Sekali sekala melayan tekak dengan hidangan barat ala PizzaHut tak salah kan.
Hidangan spaghetti bolognese bersama cheezy potato wedges, garlic bread dan mushroom soup pasti membuka selera anak-anak.
Resipi yang dikongsikan Suzana Othman ini, mudah saja untuk dibuat dan sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga.
SPAGHETTI BOLOGNESE
BAHAN-BAHAN:
1 pek spaghetti (saya guna angel hair) ½ mangkuk daging cincang 1 biji bawang besar | potong dadu – beli online di sini 4 ulas bawang putih | cincang halus – beli online di sini ½ biji lada benggala | potong dadu 3 batang sosej | hiris nipis 1 tin sos spageti prego tradisi 2 helai daun bay kering 1 sudu besar mixed herbs ½ sudu kecil serbuk lada hitam 3 sudu besar sos cili – beli online di sini 1 sudu besar sos tomato – beli online di sini Garam secukupnya 1 sudu kecil serbuk pati ayam 1 sudu besar gula – beli online di sini
1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan spaghetti. Masukkan garam dan sedikit minyak masak. Rebus hingga masak, kemudian toskan. Lalukan spaghetti di bawah air paip untuk matikan suhu. Tos dan ketepikan. 2. Tip bagi mengekalkan kesegaran spaghetti, gaul rata dengan minyak masak sebelum disimpan dalam bekas bertutup. 3. Untuk sos; panaskan marjerin dalam sauce pan atau kuali. Tumis bawang putih, bawang besar hingga perang dan wangi.
4. Masukkan lada benggala, sosej dan daging. Kacau sebentar kemudian masukkan daun bay, mix herbs dan serbuk lada hitam. 5. Selepas itu, masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Masukkan sedikit air supaya tak terlalu pekat. 6. Reneh selama 10 minit dan kacau. Setelah pekat, perasakan dengan garam, serbuk pati ayam dan gula. Tutup api. Siap.
CHEEZY POTATO WEDGES ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
3 biji kentang – beli online di sini Tepung serbaguna bestari @ aroma Minyak untuk menggoreng Serbuk cheese Air panas Mayonis
1. Rebus kentang hingga separuh empuk tanpa buang kulit. Toskan air rebusan kemudian rendam dalam air sejuk untuk matikan suhu. 2. Bila dah sejuk, potong bentuk wedges. Taburkan tepung serbaguna Bestari atau Aroma. Goreng dalam minyak yang cukup panas. Angkat bila warna bertukar perang. 3. Bancuh serbuk cheese dengan air panas dan mayonis. Kacau sampai sebati. Kita campur mayonis supaya tak masin sangat, rasa lebih berlemak dan sedikit manis. 4. Susun kentang dalam pinggan. Piping kan cheese dan mayonis atasnya. Tabur dengan parsley kering dan bijan hitam untuk hiasan.
GARLIC BREAD
BAHAN ROTI:
Boleh guna roti Perancis, roti sosej ataupun roti gardenia
BAHAN LAIN:
Ads
Garlic butter Mixed herbs Daun parsley | dicincang Bijan
CARA-CARA:
1. Roti Perancis; potong nipis guna pisau bergerigi. Rangup kejadiannya. 2. Roti sosej; potong roti jangan sampai terputus. Celah-celah roti sapu garlic butter, tabur mixed herbs dan parsley. Nak dramatik sikit sapu garlic butter di atasnya juga, tabur bijan dan parsley. Kalau korang nak berkeju sikit, boleh selitkan keju mozzarella di celah roti tu.
3. Kalau tak ada roti Perancis, tak ada roti sosej, guna roti Gardenia pun okay je. Sama rangup juga macam roti Perancis.
SUP CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 tin mushroom soup (saya guna jenama Campbell’s) 1 tin susu full cream (sukat guna tin mushroom soup tadi)
CARA MASAK:
Masukkan mushroom soup dalam periuk. Tambah susu full cream. Reneh hingga mendidih, tutup api. Masa menghidang, tabur mixed herbs dan parsley kering. Baru cantik.
Hidangan tomyam memang sudah jadi sebahagian hidangan biasa kita di rumah, malah pes tomyam sentiasa ada stok. Tapi ada juga yang merasakan pes tomyam segera ini tak kena dengan selera. Tak cukup kick!
Kalau begini boleh cuba buat sendiri pes tomyam ikut cita rasa kita, yang lebih padu! Caranya ada dikongsi oleh Myss Deen. Pes tomyam homemade ini dah tentulah terjamin kebersihan dan halal. Selain untuk dijadikan tomyam, pes ini juga sesuai digunakan untuk masakan bergoreng.
Buat sendiri pes tomyam homemade yang sedap
Pes tomyam homemade yang sedap dan tanpa ragu-ragu. Versi ini sudah saya upgrade, lebih sedap dan sangat disukai kenalan-kenalan dan pelanggan saya. Pes ini juga sesuai untuk digunakan untuk masakan bergoreng yang lain seperti bihun , sayur, nasi, ikan dan lain-lain.
Bahan-bahan
Cili kering -beli kuantiti RM3, belah dua untuk buang biji, cuci dan toskan.
20 cili merah
6 biji bawang merah besar ( boleh guna bawang kecil tapi lebihkan kuantiti) dan 2 biji besar bawang Holland belah 8.
5 pokok ketumbar -keratan pangkal batang dan akar
Halia sebesar ibu jari, lengkuas juga
2 labu bawang putih
8 batang serai gemuk -hiris kasar
15 helai daun limau purut (dikira bercantum), dibuang urat tengahnya untuk mengelakkan rasa pahit ( saya guna daun lebar-lebar)
1 sudu besar belacan yang disangai/bakar
Nota: Cara dan bahan-bahan (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut cita rasa
Cara penyediaan
Minyak masak 1½ cawan digunakan untuk menggoreng bahan-bahan bergilir-gilir sehingga layu/ nàik bau kemudian ditoskan.
2.Kemua bahan-bahan di atas dikisar tanpa air, hanya gunakan baki minyak menggoreng saja.
3. Sediakan satu mangkuk (saiz mangkuk sup) ikan bilis dan jumlah yang sama untuk udang kering. Dibasuh dan disangai/bakar kemudian dikisar halus.
4. Kesemua bahan-bahan di atas dimasak dalam kuali hingga naik minyak, berbau wangi dan warna berubah gelap. Kena selalu gaul dan balik dengan api sederhana.
5. Kemudian masukkan bahan berikut;
-1 bekas penuh pes asam jawa. -Gula Thai lebih kurang 4 ke 6 sudu besar mengikut cita rasa atau gula lain-lain.
-1 ke 1½ cawan sos ikan (perlu terasa lebih masin dari kebiasaan kita masak lauk)
-2 ketul kiub ayam (jika suka)
-2 biji jus limau nipis
6. Masak lagi sehingga kesemuanya sebati dan sudah betul-betul matang.
7. Selepas masak, sejukkan dan boleh disimpan dan digunakan mengikut cara yang anda suka.
Ini adalah cara melalui RnD dan pengalaman saya. Diharap ada kebaikan perkongsian ini.
Nasi Hujan Panas ini enak dinikmati dengan apa jua lauk pauk. Namun, ia lebih enak jika dimakan bersama ayam masak merah, dalca sayuran serta acar jelatah.
BAHAN-BAHAN:
1kg beras | dibasuh dan ditoskan
1 liter air
1 tin susu cair
20gm buah gajus
20gm kismis
2 biji limau nipis
½ sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh pewarna merah
½ sudu teh pewarna kuning
Garam dan gula secukup rasa
20ml minyak sapi
BAHAN A:
10gm bawang merah | dimayang
5gm bawang putih | dimayang
5gm halia | dimayang
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air, susu cair dan perahan limau nipis. Perasakan.
Apabila air mendidih, barulah dimasukkan beras, buah gajus dan kismis.
Tanak nasi sehingga kering dan masukkan pewarna secukupnya.
Anak-anak suka makanpizza? Kalau beli, pasti jarang sekali kerana harganya agak mahal. Ni ada resipi doh pizza/’pizza base’ perkongsian saudari Rasyidah Nur Hayatiyang boleh hasilkan sendiri di rumah secara homemade. Intinya juga boleh dipelbagaikan ikut cita rasa. Memang berbaloi untuk dicuba.
250gm adunan doh roti asas ( yang di sejuk bekukan. Boleh guna mana-mana resipi roti asas yang ada dikongsi. Nyahbeku sebelum digunakan)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan A ke dalam Bread Maker. Set fungsi ‘knied’ 45 minit. 2. Pada 15 minit akhir ulian, masukkan bahan B. Teruskan uli sehingga selesai. Doh tidak perlu terlalu elastik. 3. Ambil doh, timbang 127gm. Kadang-kadang adunan dapat 130gm. Ubah timbangan supaya semua doh sama berat. Jumlah doh dapat ialah 5 biji.
4. Bulatkan doh, tutup bekas dengan kain atau plastik dan rehatkan selama 10 mi nit. 5. Tabur tepung pada permukaan papan. Canai leper sehingga saiz 8 inci. Jangan cuak jika adunan jadi nipis. 6. Celup doh yang sudah dicanai dalam tepung suji / tepung semolina. Rehatkan selama 25 minit. 7. Cucuk doh guna lidi. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 160C, menggunakan api atas bawah selama 10 minit. ( sebelum tambah topping).
8. Keluarkan, sejukkan doh. Kemudian tambah topping dan bakar kembali pada suhu 180C selama 25 minit atau sehingga pizza masak dan keju cair. Masa membakar mungkin berbeza bergantung pada jenis ketuhar masing-masing.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.