Untitled design - 2020-11-25T105211.151

Asalnya nak buat apam polkadot dot-dot. Sudahnya tak menjadi. Itulah buat corak macam pelangi Cara Buat Apam Polkadot Pelangi Berinti Strawberi. Buat Jualan Gerenti Laku Keras Adalah lebih kurang macam jalur pelangi walaupun tak seberapa. Warnanya pun meriah berwarna warni, memanglah anak-anak suka. Dalamnya pula diletakkan inti strawberi, dah la sedap , gebu pula.

APAM POLKADOT PELANGI
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(ayak bersama)
3 biji telur gred A – dari peti sejuk
1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu besar ovallete-BELI ONLINE DI SINI
3/4 cawan susu segar/susu cair-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
Inti strawberi/blueberi dan lain-lain
Pewarna – ikut suka-BELI ONLINE DI SINI

Cara memasak:
1.Kisar telur,gula & ovallete dengan kelajuan maksima hingga kembang dan menjadi warna putih
2.Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar/cair. Sambung kisar paling minima hingga sebati.
3.Masuk esen vanilla. Adun sekejap bagi semuanya sebati.
4.Bahagi dan warnakan adunan. Yang kosong biar lebih. Setiap warna pelangi itu ambil 1 senduk saja. Warnakan. Masuk dalam piping bag.
5.Isi papercup dalam acuan kuih lompang. Picit/tekan yang kosong sedikit. Paipkan inti kemudian tutup semula dengan paip yang kosong.
6.Permukaan atas picitkan sikit-sikit untuk dapatkan warna-warna pelangi. Buat sehingga habis.
7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Kukus api sederhana besar selama 10 – 12 minit.

Cara Buat Apam Polkadot Pelangi Berinti Strawberi. Buat Jualan Gerenti Laku Keras

IKLAN

Cara Buat Apam Polkadot Pelangi Berinti Strawberi. Buat Jualan Gerenti Laku Keras

Kredit: Zura Zul

IKLAN

INGIN MEMBELI BLENDER BARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

IKLAN

Lemak Manis, Kenyal & Tak Jemu. Ini Cara Buat Kuih Lepat Ubi Kayu Paling Sedap.

Popia Bergedil Cicah Sambal Kicap Berapi. Menu Minum Petang Paling Padu

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI