Popia Bergedil ni nampak sedap. Biasanya Tauhu Bergedil yang menjadi pilihan tapi kalau dekat rumah tiada stok tauhu, boleh je gunakan kulit popia. Rasa sangat sedap dan mengenyangkan. Dicicah pula dengan sambal kicap berapi. Lagi laju makan. Nak cuba buat menu ni untuk keluarga? Saudari Rosmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI POPIA BERGEDIL
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus kulit popia – dipotong dua (beli online DISINI) 3 biji telur (untuk salutan) Minyak secukupnya – (beli online DISINI)
BAHAN BERGEDIL: 4 biji ubi kentang saiz besar (beli online DISINI) 400gm daging kisar 4 sudu makan bawang goreng (beli online DISINI) Daun sup/bawang – potong halus (beli online DISINI) 1 sudu teh lada sulah (beli online DISINI) Sedikit garam (beli online DISINI) 2 biji cili besar merah – potong halus (beli online DISINI)
BAHAN SAMBAL KICAP: 1 mangkuk kicap manis (beli online DISINI) Cili api – jumlah cili ikut pedas yang diingini (beli online DISINI) 1 ulas bawang putih (beli online DISINI)
BAHAN HIASAN: Cili padi – dipotong Daun sup – dipotong kasar 1 sudu makan bawang goreng
CARA MEMASAK: 1. Kentang dipotong nipis dan goreng sehingga empuk atau lembut. 2. Masukkan dalam mangkuk. Lecek kentang goreng tadi sehingga lumat. 3. Masukkan daging kisar, daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah, lada sulah dan perasa. Gaul sehingga rata.
Ads
4. Ambil kulit popia, lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulung bergedil bersama kulit popia tadi.
5. Pukul telur dan tambah sedikit perasa. Celupkan popia bergedil tadi ke dalam telur dan goreng dalam minyak yang telah dipanaskan. 6. Bila popia nampak kekuningan, terus angkat dan bolehlah dihidangkan. Taburlah sikit daun sup dan bawang goreng.
CARA MASAK SAMBAL KICAP BERAPI: 1. Tumbuk cili padi dan bawang putih sehingga lumat. 2. Panaskan periuk dan masukkan kicap dan cili yang ditumbuk. 3. Masakkan cili kicap sebentar tapi jangan sampai mendidih. 4. Siap dan hidangkan bersama Popia Bergedil.
Petai atau dikenali sebagai Bitter Bean atau Stink Bean memang cukup terkenal dalam masakan Asia Tenggara dan dimakan sebagai ulam. Walaupun rasanya yang pahit dan akan menyebabkan kencing berbau tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat kita.
Hidangan petai paling pantas yang boleh kita masak. Tidak perlu bahan yang keterlaluan dan sangat senang untuk di masak. Rasa enak pahit petai, digabung dengan rasa masam, manis dan pedas. Sesuai makan dengan nasi putih atau untuk penggemar tegar petai boleh ratah begitu sahaja.
Untuk penggemar petai, enam koleksi resipi menarik ini yang boleh kita masak nanti:
SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis ] kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar.
4. Kacau sehingga wangi dan pecah minyak.
5. Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata.
6. Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing.
8. Angkat dan hidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
SAMBAL PETAI BERSAMA SOTONG
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong ] bersih dan buang kulit arinya
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Masukkan sotong dalam kuali, kemudian kacau seketika sehingga sotong kecut lebih kurang 2-3 minit sahaja. Angkat dan toskan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
4. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan petai dan sotong tadi.Kacau rata lebih kurang 2-3 minit.
6. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak seketika.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Tumis dan goreng. Keistimewaan: Enak, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis ] kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak ] bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar ] hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan.
2. Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan.
3. Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
4. Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit.
5. Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi.
6. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
8. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Goreng dan tumis. Keistimewaan: Enak dan pedas. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh ] rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar ] hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan ] jika suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
3. Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
4. Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
6. Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
7. Angkat dan sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang. Waktu memasak: 30 minit. Cara memasak: Rebus, goreng dan tumis. Keistimewaan: Sedap, pedas dan kaya dengan rasa petai. Anggaran perbelanjaan: RM15
Info Chef: Selain telur puyuh boleh sahaja gunakan telur ayam biasa.
GULAI LEMAK PETAI MUDA BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 papan petai muda ] kikis kulit arinya dan potong 3-4 cm
500gm udang saiz XL ] bersihkan
2 batang serai ] titik
2 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit ] carik-carik dan simpul
3 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS:
15 biji cili padi
2 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Rebus petai yang telah dibersihkan hingga empuk. Angkat dan toskan.
2. Masukkan petai di dalam periuk bersama asam gelugor, serai dan daun kunyit dan bahan-bahan kisar halus tadi.
3. Tuangkan santan dan gaul rata.
4. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
5. Seterusnya masukkan udang dan sentiasa kacau.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kecilkan api dan kacau seketika, kemudian tutup api.
8. Gulai sedia dihidangkan.
Saiz hidangan: 3-4 orang. Waktu memasak: 20 minit. Cara memasak: Reneh. Keistimewaan: Pedas berlemak. Anggaran perbelanjaan: RM30
Info Chef: Anda boleh tukar udang dengan ketam mahupun ikan. Ikut selera dan cita rasa anda sekeluarga.
Info: Boleh sediakan gula-gula atau penyegar mulut untuk mengelakkan mulut anda berbau.
IKAN BILIS PETAI DAN CILI PADI BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis – goreng garing
Bawang Putih (Hiris)
Bawang Holand (Hiris)
Petai (Belah dua)
Cili Api (Hiris)
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang holand, garam, gula dan petai.
2. Masukkan cili api. Dah masak semua masukkan ikan bilis yang sudah di goreng garing tu. Kacau sampai sekata.
Sambal tumis sotong petai ini memang membuka selera. Bagi peminat petai, memang patut cuba masak ini tau.
Yang penting, kena gunakan sotong yang segar. Baru masakan itu tambah sedap. Selain itu, sotong tak boleh masak lama. Nanti teksturnya akan jadi kenyal dan liat.
Sebaiknya, goreng tanpa minyak untuk keluarkan airnya. Sotong kekal gebu! Cubalah ye resipi sambal tumis sotong petaiini.
Jemu dengan menu daging, hari ni jom kita masak lauk menu seafood yang ringkas yang gerenti sedap menjilat jari. Kalau nak cuba, ini RASA kongsikan tiga menu udang, sotong dan filet ikan yang 10 minit masak dan siap ye…
UDANG GORENG BERSAMA TELUR DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Udang:
300gm udang saiz sederhana | buang kulit dan cuci bersih
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak bijan
½ sudu teh serbuk lada sulah
Hirisan:
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
3cm halia muda | hiris halus memanjang
Lain-lain:
4 biji telur
1/2 sudu teh serbuk lada putih
50gm daun bawang | potong 3cm
1 sudu makan susu segar
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang dan toskan, kemudian gaulkannya dengan garam, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Perapkan 5-10 minit dan ketepikan.
Pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang kemerahan (lebih kurang dua minit). Angkat dan ketepikan.
Seterusnya panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan telur dan kacau rata, lebih kurang satu minit.
Kecilkan api dan masukkan daun bawang dan udang yang telah digoreng tadi.
Kacau rata dan tutup api.
Sedia dihidangkan panas-panas.
KUNG PAO FILET IKAN BERSAMA CILI KERING DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan ikan:
300gm isi ikan dory | potong 2-3cm
1 sudu makan putih telur | pukul perlahan
1/4sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu makan tepung jagung
Bahan Sos:
1/2 sudu teh serbuk cili
1 sudu makan kicap
3 sudu makan air
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh gula
Sedikit garam jika perlu
Bahan-bahan lain:
4 ulas bawang putih | cincang kasar
4 pokok daun bawang | potong 2-3cm
5 tangkai cili kering | potong 2cm
1/2 sudu teh perasa ikan bilis
CARA MEMASAK:
Untuk perapan ikan, masukkan ikan bersama bahan perapan yang lain dalam mangkuk.
Gaul rata dan perap lebih kurang 10-15 minit.
Sementara itu masukkan semua bahan sos ke dalam mangkuk, kacau rata dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ikan sehingga bertukar warna kuning keemasan. Angkat dan toskan di atas tisu dapur.
Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak masak. Goreng cili kering bersama bawang putih hingga wangi.
Masukkan bahan sos, kacau rata hingga sos sedikit pekat.
Kecilkan api, masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi bersama daun bawang.
Tutup api, dan gaul rata.
Angkat dan sedia dihidangkan panas-panas.
SOTONG MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Sotong:
500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
4 ulas bawang putih | cincang halus
1 biji bawang besar | dadu kecil
3cm halia muda | hiris halus memanjang
3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
2 biji cili hijau | hiris bulat
1 pokok daun ketumbar | hiris halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh rempah masala
1 biji tomato | potong dadu
2 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
Seterusnya masukkan serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato. Kacau seketika.
Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!