Min cukup suka dengan talam sagu. Ni manisan paling best sebagai pencuci mulut. Dah makan makanan pedas dan berempah, dapat talam sagu dingin dari peti sejuk memang terangkatlah.
Ni resipi mudah untuk mereka yang gemarkan talam sagu ni. Pewarna tu ikut suka hati nak warna apa, tapi merah tu nampak menarik sangat kan.
RESIPI TALAM SAGU
.
BAHAN-BAHAN :
.
Ads
Lapisan bawah:
3/4 cawan sagu (rendam sekejap bagi kembang)
1/2 cawan gula (kalau nak manis boleh lebihkan sedikit)
Air | sama paras sagu
Pewarna merah secukupnya
Lapisan atas:
.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK :: 1. Sapu sedikit minyak dlm loyang 2. Masukkan sagu & gula dlm loyang..tambah air cuma sama paras sagu saja. Letak pewarna dan kacau rata hingga gula sebati dengan sagu. 3. Panaskan periuk kukus 4. Kukus selama 10 minit 5. Masukkan semua bahan utk lapisan atas ke dlm periuk,kacau sekejap atas api bg sedikit pekat. Bila dah masak lapisan sagu,lorekkan dgn garfu kemudian tuang adunan lapisan atas 6. Kukus 20 -25 minit
Ads
Kredit Resepi : puan hajar
FB : Resipi dari mulut ke hati
Wow…Rupanya kita boleh buat krim keju @ cream cheese secara homemade. Guna keju cheddar dan susu je. Memang sangat mudah resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Lepas ni kalau nak buat kekatau manisan tapi kehabisan cream cheese, bolehlah cuba resipi ni. Memang memudahkan kerja.
CARA BUAT CREAM CHEESE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
120gm keju cheddar
120ml susu UHT
CARA MEMASAK:
Parut keju cheddar dan masukkan ke dalam bekas tahan panas. Kemudian masukkan susu.
Panaskan keju menggunakan kaedah double-boiler dan api yang kecil.
Kacau keju supaya sekata. Bila keju mula larut dan pekat, padamkan api.
Ketepikan bekas berisi campuran keju tadi dan biarkan sejuk seketika.
Bila keju sudah suam, tuang ke dalam mesin pengisar (blender) dan kisar dengan lembut.
Krim keju siap untuk digunakan. Bolehlah letak dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk.
Ada macam-macam kuih manis yang jadi pilihan. Tapi antara yang disukai lepat labu. Tidak ramai yang menyukainya namun kalau betul cara buatnya pasti buat kita terlagi-lagi nak menjamahnya. Rasanya yang lemak manis memang berbeza dengan lepat yang lain. Isi labu yang lemak manis digabungkan dengan isi kelapa parut, menjadikan ia bertambah lemak. Makan pula bersama kopi o panas, memang terbaiklah.
LEPAT LABU( tanpa inti kelapa )
Bahan-bahan
1 /2 biji labu kuning (kukus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
1cawan tepung beras
3 cawan pati santan
1 sudu KFC garam
Gula secukup rasa ( saya guna brown sugar )
Daun pisang layurkan dulu
Cara memasak:
1.Campurkan kedua2 tepung ,santan ,gula kedlm labu yg telah dilecek.
2.Jika adunan lembik sangat tambah sedikit tepung…adunan ni tak terlalu lembik
3.Bubuh adunan 1 @ 2 sudu besar atas daun pisang.
4.Kemudian bungkus seperti buat lepat biasa.
5.Kukus sampai masak.
Pasta adalah hidangan yang sihat. Tentu sahaja asalkan tidak makan keterlaluan dan bahannya harus dikendalikan dengan baik. Kombinasi pasta dengan serat vitamin sumber protein yang rendah lemak dan sayuran sangat membantu untuk meningkatkan kesihatan. Pasta adalah masakan keluarga yang mudah cara membuatnya dan rasanya yang lazat. Jadi, apa tunggu lagi? Jadikan 6 resipi ini sebagai sumber inspirasi anda untuk memasak aneka pasta.
MAC & CHEESE BERSAMA IKAN PANGGANG
BAHAN-BAHAN: (Mac & Cheese)
150 gm macaroni elbow bersaiz besar, direbus
1⁄4 cawan mentega
2 sudu besar tepung gandum
1⁄2 sudu kecil garam
2 cawan susu segar
½ cawan parutan keju cheddar
½ cawan parutan keju parmesan
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN IKAN PANGGANG:
3 kepingan isi ikan dory sederhana besar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit serbuk lada hitam
CARA MEMASAK MAC & CHEESE:
Panaskan mentega sehingga cair, masukkan tepung dan kacau rata. Tuang susu dan kacau lagi sehingga pekat.
Masukkan keju dan kacau rata.
Masukkan macaroni dan sedikit garam serta serbuk lada hitam. Kacau sehingga rata dan keju cair sepenuhnya.
CARA MEMASAK IKAN PANGGANG:
Ikan diperap seketika bersama serbuk lada hitam, serbuk bawang putih, sos tiram dan minyak zaitun.
Grill ikan didalam oven atau didalam kuali tidak melekat selama 8-10 minit sehingga masak. Hidangkan bersama mac & cheese
INFO CHEF: Selain ikan dory, boleh dipelbagaikan jenis fillet ikan. Selain itu boleh juga dihidangkan bersama kepingan isi ayam
MACARONI GORENG CILI PADI UDANG
BAHAN-BAHAN:
200gm macaroni elbow, direbus
300gm isi udang, dibuang kulit
1/4 cawan susu sejat
3 sudu besar minyak zaitun
1 cawan air rebusan macaroni
1 sudu besar mixed Italian herbs
2 sudu besar sos tiram
Daun parsley, dicincang
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi (boleh kurangkan jika mahu kurangkan pedas)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
2 sudu besar ikan bilis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan bawang besar dan kacau rata.
Masukkan isi udang, herba campuran itali dan sos tiram. Masak sekejap.
Masukkan susu sejat, daun parsley cincang dan macaroni. Kacau rata. Jika terlalu kering boleh tambah air rebusan pasta
Kacau rata sehingga kuah agak kering (macaroni akan menyerap kuah) dan bolehlah dihidangkan.
PASTA SOS SALSA & TACO BEANS
BAHAN-BAHAN:
100gm pasta penne | direbus
200gm isi ayam | dihiris nipis
200gm isi kepah
3 biji tomato | dicincang halus
½ cawan mixed taco beans dalam tin
1 sudu kecil jus limau nipis
1 sudu kecil cili flakes
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 ulas bawang putih | dicincang
1 ulas bawang besar |dicincang kasar
¼ cawan minyak zaitun
Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Masukkan isi ayam dan kepah, masak sebentar.
Masukkan tomato kisar dan juga taco beans. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis. Masak seketika sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan cili flakes, garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan perahan limau nipis.
Masukkan spaghetti dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Taco beans juga boleh digantikan dengan kacang panggan dalam tin
SALAD PASTA ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
80gm pasta campuran | direbus
2 ekor ketam | direbus dan diambil isinya
2 sudu besar daun thyme | dicincang
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji lemon, diambil jusnya
1 sudu kecil serbuk bawang putih
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar serbuk keju parmesan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Isi ketam dihancurkan sedikit dan digaul bersama lemon jus. Ketepikan
Dalam mangkuk besar, satukan mayonis, minyak zaitun, sos tomato dan serbuk bawang putih. Kacau rata
Masukkan pasta, isi ketam dan daun thyme. Masukkan juga garam secukup rata.
Tabur serbuk keju parmesan dan gaul rata. Sedia dihidangkan.
SPAGHETTI SUP BEBOLA DAGING
BAHAN BEBOLA DAGING:
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging cincang
2 keping roti putih
3 keping roti putih dibakar (toasted) dan kemudian kisar kering jadi serbuk roti (breadcrumb)
1cawan susu
2 biji telur
1 sudu kecil Italian mixed herbs
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam
BAHAN SUP:
200 gm spaghetti | direbus
4 ulas bawang merah | dihiris nipis
4 ulas bawang putih | diketuk
1 inci halia | dihiris nipis
1 sup bunjut
2 batang celery | dipotong
1 sudu besar lada sulah
2 kiub pati ayam
1 liter air
3 sudu minyak
Daun sup dan daun bawang secukupnya | dicincang
Hirisan cili secukupnya
CARA MEMASAK:
Rendam roti putih dan susu sehingga lembut. Kemudian perah roti tu dari susu dan campurkan dengan daging cincang, serbuk roti, telur, lada hitam, garam. Baki susu jangan dimasukkan untuk mengelakkan adunan berair.
Gaul rata dan bentukkan bulat-bulat sambil ditekan sedikit supaya sedikit padat. Jika terlalu kering, boleh tambah baki susu tadi.
Goreng sekejap diatas kuali yang mengandungi sedikit minyak zaitun sehingga bahagian luar keperangan dan mengeras dibahagian luar.
CARA MEMASAK SUP:
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bebola daging dan goreng sebentar. Perlu hati-hati agar bebola tidak pecah.
Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga celery dan kiub ayam. Reneh sehingga mendidih
Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.
Masukkan spaghetti kedalam mangkuk dan tuang kuah berserta bebola daging didalamnya. Tabur daun bawang, daun sup dan potongan cili.
SUMMER SPAGHETTI
BAHAN-BAHAN:
200 gm spaghetti | direbus
3 sudu minyak zaitun
½ cawan keju parmesan parut
½ cawan daun basil segar
½ cawan tomato ceri merah | dibelah dua
4 ulas bawang putih | dicincang halus
1 ulas bawang besar | dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya
Keju parmesan untuk taburan diatas secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
Masukkan spaghetti yang direbus bersama sedikit air rebusan. Masukkan garam, dan serbuk lada sulah.
Masukkan keju parmesan yang diparut. Masukkan juga tomato ceri dan daun basil. Gaul rata dan masak seketika.
Hidangkan dengan taburan keju parmesan diatas pasta
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!