Salah satu biskut raya yang otai adalah Biskut Mazola. Rasa manis berkacang tu memang sangatlah sedap. Biskut mazola sekarang ni ada macam-macam bentuk. Tapi yang paling legend mestilah yang bentuk bulat siap berkacang di atasnya. Jom try buat. Nanti nak raya boleh buat.
BISKUT MAZOLA
Bahan-bahan
• 1 cawan kacang tanah dikisar
• 3/4 cawan gula aising
• 2 cawan tepung gandum
• Sedikit garam
• 3/4 cawan minyak masak
• Sebiji kuning telur
• Pewarna kuning
Caranya
1. Satukan bahan kering iaitu kacang, gula aising, tepung gandum dan garam. Kacau sebati.
2. Kemudian masukkan minyak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
3. Bentukkan mengikut acuan kesukaan. Sapukan kuning telur dan hias dengan lebihan kacang.
4. Bakar pada suhu antara 160°C hingga 180°C selama 20 minit.
Resipi Oleh Nur Fuziana Saad dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Sedap Biskut Putar Venetian, Boleh Letak ‘Inti’ Ikut Suka Hati
Meja hidangan akan lebih meriah dengan aneka hidangan biskut. Tentunya menjadi tumpuan ramai terutama biskut-biskut yang comel dan bentuk yang menawan. Biskut Putar Venetian antara biskut yang menjadi kegemaran ramai kerana ia boleh pelbagai inti di tengahnya. Cubalah buat untuk dihidangkan pada tetamu. Ini resipi Biskut Putar Venetian seperti yang dikongsikan oleh Keroroy Royz
BISKUT PUTAR VENETIAN
BAHAN-BAHAN:
1 cawan (250 g) mentega/marjerin – BELI ONLINE
1/3 cawan (50 g) gula ising – BELI ONLINE
1 sudu teh perasa vanilla
1/3 cawan (30 g) tepung beras } – BELI ONLINE
250 g tepung gandum } diayak bersama – BELI ONLINE
Hiasan: jam strawberry/blueberry/marmalade/Nutella mengikut kesukaan
CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega, gula icing dan perisa vanila sehingga berkrim menggunakan pengadun elektrik selama 1-2 minit. Boleh juga selama 3-4 minit.
2. Tambahkan tepung beras dan tepung gandum, gaul menggunakan tangan. (Akk guna mixer)
3. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. (Oven akak 170c – api atas dan bawah)
4. Masukkan doh ke dalam ‘piping bag’ dengan muncung hiasan berbentuk bintang (star nozzle) dan tekan doh kepada bentuk cincin/bulatan di atas dulang pembakar yang telah digriskan. Hiaskan di tengahnya dengan sedikit jam strawberry/blueberry/marmalade/nutella mengikut kesukaan.
5. Bakar biskut selama 10-12 minit. Sejukkan sebelum disimpan.
Sumber kredit: Keroroy Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedapnya Cream Cheese Red Velvet Cookies Sampai Teringat-ingat, Bakar Guna Airfryer Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Brownies Cake Chewy Dan Lembab. Wow, Ada Kacang Walnut Pulak Tu…
Amat menarik versi resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
- 300gm mentega
- 300gm coklat masakan
- 6 biji telur ayam | pukul sedikit
- 80gm serbuk koko
- 350gm gula perang
- 2 sudu teh esen vanila
- 100gm tepung gandum | diayak 2 kali
- 1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
- 10minit dan dicincang
CARA MEMASAK :
- Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
- Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
- Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Kredit : amierul syafique
Bake Cheese Cakes Moist Mewah Dengan Rasa Cheese,Memang Sedap
Ramai peminat kek ni, paling viral dan sedap sangat.Kalau korang jenis suka kek yang ada cheese, elok sangat cuba dan mudah je membuatnya. Biasa jual di kafe dan hotel mahal, lepas ni buat di rumah pun boleh.
Baked Cheese Cake
Base
- 300g oreo @ biskut marie
- 130g majerin cair
- Cairkan dan gaul sebati
Tekan dekat base cup cake cari cup yang boleh regang tepinya untuk keluarkan.
Adunan cheese
- 500g cream cheese tatura
- 100 gula kastor
- 210 fresh yogurt marigold( original flavour)
- 20g tepung jagung
- 2 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara membuat:
1.Adun cream cheese dan gula.
2.Masukkan fresh yogurt.
3.Masukkan tepung.
4.Masukkan telur, akhir sekali esen vanilla.
5.Masuk dalam crust oreo yang dipadatkan tadi, letak filling. Kalau suka kemudian penuhkan.Nak corak, korang letak filling buah atasnya.
6.Bakar pada suhu 150 darjah, 30-35 minit sebelah dulang cup tadi.Letak tuala basah dalam loyangnya dan bakar macam biasa.
Kredit: Azlina Ina Fans
Mudahnya Buat Sendiri Sup Cendawan Ala Pizza Hut & Roti Bawang Putih