Jika ke kafe, pasti tidak terlepas dari menikmati pastri yang dihidangkan. Walaupun harganya boleh tahan mahal. Jadi bolehlah buat sendiri kalau dah suka. Ini cara mudah membuatkan guna kulit puff dari jenama Kawan. Ha nak makan banyak mana pun boleh bila dah tahu cara buatnya. Sedap untuk sarapan dan minum petang. 

Sardin Puff

Bahan-bahan:

Kulit Puff – jenama Kawan

1 tin kecil sardin

Bawang besar -dihiris

Lada-dihiris

Sebiji limau kasturi

Minyak untuk menumis

IKLAN

Garam

Sardin Puff Mudah Buat, Memang Tak Cukup Satu

 

Cara memasak:

1.Panaskan sedikit minyak.

2.Tumis bawang dan lada sampai layu.

IKLAN

3.Masukkan isi sardin dan sedikit sos sardin. Kacau sehingga sardin hancur, masukkan garam dan perahkan limau, kacau hingga sedikit kering.

4.Isikan inti sardin kedalam kulit puff dan seal dengan air.

Sardin Puff Mudah Buat, Memang Tak Cukup Satu

5.Susun ke dalam loyang. Sapukan kuning telur di permukaan puff.

6.Bakar selama 20 minit,150c (terpulang oven)

7.Bila puff dah kuning, matikan oven. Siap.

IKLAN

Sardin Puff Mudah Buat, Memang Tak Cukup Satu

Kredit: Rozilawati Paiman

Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap & Mudah

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

http://ww.rasa.my/ikan-tenggiri-masak-serai-ni-serius-sedap-boleh-cuba-nanti/

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI