Percubaan pertama kali cuba buat kek viral ni. Guna resipi kek span tapi letak perasa Oreo. Alhamdulillah sedap sangat.Lain kali boleh buat lagi.
Kek span
Bahan-bahan:
- 4 biji telur
- 100gm gula kastor
- 100gm tepung gandum – diayak dulu
- 1 sudu besar serbuk penaik
- 35gm minyak jagung/masak
- 70gm fresh milk/ susu segar
- 1 sudu kecil ovelete
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Perasa yang disukai jika suka
Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk mixer.
2.Putar sehingga adunan jadi putih dan gebu.
3.Tuangkan dalam loyang 8″ yang dilapik dengan baking paper bawahnya.
4.Panaskan oven suhu 160 dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak.
5.Bila dah masak, keluarkan kek dan biarkan atas redai seketika.
Toping Cream Cheese
Bahan-bahan:
- 125gm cream cheese
- 60ml susu pekat
- 50ml susu fair
- 60gm whipping cream
Cara memasak:
1.Putar cream cheese sehingga lembut
2.Masukkan susu pekat dan susu cair.
3.Masukkan whipping cream.
4.Putar sehingga sebati
5.Masukkan dalam piping beg.
6.Tuangkan cream cheese atas kek.
7.Hiaskan dengan puding mango dan jem strawberi.
8.Hiaskan dengan parutan cheddar cheese dan coklat chip.
* Puding mango saya guna yang serbuk jenama nona
Selamat mencuba.
Kredit: Hidayati Hana
INGIN MEMBELI BLENDER, MIXER, GRINDER, BOLEH LIHAT DI SINI.
Resipi Mango Cheesecake Lemak Manis. Sedap Dimakan Ketika Sejuk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Khasiat 2 Dalam 1, Mudah Sangat Nak Masak Gulai Ayam Pegaga
Sebagai anak jati Negeri Sembilan, memang tak sah kalau tak makan masak lomak cili api. Dalam masakan ini, kerap dimasukkan sekali sayuran seperti pegaga, sayur maman, betik muda, pucuk ubi, daun puding hitam.
Boleh digulai atau terus jadikan rendang dengan bahan dan cara sama. Menurut Muhamad Muktamin Abdul Karim, dia suka sangat sebab tak perlulah nak masak sayur lagi, 2 dalam 1.
CARA BUAT GULAI AYAM PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
*harus diingat orang Negeri Sembilan memang sangat ringkas, cukup dengan cili, kunyit dan garam ditumbuk sekali.
1/2 ekor ayam
2 ikat daun pegaga
Cili api atau cili padi (ikut tahap kepedasan) – beli online di sini
1 atau 2 inci kunyit hidup
Serbuk kunyit *(saya saja tambah) – beli online di sini
Lada hitam (kebiasaannya hanya guna lada hitam tapi saya suka tambah biji ketumbar dan jintan manis untuk lebih aroma)
Biji ketumbar
Jintan manis
1 biji santan kelapa
3 asam keping – beli online di sini
3 batang serai | diketuk – beli online di sini
Garam *secukupnya
*Boleh juga macam-macam lagi sayuran lain seperti pucuk ubi, daun puding hitam, sayur maman dan sebagainya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk, gaul rata dan masak sehingga mendidih.
2. Masukkan daun pegaga dan masak lagi sehingga ke kepekatan kuah yang kita nak atau terus jadikan rendang.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Kredit resipi: Muhamad Muktamin Abdul Karim
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Cara Ringkas Masak Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api
Suka Makan Ayam Pencen? Ini Resipi Mudah Rendang Cili Api Ayam Salai
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat
Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
KEK MINI COKLAT MOIST
BAHAN UNTUK KEK COKLAT:
1 cawan minyak masak* – beli online di sini
1 cawan gula* – beli online di sini
1 cawan susu pekat* – beli online di sini
1 cawan susu cair* – beli online di sini
1 cawan serbuk koko*
1 ½ cawan tepung gandum | ayak – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder | ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat | ayak
3 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya.
3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.
4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.
5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.
6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula.
7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.
BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
½ cawan susu cair
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko.
3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH
BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil emulco pandan coconut*
1 sudu kecil pewarna hijau*
*untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.
BAHAN B: (ayak sekali)
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer.
3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih.
5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas.
6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau.
7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping.
9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
250g cream cheese
½ cawan susu pekat manis
½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream
Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap.
2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je.
3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat.
4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je.
5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap.
6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Kredit resipi: Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
4 Resipi Mudah Sarapan Untuk Anak-Anak, Masak Guna Air Fryer Je
Resipi Mudah Spaghetti Bolognese, Cheezy Wedges, Garlic Bread & Mushroom Soup
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Menu Strawberi Kesukaan Anak. Kek, Biskut, Trifles ..Sedapnyaa.
Buah strawberi yang merah ranum tu memang cukup sedap dimakan begitu sahaja. Keenakan jem strawberi sesuai sangat dimakan dengan roti atau pasteri yang lain.
Buahan yang kaya vitamin dan tinggi kandungan anti oksidannya juga memang gerenti sedap bila dibuat kek dan pasteri. Ni min kongsikan sajian pencuci mulut kek dan pasteri untuk dicuba.
1. STRAWBERRY TRIFLES
BAHAN KEK:
- 150gm tepung kek
- 150gm mentega
- 150gm gula kastor
- 3 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
BAHAN UNTUK MELAPIS TRIFLES:
- 3-4 biji strawberi | dipotong
- 300ml krim putar | pukul hingga kembang
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung kek dengan serbuk penaik dan ketepikan.
2. Pukul telur dan mentega hingga kembang kemudian masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati.
3. Tuang adunan di dalam loyang 10 x 10 inci dan bakar pada suhu 180˚C selama lebih kurang 20-25 minit hingga masak.
4. Sejukkan dahulu dan potong kek mengikut saiz bekas yang digunakan untuk menghidang.
5. Letakkan lapisan kek pada dasar bekas, susun strawberi dan picitkan krim putar yang sudah dipukul kembang tadi di bahagian atasnya.
6. Hiaskan dengan potongan strawberi. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
7. Keluarkan dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan sejuk.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Waktu memasak: 1 jam 20 minit
Keistimewaan : Ada rasa lemak, manis dan masam yang seimbang
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
2. STRAWBERRY CHEESE CAKES BAR
BAHAN-BAHAN:
BAHAN LAPISAN BAWAH:
- 250gm mentega
- 100gm gula kastor
- 12 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 280gm tepung gandum serba guna
- ½ sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
BAHAN LAPISAN KRIM KEJU:
- 225gm krim keju
- 90gm gula ising
- 3 biji telur
- Jem strawberi secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Sebatikan mentega dan gula kemudian masukkan telur dan esen vanila. Gaul hingga sebati.
3. Masukkan adunan tepung tadi. Gaul sebati hingga menjadi doh.
4. Tekan di dalam loyang 10 x 10 hingga rata. Untuk mendapatkan bar yang lebih nipis boleh gunakan loyang 12 x 12. Ketepikan.
5. Untuk membuat krim keju; Pukul krim keju dengan gula ising hingga kembang.
6. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati.
7. Tuangkan ke atas lapisan doh yang ditekan di dalam loyang tadi.
8. Ratakan dan picit jem strawberi ke atas adunan krim keju secara memanjang dan lorek jem untuk membentuk corak.
9. Bakar pada suhu 180 ˚ C selama 50-60 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum memotongnya menjadi kepingan bar.
Info chef: Boleh hias dengan hirisan strawberi jika suka.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan : Rasa lemak dan ada sedikit masam strawberi
Jenis masakan : Kek
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
3. STRAWBERRY SHORTCAKE COOKIES
BAHAN-BAHAN:
- 260gm buah strawberi | potong dadu
- ½ sudu teh jus lemon
- 75gm gula kastor
- 122gm tepung red rose
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh garam
- 36gm mentega
- 70gm Heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven 180 ˚C.
2. Satukan buah strawberi, dan jus lemon biarkan seketika.
3. Dalam bekas berasingan, satukan tepung, serbuk penaik, garam dan gula. Masukkan mentega dan gaul sebati hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Kemudian masukkan heavy cream gaul hingga menjadi doh dan masukkan buah strawberi bersama lemon jus tadi. Adun sebati.
5. Sudukan di atas loyang.
6. Bakar lebih kurang 25-30 minit hingga perang.
7. Angkat dan sedia dinikmati.
Info chef: Enak dimakan panas.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Ada rasa masam dan lemak mentega
Jenis masakan : Kudapan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
4. STRAWBERRY & CHOCOLATE CREAM CHEESE NAPOLEON
BAHAN-BAHAN:
- 500gm doh puff pastry
- 1 biji telur
- 7-8 biji buah strawberi
BAHAN KRIM KEJU COKLAT:
- 50gm gula ising
- 20gm serbuk koko
- 225gm krim keju
- ½ sudu esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Canai nipis doh puff pastri dan potong saiz petak kecil.
2. Bakar dengan suhu 200 ˚ C selama lebih kurang 25-20 minit hingga perang. Biarkan sejuk seketika.
3. Pukul gula ising dan krim keju hingga sebati, masukkan serbuk koko dan esen vanila.
4. Pukul lagi hingga kembang.
5. Potong buah strawberi. Picitkan sedikit krim keju coklat di atas satu kepingan puff pastri yang sudah dibakar tadi. Susunkan buah strawberi dan lapiskan dengan satu lagi kepingan puff pastri. Picit lagi krim keju coklat dan hias dengan sedikit hirisan strawberi.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Boleh juga tabur dengan manik coklat jika suka di atas krim keju coklat.
Saiz hidangan: 3-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan : Pastri rangup bila dikunyah
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Anggaran kos: RM25
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.