Bila cerita bab rendang, memang sedap kalau dapat makan rendang daging dengan nasi impit atau nasi panas-panas. Memang bertambah-tambah makannya.

Menerusi perkongsian daripada Azlina Ina, resipi ini mudah untuk dimasak dan tidak mengambil masa yang lama.

 

RENDANG DAGING REMPAH CILI PADI

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

BAHAN-BAHAN:

1kg daging | hiris sederhana tebal, basuh bersih, ketepikan
2 peket kerisik –beli online di sini
1 kotak santan (250ml) – beli online di sini
Daun kunyit | hiris
Serai | hiris
Air asam jawa
Garam

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

TONTON Dapur RasaProjek Air Tangan Emas Bersama MAGGI

BAHAN REMPAH:

5 sudu besar biji ketumbar – beli online di sini
3 sudu besar jintan putih – beli online di sini
2 sudu besar jintan manis – beli online di sini
*sangai bahan rempah dan sejuk, kemudian baru tumbuk atau kisar ya

IKLAN

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

BAHAN PES:

30-40 batang cili padi hijau (pedas boleh adjust sendiri ye, ikut berapa banyak nak guna) – beli online di sini
2 labu bawang besar | belah 6 atau 8 – beli online di sini
4-5 ulas bawang putih – beli online di sini
3-4 batang serai | hiris – beli online di sini
1 inci halia – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini
*kisar bahan pes dengan sedikit air

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

CARA-CARA:

IKLAN

1. Tuang minyak di dalam kuali tapi jangan banyak sangat. Tumis pes sampai naik minyak.
2. Masukkan rempah dan sedikit air. Kacau lagi sampai naik minyak semula.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
3. Masukkan daging dan terus tutup bila keluar air daging dan daging menjadi kecut.
4. Kemudian, baru tambah air dan sedikit garam dan perasa. Biarkan daging sampai empuk.

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
5. Tambahkan kerisik dan santan. Kacau-kacau. Biarkan mendidih dan pekat.

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!
6. Masukkan daun kunyit dan serai yang sudah dihiris. Gaul sebati dan tambah air asam jawa.
7. Masa ni, gaul rata dan boleh rasa dah sama ada tak cukup garam atau tak. Kalau agak masin, boleh tambah santan.

Buat Pencinta Rendang, Resipi Daging Rempah Cili Padi Harus Dicuba!

IKLAN

*rendang daging ini boleh buat berkuah atau kering ya. Kalau kering, kena kurangkan garam masa awal-awal letak tadi.

Kredit resipi: Azlina Ina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Perap Ayam Guna Yogurt, Ayam Goreng Pedas Ala Korea Lagi Sedap!

Kukus Boleh, Bakar Pun Boleh, Puding Roti Dengan Sos Kastard

Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Ini Cara Masak Crispy Beef

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: