Sekiranya anda teringin nak makan pizza, boleh saja buat sendiridi rumah. Hanya gunakan tortilla sebagai base dan kari daging serta keju sebagai topping. Memang sedap! Pastikan kari daging yang digunakan kering dan tidak basah supaya tortilla tidak lembik. Nak lagi sedap, tambahan keju Perfect Italiano Perfect Pizza untuk regangan pizza yang sempurna. memang puas hati bila tarik tu. Rasa keju ini juga seimbang dan tidak berminyak. Jom cuba.Tortilla Kari Daging Berkeju, Makan Sekeping Pun Tak Cukup!

TORTILLA KARI DAGING BERKEJU

Tortilla Kari Daging Berkeju, Makan Sekeping Pun Tak Cukup!

BAHAN-BAHAN:

  • 4-6 keping tortilla
  • 250gram Perfect Italiano Perfect Pizza

BAHAN-BAHAN B (INTI):

  • 300gram daging – potong kiub kecil
  • 2 biji ubi kentang – potong dadu kecil
  • 100gram Anchor Unsalted Butter
  • 150ml Susu UHT Fernleaf
  • 3 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 bji tomato – cincang halus
  • 4 biji bawang merah – kisar
  • 3 ulas bawang putih – kisar
  • 1 labu bawang besar – mayang halus
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Garam & lada sulah secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan/cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam periuk. Tumis bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga harum. Masukkan daun kari.
  2. Masukkan bawang yang dimayang lalu tumis lagi hingga layu.
  3. Masukkan bawang merah kisar, bawang putih kisar, serbuk kari daging dan tomato cincang. Gaul sebati dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging lalu didihkan hingga hampir empuk. Masukkan ubi kentang dan Susu UHT Fernleaf. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna dan kuah agak pekat.
  5. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan sebentar.
  6. Ambil sekeping tortilla, sendukkan kari daging secukupnya lalu ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza Taburkan lebihan daun kari di atasnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga pizza masak. Hidangkan panas.

 

JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX

Tortilla Kari Daging Berkeju, Makan Sekeping Pun Tak Cukup!

Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.

Anda hanya perlu:

  1. Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
  2. Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
  3. Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.

Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.

Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .

Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.

IKLAN

Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!

Jom join!

Sertai [Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

IKLAN

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Resipi Sup Ayam Tumis Darat Terlajak Mudah

Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu

Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu

IKLAN

Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI