Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA
BAHAN-BAHAN: 5-6 keping ikan tenggiri 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 2 hiris lengkuas 1 batang serai 1 helai daun salam 1 biji tomato Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya 1½ cawan air
BAHAN KISAR: 2 cm halia 2 cm lengkuas 1 cm kunyit hidup ½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 2 biji buah keras – beli online disini 2 biji cili merah
CARA MEMASAK: 1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.
Ads
2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.
7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.
Tiada idea nak masak apa? Jom kita cuba resipi ikan goreng kuah masam manis yang dikongsi oleh Hana A Razak ini. Menunya cukup ringkas tapi membuka selera. Nak masaknya pun tidak susah. Jom kita lihat resipinya.
IKAN GORENG KUAH MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung | digoreng
2 sudu bawang putih dan bawang merah | dikisar
2 sudu cili | dikisar
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
Gula perang
Garam
Capsicum
Lobak merah
Bawang besar | dihiris
Daun limau purut | dihiris
Gula perang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar. Kalau nak pedas, boleh tambah lagi cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato, sos cili dan gula perang sedikit untuk menyeimbangkan rasa.
4. Tambahkan juga garam.
5. Kemudian, masukkan lobak merah, bawang besar dan daun limau purut.
6. Bila lobak merah sudah separuh masak, letakkan capsicum.
7. Dah cukup semua rasa, boleh tutup api.
8. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam dan goreng sehingga masak.
9. Kemudian, masukkan ikan di dalam pinggan dan tuangkan kuah masam manis tadi.
Malam ni min rasa nak makan menu sihat. Separuh hari ni asyik menghentam macam-macam makanan ibarat macam tong sampah. Pulun makan itu dan ini. Nah sekali min tengok resipi IKAN KUKUS LIMAU oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan rasa sempurna untuk dihidangkan buat keluarga. Masakan sihat paling senang dalam dunia! Suami tak pernah masuk dapur pun boleh masak. Potong, campak, tuang siap!
Bahan-Bahan:
Ikan pilihan ( apa apa yang disukai)
5 ulas bawang putih
7 cili api hijau/merah
1 serai
1 inci halia
1 ikat daun ketumbar
2 biji limau nipis
5 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan, lepas tu kelar-kelarkan. 2.Ketuk halia, 2 ulas bawang putih, dan serai. Sumbat dalam perut ikan.
3.Letak ikan dalam pengukus. Ikan siakap abang ni besar sangat kena belah dua supaya muat.
4.Sementara ikan bersauna di dapur, kau buat kerja leceh ni. Potong cili padi, daun ketumbar, dengan bawang putih.
5.Dah siap kerja leceh tadi, belah limau nipis dan perah sekuat hati. Seperti mana kalian kerja kuat memerah keringat, sekuat itu jugalah kalian perah limau ni.
6.Lepas tu masukkan 5 sudu sos ikan. Abang tak pakai susu. Main agak-agak. Kalau terlebih, padan muka akak kau kena darah tinggi. Hahah! Masa ni nak masukkan garam dan gula, silakan. Abang tak masukkan. Nota: kalau nak lebih sihat, tak payah sos ikan.
7. Ikan dah siap kukus. Pinggan yang abang guna tadi dah cair dalam pengukus, terpaksa tukar benda alah kaca ni. Entah apa benda namanya. Abang tak leh fikir sebab tengah fikir macam mana nak beritahu akak kau yang pinggan dia cair.Tuang kuah yang kita dah buat tadi atas ikan yang dah kukus. Hias dengan hirisan limau dan daun ketumbar segar
Pemanggang ajaib adalah salah satu alat memasak yang sangat berguna lebih-lebih lagi jika memasak lauk bakar. Namun, bukan itu sahaja, jika nak masak lauk kukus atau kuih muih pun boleh juga. Ada pelbagai resipi kita boleh cuba masak menggunakan pemanggang ni. Fungsinya lebih kurang sahaja macam ketuhar malah lebih mudah kerana menggunakan dapur gas. Jom kita lihat senarai hidangan yang anda boleh hasilkan. Bolehlah cuba tengah hari ni.
1. AYAM PANGGANG MADU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana | dipotong empat
2cm lengkuas | dikisar
1cm halia | dikisar
12 biji bawang merah | dikisar
2 sudu makan asam jawa
Sedikit gula melaka
4 sudu makan madu
1 sudu makan garam
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
CARA MEMASAK:
Satukan bahan kisar, asam jawa, gula melaka, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata.
Kemudian lumurkan bahan perapan pada ayam hingga sekata. Perap ayam selama dua jam.
Panaskan pemanggang dan letak kepingan aluminium foil. Kemudian susun ayam. Terbalikkan-terbalikkan ayam hingga masak. Anggaran masa antara 15-20 minit.
Angkat dan nikmati bersama keluarga tercinta.
Info chef: Jika menggunakan ketuhar, masa memasak yang diperlukan adalah antara 20 – 30 minit menggunakan suhu 200C.
2. AYAM PANGGANG HALIA
BAHAN UTAMA:
4 bahagian paha saiz sederhana (whole leg)
1 sudu makan kicap cair
1 sudu teh gula melaka
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
10cm halia
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu makan lada hitam
1cm kunyit hidup
3 biji cili merah
BAHAN KUAH:
1 ulas bawang merah | dihiris halus
1 ulas bawang putih | dihiris halus
1cm halia | dipotong julliene
1 biji cili merah | dipotong serong
2 sudu makan madu
125ml air asam jawa
CARA MEMASAK:
Bagi menyediakan kuah ayam panggang, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
Kemudian masukkan halia diikuti madu dan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
Perasakan dengan garam. Ketepikan seketika.
Bagi menyediakan ayam panggang halia, gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama. Perapkan ayam selama lebih kurang satu jam setengah.
Susun ayam dalam pemanggang yang telah disapu minyak masak dan bakar menggunakan api sederhana selama 20 minit atau sehingga ayam kelihatan masak. Balik-balikkan ayam supaya masak sekata.
Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama sos.
Info chef: Untuk memastikan ayam masak, pastikan ketebalan isi ayam sama tebal. Anda juga boleh keluarkan tulang ayam dan masak isinya sahaja.
3. SIAKAP BAKAR PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
1 keping asam gelugur
50gm petai
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Daun pisang dan aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulasa bawang putih
2cm kunyit
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai
10 biji cili kering
2cm belacan
CARA MEMASAK:
Tumis bahan kisar sehingga garing dan wangi.
Masukkan air dan asam gelugur. Masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Angkat.
Letak aluminium foil dan alaskan dengan daun pisang. Sudukan sambal yang dimasak tadi dan ratakan.
Letak ikan dan sudukan lebihan sambal sehingga rata. Taburkan petai dengan secukupnya.
Bungkus ikan dengan kemas dan bakar dalam pemanggang ajaib selama 30 minit atau sehingga masak. Terbalikkan agar masak sekata.
Angkat dan nikmati bersama nasi putih.
Info chef: Ikan hendaklah disiang dan dibelah belakangnya. Perapkan bersama 1 sudu makan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
4. KUIH BAKAR JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung jagung
170gm gula pasir
200ml santan pekat
25gm tepung kastard
350ml air
2 sudu makan mentega
4 biji telur
1 tin jagung manis
Sedikit bijan
Pewarna kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan hingga sebati kecuali jagung, mentega dan bijan di dalam pengisar.
Masukkan jagung dan kisar seketika sahaja.
Oles pemanggang menggunakan mentaga dan panaskan seketika.
Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam loyang dan taburkan bijan di permukaan adunan dengan secukupnya.
Bakar selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan. Guna api kecil sahaja.
Sedia untuk dinikmati.
Jika guna ketuhar, masukkan mentega ke dalam loyang dan panaskan seketika di atas api sehingga mentega cair.
Tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan.
Bakar pada suhu 180C menggunakan api atas bawah selama satu jam atau sehingga kuih kelihatan garing dan berwarna keemasan.
Info chef: Jika guna ketuhar, untuk mendapatkan kuih bakar yang lebih berkerak, pada 10 minit terakhir, bakar menggunakan api atas sahaja.
5. KUIH BAKAR DAGING
BAHAN-BAHAN:
375gm tepung gandum
720ml santan cair
720ml air
5 biji telur
350gm daging kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1 biji cili merah | dihiris
1 biji bawang besar | dimayang
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu besar minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan goreng sampai naik bau.
Masukkan daging kisar dan masak sampai kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sejukkan.
Seterusnya, pukul telur hingga kembang kemudian tambahkan santan dan air. Kacau rata.
Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul. Tambahkan sedikit pewarna kuning, garam dan gula secukup rasa.
Oles sedikit minyak pada pemanggangdan panaskan dengan api perlahan.
Tuang adunan sehingga memenuhi 3/4 pemanggang.Biarkan seketika barulah disudukan inti daging tadi dengan secukupnya. Taburkan daun bawang dan hirisan cili. Tutup pemanggang.
Masak sehingga kuih kelihatan garing dan masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
Jika bakar menggunakan ketuhar, isi adunan ke dalam acuan, masukkan intu dan masak diatas dapur seketika.
Setelah kuih kelihatan garing, masukkan acuan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C selama 20 minit. Pastikan anda menggunakan api atas sahaja.
6. PAIS DAGING
BAHAN-BAHAN A:
30gm daging | cincang kasar
3 sudu air asam jawa
½ cawan santan pekat
1 helai daun kunyit |dihiris
Garam dan gula secukupnya
Daun pisang secukupnya
BAHAN B (KISAR KERING):
5 tangkai cili kering |kisar kering
1cm halia
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Perap daging dengan bahan A selama ½ jam.
Masukkan bahan B dan perap lagi selama ½ jam.
Bungkus di dalam daun pisang.
Bakar di dalam pemanggang ajaib hingga masak sepenuhnya.
Keluarkan dan sedia dihidangkan.
7. SIAKAP STIM CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap |bersihkan
100gm cendawan tiram |carik kasar
100gm lada benggala |potong
40gm bawang besar |belah enam
5 ulas bawang putih |belah dua
2 inci halia |hiris halus
50ml sos ikan
5gm serbuk perasa
BAHAN SOS:
100ml kicap cair
10gm cili padi |hiris halus
5gm air perahan limau kasturi
CARA MEMASAK:
Letakkan ikan ke dalam loyang/aluminium foil. Taburkan kesemua bahan di atas ikan. Balut ikan tersebut. Jangan terlalu kemas. Biarkan ada ruang sedikit.
Kemudian masukkan ikan ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan air anggaran satu cawan. Tutup pemanggang dan buka api.
Kukus ikan tadi selama 15 minit atau lebih bergantung pada saiz ikan.
Sementara itu, untuk membuat sos; Satukan kedua bahan sos dan tuang ke atas ikan ketika menghidang.
8. AYAM BAKAR BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos soya pekat
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan air asam jawa
8 biji bawang merah | kisar
5 biji bawang putih | kisar
2 biji buah keras | kisar
1 batang serai | kisar
2cm halia | kisar
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam, gula, lada sulah dan serbuk kunyit secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur ayam dengan sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit. Bakar dalam pemanggang selama 20-25 minit atau hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan. Api jangan terlalu besar kerana dikhuatiri ayam akan hangus diluar tetapi di dalamnya tidak masak.
Untuk membuat kuahnya; Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan-bahan kisar hingga masak.
Masukkan air asam jawa, sos soya pekat, kicap pekat manis dan didihkan semua bahan sebati. Biarkan kuah mereneh menjadi agak pekat. Tambah garam dan gula mengikut cita rasa.
Untuk menghidang; ambil ayam dan letakkan di dalam pinggan hidang. Tuang kuah di atas ayam dan ia sedia dihidangkan.
9. CENCARU BELAH BELAKANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan cencaru | belah bahagian belakang
½ biji kelapa parut | ambil putihnya
4 biji cili merah | tumbuk
6 biji bawang merah | tumbuk
4 biji bawang putih | tumbuk
1 batang serai | mayang halus
1 sudu teh air asam jawa
Garam, gula dan serbuk kunyit secukupnya
Daun pandan secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan serbuk kunyit pada ikan.
Di dalam mangkuk, satukan bahan-bahan tumbuk dengan air asam, kelapa parut dan serai. Gaul rata.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Sendukkan campuran kelapa ke dalam ikan dan balut dengan daun pandan.
Bakar hingga ikan masak. Lapik dengan aluminium foil di dasar pemanggang jika perlu.Setelah masak, angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Boleh juga dimakan bersama dengan sambal kicap jika suka.
10. SOTONG BAKAR PAPRIKA
BAHAN-BAHAN:
6-8 ekor sotong saiz besar
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk hitam
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Sotong dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit tanpa putus. Jika gun sotong saiz sederhana, tidak perlu kelar.
Lumur sotong dengan serbuk paprika, sos tiram, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa.
Panaskan pemanggang ajaib dan susun sotong. Bakar hingga masak.
Angkat dan sedia dihidangkan
Info chef: Jangan terlebih bakar untuk menggelakkan sotong menjadi liat.
Lauk sotong stim limau ini memang membuka selera, nampak saja pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Tambah pula kalau menggunakan sotong segar, bersatu dengan rasa pedas masam dan manis memang sedap.