Dah mula buat biskut raya? Bagi anda yang tercari-cari resipi biskut yang simple tapi sedap, min cadangkan anda cuba resipi Biskut Cincin/ Biskut Telur Rebus ni. Memang mudah, mudah nak terap dan rasanya sangat sedap. Rugi kalau tak cuba.
BISKUT CINCIN/BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega
- 80gm gula kastor
- 6 biji telur rebus – ambil kuning telur sahaja. Lenyek dengan garpu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 400gm tepung gandum
- 200gm tepung jagung
BAHAN HIASAN:
- Kuning telur secukupnya – dipukul
- Kacang – kisar halus
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan kuning telur yang telah dihancurkan dan esen vanilla.
2. Keluarkan dari pengadun dan tambahkan tepung. Uli hingga jadi doh. Jika doh agak lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikt sehingga dapat tekstur doh yang mudah dicanai dan diterap.
3. Terap dengan acuan bulat dan lubangkan ditengahnya dengan acuan yang lebih kecil. Jika tiada, boleh guna apa-apa acuan yang anda ada.
4. Sapu kuning telur pada biskut dan tabur kacang secukupnya.
5. Bakar pada suhu 140-160C selama 15-20 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Step By Step Kek Puding Karamel Alunan Kasih.
Kek Karamel ni memang sedap. Gabungan antara Puding Karamel dan kek yang gebu sangat serasi serta memikat selera. Pendek kata, sekali rasa pasti nak cuba lagi. Ramai yang tertanya-tanya, macam mana kek + puding ni dibuat. Ada yang pernah cuba tapi tak menjadi. Meh cuba resipi perkongsian saudari Nor Fatihah ni. Pasti puas hati. Kek pun cantik. Sesuai sangat buat sempena hari jadi.
KEK KARAMEL ALUNAN KASIH
BAHAN KARAMEL / GULA HANGUS:
- 2 1/2 sudu makan gula
( Tabur gula di dalam loyang saiz 9 inci. Masak atas api kecil hingga gula cair dan bertukar warna perang muda. Sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
BAHAN PUDING:
- 2 biji telur – putih & kuning
- 3 biji kuning telur
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 sudu makan tepung kastard
- 1 sudu teh esen vanilla
( Kacau semua bahan-bahan dengan garpu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapis ke dalam loyang berisi karamel @ gula hangus.)
BAHAN MERINGUE:
- 6 biji putih telur – pastikan tiada bercampur kuning telur & air
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu teh cream of tartar
( Pukul semua bahan dengan kelajuan high speed hingga kental & bertanduk. Meringue mencapai tekstur yang terbaik adalah apabila bekas diterbalikkan, adunan tidak tumpah.)
BAHAN KEK:
- 3 biji kuning telur
- 1/2 cawan gula
- 1/2 cawan air
- 1/4 cawan minyak
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk penaik
- Pewarna pink dan hijau secukupnya
- Serbuk koko / milo secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanilla hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yang telah diayak bersama. Pukul lagi hingga kembang.
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah dan keatas perlahan-lahan hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 2 bahagian dicampur dengan pewarna dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal. Masa ni boleh panaskan ketuhar dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau keatas dan sekeliling puding secara perlahan-lahan. Adunan akan terapung ye. Jadi tak perlu ratakan untuk dapatkan corak kek yang beralun.
6. Kemudian masukkan koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi permukaan lapisan hijau tadi. Ulang proses yang sama dengan 2 lapisan lagi. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
7. Kaedah bakar secara ‘water bath’ – Letak loyang kek ke dalam loyang saiz 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit.
8. Bakar selama 1 jam menggunakan api atas bawah. Kemudian 15 minit terakhir, guna api atas sahaja. ( masa membakar mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.)
9. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang dari loyang. Terbalikkan perlahan-lahan ke atas pinggan.
10. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nor Fatihah
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
http://www.rasa.my/resipi-kek-keju-meleleh-pandan-versi-kukus-mantap/
Resipi Kek Buah Kukus Moist Yang Mudah & Terlajak Sedap. Sekali Cuba Payah Nak Berhenti Makan Weh!
Cara Buat Kek Pisang Dua Benua Sedap Tanpa Guna Banyak Bahan
Kek Pisang Dua Benua ni nampak sedap dan mudah disediakan. Jika suka makan Kek Pisang, boleh cuba resipi perkongsian saudari Novelis Afieyza Isahak ni. Unik kerana satu bahagian kek mempunyai perasa coklat dan oreo. Sebiji kek dapat dua perisa. Wow…Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KEK PISANG DUA BENUA
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur Gred A
- 3/4 cawan gula (nak manis letak 1 cawan) – beli online disini
- 1 penutup esen vanilla – beli online disini
- 1 cawan minyak masak – beli online disini
- 1 cawan pisang berangan – dilecek
- 1 1/2 cawan tepung gandum – ayak – beli online disini
- 1 sudu teh soda bikarbonat – ayak – beli online disini
- 1 sudu teh baking powder – ayak – beli online disini
- 2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
- Biskut oreo yang telah dihancurkan secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, gula dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
2. Masukkan minyak masak dan pisang berangan yang telah dilenyek. Sebatikan.
3. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan baking powder. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong. Satu adunan dicampur dengan serbuk koko dan biskut oreo yang telah dihancurkan.
5. Alas loyang bersaiz 8X8 menggunakan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Hias dengan hirisan pisang jika suka.
6. Bakar kek pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
7. Sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dipotong dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Novelis Afieyza Isahak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kek Coklat Lava, Pemanis Mulut Selepas Solat Tarawih
Selepas solat tarawih, apa kata makan kek coklat lava. Mesti sedap, kan? Coklat Lava ini asalnya daripada kek yang tidak masak. Jadi, kalau terlebih masa masak, akan jadi kek coklat biasa. Nak membuat kek coklat lava ini kena try and error. Kena pandai kawal suhu oven.
KEK COKLAT LAVA
.
BAHAN ADUNAN COKLAT MENTEGA
100 gram dark coklat jenis compound coin
5 sudu besar mentega
CARA MEMBUAT ADUNAN COKLAT MENTEGA
1. Double boil dark coklat dan mentega. Boleh juga guna microwave lagi senang.
BAHAN LAIN
2 biji telur ayam
1 biji telur kuning sahaja
3 sudu besar gula
2 sudu kecil esen vanila
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMBUAT
1. Whiskkan telur ayam dan gula sampai gula hancur.
2. Masukkan ADUNAN COKLAT MENTEGA dalam telur.
3. Masukkan esen vanila, tepung, serbuk koko dan kacau sebati.
.
.
.
4. Sapu minyak atau mentega kat tepi bekas. Masukkan adunan dalam bekas.
.
5. Panaskan oven api atas bawah 200 degree terlebih dahulu.
6. Bakar untuk 10 minit. Pastikan bahagian atas dah kering namun bahagian dalam masih basah lagi.
7. Tutup api oven dan biarkan coklat lava dalam oven untuk 5-8 minit untuk set.
8. Terbalikkkan coklat lava atas pinggan dan tabur gula aising. Sedia dihidang.
TIP EKSTRA!
A. Boleh guna bekas mufin atau cupcake. Guna bekas aluminium foil pun boleh. Guna bekas Ramekin lagi bagus.
B. Boleh masak guna air fryer. Suhu 180 degree untuk 5 minit sahaja.
Resipi Oleh Fatimah Naamat