Roti Jala sering menjadi pilihan untuk hidangan minum petang. Sesetengah orang menganggap sukar untuk membuat Roti Jala tetapi sebenarnya mudah saja. Kami kongsikan resipi Roti Jala yang mudah dan enak dimakan bersama Kari Kentang. Nak lagi sedap, tambahkan Anchor Cheese Slices, inti kari kentang dan gulung. Makan pula panas-panas, tak cukup satu.

Jangan lupa gunakan Mentega Anchor dan Anchor Cheese Slices untuk menambah rasa dalam hidangan. Mentega Anchor merupakan 100% mentega tulen New Zealand yang diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Ditambah pula dengan Anchor Cheese Slices yang kaya dengan protein dan kalsium, memang sedap dan tak muak bila dimakan. Cubalah, anda pasti suka!

Cara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang LazatCara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang Lazat

ROTI JALA BERINTI KEJU & KENTANG

Cara Mudah Buat Roti Jala Berinti Keju & Kentang Yang Lazat

BAHAN-BAHAN A:

  • 8-10 keping Anchor Cheese Slices
  • Anchor Unsalted Butter secukupnya

BAHAN-BAHAN B (ROTI JALA):

  • 360gram tepung gandum
  • 530ml cawan air
  • 230ml susu UHT Fernleaf
  • 1 biji telur
  • 30gram minyak
  • 1 sudu teh garam halus
  • Sedikit pewarna kuning

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Pukul menggunakan whisk hingga semua bahan sebati. Tapis ke dalam mangkuk lain. Tuang bancuhan ke dalam botol acuan roti jala secukupnya.
  2. Panaskan kuali non stick dengan api yang sederhana kecil. Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter.
  3. Jalakan bancuhan tadi ke dalam kuali dan biarkan masak dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan. Ulangi proses hingga semua bahan habis.

BAHAN-BAHAN C (KENTANG KARI):

  • 3 biji ubi kentang – potong dadu
  • 3 ulas bawang merah – tumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 2 tangkai daun kari
  • 80gram Anchor Unsalted Butter
  • 100ml Anchor cooking cream
  • Garam & gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan Anchor Unsalted Butter dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan daun kari serta serbuk kari. Kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu lalu tumis lagi hingga rempah masak.
  2. Masukkan ubi kentang dan masukkan Anchor Cooking Cream. Gaul rata. Didihkan hingga kentang empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Sejukkan.
  3. Ambil sekeping roti jala, letakkan sekeping Anchor Cheese Slice lalu letak sesudu inti kentang. Gulung roti jala dengan kemas. Hidangkan.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

Jom Cuba! 24 Resipi Sambal Pelbagai Jenis Citarasa Orang Malaysia

Asam Pedas Daging Tetel Sedap, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

Resipi Telur Bistik Sedap & Mudah Macam Dekat Restoran

Cara Buat Kuih Lopes Gula Melaka Sedap Guna Lemang Segera

IKLAN

Resipi Bingka Kelapa Muda, Kuih Tradisi Banjar Paling Sedap!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI