm x 13sm
- Minyak masak secukupnya
- 1 cawan pati santan | dicampur secubit garam
CARA MEMASAK :
Cara buat inti :
- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.
Cara buat doh :
- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yangg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi.
Cara buat kuih koci :
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu camca teh santan pekat.
- Kemudian lipat daun pisang. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.
JANGAN LUPA TERUSKAN MENONTON “ RASA NOSTALGIA RAMADAN”, SETIAP JAM 5 PETANG DARI ISNIN -KHAMIS DI ASTRO PRIMA 105 DAN PRIMA HD 121
Ada ramai lagi selebriti lain akan bersama Chef Wan di antaranya Kak Engku, Serina Chef Wan, Amelina, Azira De Fam, Sharifah Shahira, Ziana Zain, Erra Fazira, Aaron Aziz, Umie Aida, Bell Ngasri, Zarul Umbrella.
Resipi Pulut Panggang Sambal Kelapa, Inti Penuh Bila Buat Sendiri
Anda suka makan Pulut Panggang inti Sambal Kelapa, jom cuba buat guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Sangat sedap dan mudah sahaja resipinya. Sesuai bagi anda yang baru nak belajar buat kuih Pulut Panggang ini, sesuai sangatlah. Cukup rasa dan sangat sempurna. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MEMASAK PULUT PANGGANG INTI SAMBAL KELAPA
BAHAN PULUT:
- 3 cawan beras pulut – rendam 2 jam – beli online disini
- 2 cawan santan – beli online disini
- Sedikit garam
BAHAN INTI:
- 1 biji kelapa parut putih (pilih kelapa muda sedikit)
- 10 tangkai cili kering – beli online disini
- 100gm udang kering – beli online disini
- 1 sudu teh jintan manis – beli online disini
- 1 sudu teh ketumbar – beli online disini
- 4 batang serai
- 10 ulas bawang merah – beli online disini
- 2 ulas bawang putih – beli online disini
- Sedikit air
- Garam secukupnya
- 3/4 cawan gula
- Minyak masak secukupnya
BAHAN LAIN:
- Daun pisang
- Lidi secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Untuk inti, kisar semua bahan kecuali kelapa hingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan kelapa dan sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Terus kacau inti hingga kering. Jika lembab sedikit pun tidak mengapa. Angkat dan sejukkan inti.
5. Kukus pulit selama 25 minit. Angkat, masukkan santan dan garam.
6. Sebatikandan kukus lagi selama 15 minit. Sejukkan.
7. Letak pulut di tengah daun pisang.
8. Letak inti dan kemaskan bungkusan pulut.
9. Semat lidi pada hujung daun pisang atau boleh guna stapler.
10. Bakar pulut kukus guna pemanggang ajaib @ pemanggang ikan.
NOTA: Sebelum dibakar, sapu sedikit minyak pada pulut panggang supaya masa dibakar, daun tidak hangus berderai dan cepat hangus.
Kredit resipi & foto: Opah Mas Cotek
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Lepat Jagung Rasa Sekali Nak Lagi
Sesekali dapat nikmati kuih tradisi memang puas hati. Jika dibandingkan dengan kuih moden takkan sama rasa kepuasannya. Memang sukar untuk mencari kuih tradisi sebagaimana citarasa yang diingini. Namun usah risau, resipi yang dikongsi ini gerenti sedap dan memenuhi piawaian yang anda inginkan.
LEPAT JAGUNG
Bahan-bahan:
4 tongkol jagung diparut
1 tongkol jagung dihiris kasar
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
2 cawan santan pekat
kulit jagung secukupnya untuk membungkus
pilih kulit jagung bersaiz besar
daun pisang pun boleh
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati dengan api perlahan,masak adunan sehingga pekat sentiasa di kacau ya. Angkat ketepikan
2.Sediakan kulit jagung, sudukan
3.1 sudu besar adunan- bungkus dan kemaskan
**cara opah lipat, gulung dan selisihkan daun sebelah bawahnya, kemudian ikat menggunakan kulit jagung yang disiat halus
4.Kukus selama 20minit.
5.Angkat dan sejukkan
6.Siap untuk dihidang.
Ada yang nak shopping online? Jom tengok tawaran yang diberikan di https://invol.co/cloqny
Kredit Foto & resipi: Mas Cotek