Cendawan enoki, selain dimasukkan ke dalam sup sayur atau makan stimbot, sedap juga digoreng tepung bersama wantan. Rangup betul dalam setiap kunyahan. Anak-anak pasti suka.
Nak buatnya pun mudah sahaja. Cuma perlu tiga bahan. Ikuti resipi mudah perkongsian daripada Aishah Masri untuk membuat Wantan Cendawan Enoki Goreng Tepung. Sesuai dijadikan kudapan minum petang ataupun ketika sarapan.
Jangan pandang sebelah mata bila sebut Ikan Bilis. Resipi yang bakal saya kongsikan ni, sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Ikan bilis saiz besar tu memang sesuai untuk buat menu ni. Disalut tepung sahaja dah jadi snek enak makan begitu sahaja ataupun bersama nasi. Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung Rangup ni boleh disimpan lama di dalam bekas kedap udara ataupun balang. Kalau dah buntu nak makan lauk apa, tabur je menu ni atas nasi dah berselera makan.
IKAN BILIS RANGUP GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis (siap dikopek)
Tepung bestari spicy (sedikit)
Tepung beras atau tepung gandum (sedikit)
Air (sedikit)
CARA PENYEDIAAN:
Basuh ikan bilis sekali lalu. Jangan sampai lembik sangat ikan bilis tu.
Taburkan tepung bestari dan tepung beras.
Gaulkan bagi tepung melekat. Kalau tak melekat, renjis menggunakan air sedikit
Goreng minyak panas dan kalau rasa dah garing boleh angkat.
Anda boleh lebihkan tepung beras atau tepung gandum dari tepung bestari untuk kurangkan rasa masin.
Mayoneshomemade ni mudah dibuat dan banyak gunanya dalam masakan. Boleh letak dalam inti sandwic, guna untuk hasilkan telur dadar gebu dan banyak lagi. Malah rasanya sama je macam yang kita beli di pasaraya tu. Bila dah pandai buat sendiri ni, tak perlu dah beli lagi. Boleh ajak anak-anak untuk sama-sama buat mayones homemade ni. Jom tengok resipi perkongsian saudari Rita Kasirun. Boleh dicuba. Pasti seronok bila lihat hasilnya.
CARA BUAT MAYONES HOMEMADE YANG MUDAH, SEDAP, HALUS & LEMBUT
BAHAN-BAHAN: 4 biji telur 4 sudu besar gula – beli online disini 1 sudu besar garam 1/2 biji jus perahan lemon Minyak masak atau minyak zaitun (anggaran 1 cawan lebih) – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Kisar semua bahan kecuali minyak masak. Bila sudah sebati, baru masukkan minyak masak atau minyak zaitun agak-agak dalam secawan lebih. Kisar sampai putih likat. 2. Kemudian masak mayones tadi dengan api yang paling kecil sampai pekat.
3. Pastikan mayones sentiasa dikacau namun jangan sampai mendidih. 4. Bila sudah pekat, padamkan api dan biarkan mayones sejuk. 5. Setelah sejuk, kisar mayones sekali lagi untuk dapatkan tekstur yang lembut dan licin. 6. Mayones homemade siap disediakan dan bolehlah diletakkan dalam botol, balang atau bekas kedap udara dan disimpan dalam peti sejuk.
INFO: Boleh kisar menggunakan blender, food processor atau pengisar tangan.