Sedapnya Coney Sosej perkongsian saudari Rrose Rapii ni. Sekali pandang persis Coney Dog di A&W. Resipinya sangat mudah dan tidak renyah. Boleh sangat buat secara homemade dan tentunya lebih jimat. Anak-anak pastinya suka ni. Sedap dan mengenyangkan. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan serta cara pembuatannya.
Jeruk betik antara asam yang jadi kegemaran ramai. Ia jadi sebahagian jajan terutama selepas makan. Jeruk betik ini kalau nak yang sedap kena buat sendiri supaya rasa masam dan manis boleh ikut cita rasa sendiri.
Jika di rumah ada tanam pokok betik, elok sangat cuba buat. Petik tiga atau empat biji betik muda dah boleh jadi jeruk. Panduan membuatnya boleh ikut cara yang diajarkan oleh chef terkenal, Chef Asma. Jeruk betik ini tak gunakan pengawet dan rangup, itu yang buat makin sedap.
Buat sendiri jeruk betik rangup tanpa pengawet
Bahan-bahan
3 – 4 biji betik mangkal- betik yang keras bukan yang dah masak
3 sudu besar kapur makan
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir kasar
5 sudu kecil garam halus
15 biji asam boi putih
20 biji cili padi – ( 10 biji di hiris, 10 biji tak perlu hiris) – boleh kurangkan jika tak suka pedas
Cara membuat
1.Kupas kulit buah betik nipis sahaja. Kemudian potong seperti dalam gambar di atas. Tebal lebih kurang setengah sentimeter, jangan nipis dan jangan tebal sangat.
2. Rendam dengan air paras buah betik sahaja. Masukkan kapur makan, ramas sikit kapur supaya hancur. Rendam selama 1 – 2 jam.
3.Selepas rendam, tos hingga kering bagi kering.
4. Masukkan betik ke dalam bekas, satukan dengan cuka, gula, garam, asam boi & cili padi.
5. Pakai sarung tangan, gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam chiller.
6. Simpan semalaman, enak dimakan sejuk. Simpan di luar pun ok.
TIP
Wajib rendam dengan air kapur supaya betik rangup & pejal.
Pastikan jangan letak air, semasa gaul jeruk betik. Cukup dengan cuka dan gula, ini kerana gula dan betik itu akan berair. Kalau tambah air, jeruk tak boleh tahan lama dan akan menghasilkan buih.
Kalau nak buat jualan, kira sendiri kos, betik murah sahaja tapi bila jadi jeruk memang dijual mahal. Sedap… krup krap…
Daging kisar atau cincang kalau ada banyak stok kat peti sejuk, memang terbaiklah. Macam -macam idea menu lazat boleh dibuat. Menu makanan jalanan @ street food orang Arab banyak menggunakan daging cincang/kisar dalam ramuannya. Jamu pada tetamu yang datang di musim raya, pun best nih.
Sedap berempah, aromanya pun boleh kecur air liur. Ni 5 resipi makanan gerai dan kudapan Arab paling laris dan paling meletop.
1. SHAWARMA DAGING
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk cili
2 ulas bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
5 keping roti Arab | untuk digulung
BAHAN (tambahan inti) :
1 biji tomato | dihiris
Sedikit daun salad | dihiris
2 biji jeruk timun
50 gm buah zaitun | dihiris
Sedikit kentang goreng yang telah digoreng.
2 sudu makan mayonis
1 sudu makan sos cili
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Setelah sejuk, sediakan roti arab, masukkan daging, salad, tomato, jeruk timun, buah zaitun, kentang goreng mayonnaise dan sos cili. 6. Gulungkan ia dan masukkan ke dalam kuali leper atau dapur pemanggang dan biarkan ia masak. 7. Biarkan ia masak lebih kurang 3 minit dan balikkan kedua dua belah. 8. Setelah masak boleh dihidangkan bersama kentang goreng.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 20 minit Cara memasak : Tumis dan Panggang Jenis masakan : Ala sandwic Keistimewaan : Inti daging berempah dengan gulungan roti Arab yang enak Anggaran kos :RM 20
Info Chef : Resipi yang sama boleh juga digunakan untuk inti ayam. Jika ikut cara tradisional Arab, boleh diletakkan batu berbalut aluminium untuk menindih atas pemanggang supaya ia lebih mampat dan cepat masak.
2. BEBOLA DAGING KAMBING KEBAB DAN CENDAWAN BUTANG
BAHAN-BAHANNYA :
500 gm daging kambing kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 biji telur | dipecahkan telur dan kacau
300 gm serbuk roti
2 ulas bawang merah| dicincang
1 ulas bawang putih | dicincang
10 cendawan butang segar- dihiris dua atau empat
Garam secukup rasa
Sedikit perasa
Bahan perapan :
Setangkai herba thymes | dilurutkan daunnya
Setangkai herba rosemary | dilurutkan daunnya
1 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan serbuk paprika
CARA MEMASAKNYA: 1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam bekas adunan seperti daging kisar, jintan manis, jintan putih, serbuk etumbar, herba thymes, rosemary, serbuk roti, bwang merah, bawang putih, garam dan perasa. 2. Gaulkan dengan sebati dan masukkan telur tadi sebagai bahan pelekat supaya mudah dijadikan bebola. 3. Setelah disebatikan jadikan daging tadi sebagai bebola dan bakar di dalam oven dalam suhu 180 c, selama lebih kurang 15 minit. Masak separuh sahaja. 4. Kemudian setelah masak perap bebola daging kambing dan cendawan sebentar dengan bahan pemerap thymes dan rosemary. Cucukkan bebola daging berselang seli cendawan. 5. Kemudian bakar lebih kurang 1o mint dan sedia untuk dihidangkan bersama yogurt kambing.
Saiz hidangan : 6 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Panggang Jenis masakan : Kebab Keistimewaan : Daging berjus dan gabungan cendawan segar nyata lazat Anggaran kos :RM 35
Info Chef : Anda boleh juga mencucukkan tomato ceri, timun, bawang jika mahukan variasi dalam sajian kebab ini.
3. MUTTABAQ
BAHAN-BAHANNYA :
Bahan Inti Muttabaq:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 biji cili benggala hijau | dipotong dadu
2 biji telur
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan roti :
1 1/2 cawan marjerin
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK : Inti daging Mutabbaq 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar,paprika dan serbuk cili, daun pudina, cili benggala hijau garam dan serbuk perasa. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Masukkan 2 biji telur untuk jadi pelekat. Cara-cara membuat lapisan Mutabbaq 1. Masukkan kesemua bahan lapisan muttabaq. 2. Uli doh itu tadi sehingga lembut. 3. Biarkan rehat seketika. 4. Uli doh dengan penguli doh dan leperkan menjadi bulat sehinga menjadi betul-betul nipis. 5. Kemudian masukkan inti daging tadi dan lipatkan menjadi 4 segi. 6. Masak di dalam kuali leper dengan sedikit minyak. 7. Balikkan apabila ia menjadi keperang-perangan. 8. Masak sehingga ia betul masak di kedua belah.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng dengan minyak sedikit Jenis masakan : Roti Keistimewaan : Inti daging berempah dengan ramuan daun pudina Anggaran kos :RM 25
Info Chef :Boleh dimakan dengan yogurt atau sos tomato dan cili cili. Inilah nama asal murtabak, iaitu Muttabaq yang bermaksud dibungkus. Inti daging yang dibungkus.
4. SAMBOOSA
BAHAN-BAHAN : Bahan Inti:
500 gm daging kisar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dipotong dadu kecil
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun parsli
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak untuk menumis
Beberapa kulit popiah
1 mangkuk minyak untuk menggoreng
Bahan membuat gam :
2 sudu makan air
4 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuatnya: 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun pudina, ketumbar, daun parsli dan garam. 3. Gorengkan sehingga air daging kering. 4. Kemudian sejukkan sebentar. 5. Keluarkan sehelai kulit popiah. Masukkan inti ke dalam dan lipat 3 segi. 6. Gamkan lipatan dengan campuran air dan tepung supaya inti tidak terkeluar. 7. Goreng samboosa dengan minyak banyak dengan api yang kecil. Kemudian terbalikkan dan biarkan ia masak.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng minyak penuh Jenis masakan : Kuih, kudapan Keistimewaan : Inti daging lazat dengan kulit samboosa yang rangup Anggaran kos :RM 25
Info Chef: Samboosa sinonim dengan masyarakat kita, yang dikenali sebagai samosa. Selain daging lembu, ayam atau makanan laut juga boleh dijadikan inti.
5. KIBBEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk inti :
300 gm daging kisar (inti)
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk cili
1 biji bawang holland | dicincang halus
1 ulas bawang putih | dicincang
2 tangkai daun ketumbar
1 sudu teh serbuk kayu manis
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan untuk lapisan luar :
300 gm bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak
3 sudu makan tepung gandum
Garam secukup rasa
1 sudu makan minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK : 1. Goreng bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau. 2. Kemudian masukkan daging, jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Ketepikan sebentar 3. Kemudian campurkan bulgur wheat atau nasi yang telah dimasak tadi, tepung ke dalam daging kisar untuk dijadikan bahagian lapisan luar. 4. Kemudian perasakan dengan garam dan gaul sebati. 5. Bentukkan lapisan luar dengan bentuk bujur kemudian masukkan inti daging tadi ke dalam bentuk bujur tadi. 6. Jadikan ia bentuk bujur dan goreng ke dalam minyak penuh. 7. Goreng sehingga warna bertukar coklat. 8. Angkat dan toskan. 9. Boleh dihidangkan dengan yogurt.
Saiz hidangan : 5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Sajian Arab Keistimewaan : Inti yang berjus dengan lapisan kulit rangup Anggaran kos :RM 20
Info Chef: Kibbeh keras di luar dan lembut di dalam. Sesuai dimakan dengan yogurt atau mayonis.
Sedapnya kalau dapat makan waffle homemade yang garing diluar tapi lembut di dalam. Letak pula mentega kacang atau nutella, memang nikmat. Bagi anda yang memilik mesin waffle tapi tak jumpa resipi adunan yang sedap serta mudah, resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni boleh dicuba. Sangat sedap dan menjadi kegemaran anak-anak beliau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.