Sedapnya Kek Keju Meleleh Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS

 

Kek Keju Meleleh Pandan Sedap. Masak Guna Pengukus Je.

IKLAN

BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
  • 1/2 cawan susu cair } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
  • 1/2 penutup pewarna hijau
  • 1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
  2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
  4. Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
  5. Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.

BAHAN CREAM CHEESE LELEH

IKLAN
  • 250gm cream cheese Tatura
  • Suku cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri)

CARA-CARA:

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.

CARA MENGHIAS:

IKLAN
  1. Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
  2. Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
  3. Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
  4. Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
  5. Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.

Kek Keju Meleleh Pandan Sedap. Masak Guna Pengukus Je.

TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:

  1. Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
  2. Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
  3. Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
  4. Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
  5. Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.

 

Kredit resipi & foto: Umi Hayati

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI