Resipi Sambal Kicap ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama Bihun Sup atau Soto pun padu. Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ni. Oh ya, ada petua tau supaya Sambal Kicap ni tahan lama. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok. Nanti bolehlah buat.

 

RESIPI SAMBAL KICAP JOHOR SEDAP

Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok

BAHAN-BAHAN:
20 biji cili padi hijau
5 ulas bawang putih beli online disini
1 sudu makan gula pasir beli online disini
1/2 cawan kicap beli online disini
(terpulang kicap apa, empunya resipi guna kicap jalen manis )

Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok

CARA MEMASAK:
1. Goreng cili padi dan bawang putih menggunakan sedikit minyak, angkat kemudian masukkan ke dalam lesung batu.

IKLAN

Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
2.Masukkan sekali gula. Tumbuk lumat dan masukkan pula kicap ke dalam lesung batu. Golek-golekkan anak lesung tu agar sebati.

Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok
3. Sambal Kicap Johor paling ringkas dan sedap siap disediakan.

Buat Sambal Kicap Sedap Cara Orang Johor. Simpan 2-3 Bulan Tetap Elok

INFO:

  • Sambal Kicap ini boleh buat banyak untuk stok dan simpan di dalam peti ais. Bila nak guna tinggal ambil saja.
  • Sesuai dimakan bersama sup, soto, pisang goreng, sukun goreng, keledek goreng dan macam-macam lagi.
  • Tip agar Sambal Kicap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bila letak di dalam peti ais ialah JANGAN sesekali menambah air, hanya gunakan kicap sahaja.
    Guna sudu yang kering apabila mengambil sambal tersebut .
    Petua org tua dulu-dulu, bila masak sambal kicap, tidak perlu buang tangkai cili api tu untuk mengelakkan dari sakit perut.

 

IKLAN

Kredit resipi & foto: Ani Zam

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Mudah Nak Masak, Resipi Bihun Sup PAMA Ni Memang Sangat Sedap

IKLAN

Resipi Kacang Pedas Bilis Sedap. Mudah, Makan Pun Tak Jemu

Resipi Sagu Gula Melaka Simple Tapi Sedap Dimakan Sejuk

Hanya Guna 4 Bahan, Resipi Kuih Bom Ni Memang Sedap & Gebu

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.youtube.com/watch?v=BjdQ2XXrlj8

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI