Andai ke bazar ramadan atau pasar malam, sajian Ayam Percik Sos tentunya menjadi pilihan ramai. Makan panas-panas dengan kuahnya, waduh…sangat membuka selera. Anda suka makan Ayam Percik Sos macam ni? Saudari SuiSan Aliezsha ada kongsikan resipi yang beliau guna untuk berniaga. Selamat mencuba!
Nota: jumlah bahan bergantung pada jumlah ayam yang digunakan.
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bersihkan ayam dan toskan airnya.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan kisar, ketumbar dan jintan tanpa minyak. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
3. Masukkan ayam. Masak hingga setengah masak.
4. Ambil ayam dan letak di atas dulang pembakar. Renjiskan minyak zaitun atau minyak masak.
5. Bakar guna air fryer pahu 200C selama 15 minit. Jika bakar guna ketuhar, guna suhu 180C dan bakar selama 20 minit. Masa mungkin berbeza mengikut af dan ketuhar masing-masing.
(Nota RASA: Boleh juga dibakar guna pemanggang ajaib atau arang)
6. Untuk kuahnya, panaskan kuali atau periuk. Masukkan kisaran cili dan bawang putih bersama sedikit air. Didihkan hingga cili masak.
7. Masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung.
8. Kacau hingga kuah menjadi pekat. Pastikan gula dan garamnya cukup.
9. Jika ada bijan, boleh tambahkan ke dalam kuah.
10. Siap dan bolehlah disiram ke atas ayam bakar tadi.
Sup ayam dengan kuah kaw atau kuah yang sedap memang best bila makan masa panas. Menu mudah untuk dimasak dan dijadikan hidangan lauk untuk makan siang ataupun malam. Tak nak makan dengan nasi boleh ratah dan hirup kuah dan isinya macam tu sahaja.
Sesuai juga dijadikan hidangan untuk ahli keluarga yang tak sihat. Sedap dan mudah nak buat!
Sup Ayam Kuah Kaw
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis:
2 biji bawang besar dihiris
3 sudu besar penuh rempah sup adabi
1 ekor ayam saiz kecil dipotong 16
Cili padi, daun sup, batang sederi dan tomato secukupnya
1 paket cendawan enoki atau apa2 sayur kegemaran
Cara Memasak:
Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris hingga garing hampir gelap dan masuk pula bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak
Setelah pecah minyak masuk rempah sup kacau rata hingga terbit bau. Masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini dan akhir sekali masukkan ayam
Reneh hingga ayam lembut atau masak masukkan semua bahan berbaki satu persatu dan kacau rata. siap.
Makanan yang sihat pastinya menjadi pilihan ibu-ibu yang prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan ahli keluarga. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi Ayam Panggang ini. Resipinya cukup simple dan tidak guna minyak langsung! Hanya perlu masak guna air fryer. Hasilnya, sama macam ayam panggang yang anda beli di restoran. Jom cuba!
RESIPI AYAMMAS BLACK PEPPER ADIB
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan garam
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap masin
1 sudu teh serbuk Cukup Rasa
1 sudu makan sos cili
5 ulas bawang putih/ serbuk bawang putih
CARA PENYEDIAAN: 1.Satukan semua bahan diatas dan adun sebati. 2.Ambil ayam dan lumurkan hingga rata. Lumur juga di bahagian dalam ayam. 3.Perap ayam selama 1 malam atau paling minimum 5 jam.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ayam ke dalam air fryer dan masak 10 minit pertama menggunakan suhu 180C. Ia bertujuan untuk mendapatkan warna kulit ayam yang garing dan cantik. 2.Kemudian turunkan suhu ke 160C. Biar ayam selama 40 minit. 3.Seterusnya alihkan atau pusingkan kedudukan ayam depan dan belakan. Ia bertujuan untuk memastikan ayam masak sekata. 4.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Anda yang pernah mengunjungi Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai Negeri Sembilan mungkin tidak asing dengan menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai antara menu masakan kampung pilihan ramai pelanggannya yang datag dari dalam dan luar negara. Anda kena datang ke kafe paling cool dengan suasana persekitaran kampung ini, selain masakan kampung, masakan barat pun ada ye…
Untuk anda semua, Aunty Aini tak kedekut kongsi dua resipinya ini.
MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan sisir | cuci bersih & tos
Sedikit pucuk ubi kayu
250ml santan pekat
50 ml air
50gm ikan bilis
Garam secukup rasa
2 batang serai | titik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api, dan sedia dihidangkan
RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik salai | potong kecil
2 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm kunyit
3cm halia
20 biji cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
BAHAN REMAH RATUS:
3 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Hidangan mi kuah selalu dijadikan pilihan untuk makan makan malam kerana penyediaannya ringkas tapi mengenyangkan. Mi kuah ini juga ada dalam versi pantai timur dan juga utara.