Nikmatnya bila dapat menikmati hidangan Pucuk Ubi Tempoyak Petai ni. Bila tiba musim durian dan petai, ibarat pesta bagi penggemarnya. Masak menu kampung sebegini tidak susah kerana caranya sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Janji cukup bahan-bahan serta sukatannya, pasti sangat enak hasilnya. Bagi anda yang menggemari sajian ini dan nak belajar memasaknya sendiri di rumah, bolehlah cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Zuriani Zuhri ni. Pasti berselera.
CARA MASAK PUCUK UBI TEMPOYAK PETAI
BAHAN-BAHAN: (jumlah boleh agak-agak ikut berapa banyak yang hendak dimasak)
Pucuk ubi Petai Tempoyak 3 batang serai Cili padi – ikut kepedasan yang digemari Santan secukupnya Serbuk kunyit @ kunyit hidup – beli online disini Sedikit kerisik – beli online disini Garam dan bahan perasa secukup rasa Sedikit ikan bilis – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan pucuk ubi. Kemudian celur seketika untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Ads
2. Kisar cili padi, serbuk kunyit dan ikan bilis bersama sedikit air.
3. Masukkan tempoyak ke dalam pengisar. Kisar hingga halus.
4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan juga bahan-bahan lain termasuk santan.
5. Masak sehingag pucuk ubi menjadi lembut. Rasa supaya cukup perasanya.
Sedapnya Kuih Asam Gumpal. Biasanya bila tiba bulan Ramadan, kuih ini menjadi pilihan ramai. Di musim PKP ni, agak sukar nak dapatkan juadah-juadah kegemaran. Mana tidaknya, gerai dan pasar malam pun banyak yang tidak beroperasi. Jadi inilah masanya untuk kita cuba hasilkan sendiri sajian untuk keluarga. Nak cuba buat Kuih Asam Gumpal ni untuk minum petang? Opah Mas Cotek ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK: 1. Untuk inti, rebus kacang hijau hingga kembang. 2. Masukkan gula dan masak hingga kering. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan. Ketepikan. 3. Basuh sagu dan toskan sekurang-kurangnya satu jam. 4. Masukkan air panas. Sebatikan hingga boleh dikepal. 5. Masukkan inti yang telah dibulatkan tadi dan kemaskan. Bentukkan seperti bebola.
6. Kukus selama 10 minit sehingga sagu jadi jernih. (lapik kukusan dengan plastik ketika mengukus asam gumpal.) 7. Seterusnya satukan semua bahan kuah dan masak hingga mendidih guna api perlahan. 8. Masukkan asam gumpal kemudian tutup api. Sejukkan.
Wanita sekarang ramai yang bekerja. Kalau suri rumah pun, ramai yang buat bisnes online. Masing-masing sibuk. Jadi ada kala tak sempat nak memasak yang perlu masa panjang. Sesibuk mana pun tetap kena memasak. Jadi pilihan yang ada adalah lauk ringkas.
RASA kongsikan resipi lauk daging berkentang yang ringkas tapi sedap. Resipi ini daripada Puan Nadia Mohamad.
DAGING GORENG KENTANG
Bahan-bahan
3 biji ubi kentang (dipotong kecil)
Sedikit daging (dihiris dan digaul garam serta kunyit)
1 biji bawang holland (dikisar)
5 biji cili merah (dibuang biji dan dikisar)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Cara memasak
1) Gaul ubi kentang yang telah dipotong bersama garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat.
2) Kemudian goreng pula daging yang telah digaul bersama kunyit. ( seeloknya rebus daging dengan sedikit air tanpa minyak dulu. bila kering, masuk minyak lebihan gorengan kentang tadi. Ini petua nak bagi daging empuk)
3) Apabila daging telah masak, angkat. Masukkan cili dan bawang holland yang sudah dikisar dalam minyak lebihan gorengan tadi.
4) Gaul rata dan tunggu sampai garing. Seterusnya masuk garam dan sedikit perasa.
5) Akhir sekali, masukkan daging dan ubi kentang. Gaul rata dan angkat. Sedia untuk dinikmati.