Kek kalau bahannya dari krim keju, memang sedap tak terkata. Penggemar keju lagi lah pula. Biasanya kek keju asli yang menggunakan bahan asas krim keju dimasak menggunakan teknik ‘water bath’, iaitu tin pembakar kek dialas dengan bekas berisi air semasa membakarnya.

Tetapi jika digunakan sebagai sapuan atau krim lapisan kek seperti Kek Red Velvet dan Kek Lobak Merah, boleh dibakar seperti kek biasa aje.

Hujung minggu ni ceriakan mood anak-anak dengan kek keju yang cair di mulut ini…yummy.

1.RED VELVET CAKE

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek span:

  • 200 gm mentega
  • 660 gm gula halus
  • 7 biji telur
  • 30 gm esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 100 gm tepung jagung
  • 20 gm serbuk koko
  • 400 ml minyak masak
  • 350 ml susu + air lemon 50 ml
  • Beberapa titik pewarna merah

Bahan krim :

  • 500 gm krim keju
  • 200 gm gula halus
  • 2 sudu makan air lemon
  • 200 gm krim manis (pukul hingga kembang)

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan telur sedikit demi sedikit, dikaup balikkan.
3. Setelah sebati masukkan tepung, soda bikarbonat, tepung jagung dan tepung koko sehingga sebati.
4. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan campurkan campuran susu dan lemon dan kacau hingga sebati.
5. Titikkan pewarna merah. Dan asingkan adunan kepada bekas loyang pembakar, berasingan, ikut berapa lapisan kek yang ingin dibuat.
6. Akhir sekali masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak.
Cara memasak bahan krim :
1. Campurkan semua bahan krim dan kacau sehingga tidak berketul.
2. Kemudian masukkan krim manis dan kacau hingga sebati.
Cara membuat lapisan kek:
1. Buang kulit lapisan atas kek dan bersihkan permukaannya.
2. Sapu rata-rata air suam atas kek tadir.
3. Sapu adunan krim keju di atas kek
4. Ulangi langkah tadi sehingga lapisan teratas.
5. Setelah selesai, hiaskan kek ikut citarasa anda.

INFO CHEF :Bagi mendapatkan kek yang gebu gunakan susu segar penuh krim (full cream). Jangan gunakan susu rendah lemak jika mahukan kek yang berlemak, gebu dan lembut

Saiz hidangan : Kek seberat 1kg
Waktu Memasak : 1 jam setengah
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Rasa kek gebu dan lembut dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa krim.

2. KEK LOBAK MERAH DENGAN BADAM

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 200 gm tepung gandum atau tepung kek | diayak
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat | diayak
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis | diayak
    *Satukan semua bahan A ini, kemudian di ayak. 

Bahan B:

  • 250 gm lobak merah | diparut halus dan telah di perah
  • 100 gm almond nibs | dipanggang dahulu selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C)
  • 240 gm gula halus
  • 180 gm minyak jagung
  • 2 biji telur saiz A

Bahan krim keju :

IKLAN
  • 150 gm krim keju
  • 30 gm mentega tanpa garam
  • 60 gm gula aising
  • 10 gm whipping cream

*Badam hancur (kasar) @ almond nib dan parutan keju cheddar untuk hiasan

CARA MEMASAK :
Kek :
1. Putar gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak tadi dan kaup balik sehingga sebati.
4. Masukkan lobak dan badam, kaup balik sehingga adunan sebati.
5. Sediakan loyang pembakar 23 sm, lapik loyang dengan kertas pembakar dan sapukan sedikit mentega pada loyang.
6. Tuangkan adunan dan bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit.
7. Bakar kek selama 40-50 minit bergantung kepada oven masing-masing..
8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sebentar dalam loyang pembakar dan kemudian terbalikkan atas redai.

Krim keju :
1. Pukul keju krim,mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kembang.
3. Masukkan whipping cream ke dalam adunan keju krim dan kaup balik adunan sehingga sebati. Krim keju sedia disapukan pada kek.

Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat saiz 23 sm (1.5 kg)
Waktu memasak: 40 – 50 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek lobak merah klasik denan ‘topping’ krim keju yang lazat.

INFO CHEF : Selain badam anda juga boleh menggantikan dengan kacang walnut atau jenis kekacang , panggang dahulu kekacangnya. Lobak merah hendaklah disagat kasar.

3. KEK KEJU OREO

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

Bahan-bahan:

Bahan dasar kerak :

  • 80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya
  • 50 gm mentega | yang dicairkan

Bahan krim keju :

  • 250 gm krim keju @ cream cheese
  • 200 gm non dairy whipping cream
  • 150 gm yogurt biasa
  • 50gm gula kastor
  • 15 gm gelatin
  •  60 ml air panas
  •  50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan.
4. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
5. Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
6. Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
7. Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
6. Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.

IKLAN

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju

INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.

4. KEK VANILA KEJU LELEH

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kek vanilla span:

  • 150gm tepung superfine
  • 150 gm gula kastor
  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak
  • 80 ml susu segar
  • 80 ml minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan ‘topping keju leleh :

  • 250 gm keju krim
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan non dairy whipping cream
  • Parutan keju cheddar | sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
1. Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
2. Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
3. Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
4. Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
5. Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
6. Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
7.  Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.

Topping krim keju :
1. Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
2. Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
3. Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar.

Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju

INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikkan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.

IKLAN

5. KEK KEJU BLUEBERI

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju | pilih krim keju sebenar
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream.
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan pai blueberi filling | boleh didapati dari kedai kek/bakeri

Bahan dasar kerak :

  • 250 gm biskut marie
  • 125 gm mentega | dicairkan

CARA MEMASAK:
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie. Kemudian cairkan mentega.
2. Gaulkan biskut yang telah dihancurkan dengan mentega yang telah dicairkan.
3. Masukkan ke dalam tin pembakar berukuran bulat berukuran 25 sm .
4. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk supaya ianya supaya membentuk dasar yang padat
Krim keju :
1. Keluarkan krim keju 20 -30 minit sebelum digunakan.
2. Putar krim keju, susu dan krim putar hingga sebati.
3. Masukkan sedikit pai blueberi, gaulkan.
4. Tuangkan adunan dalam tin pembakar yang berisi biskut tadi.
5. Panaskan oven dan bakar dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
6. Keluarkan dan bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari tin pembakar.
7. Hias kek dengan inti/filling blueberi di atasnya jika suka.

Saiz hidangan : 1 tin pembakar bulat bergaris pusat 25 sm
Waktu memasak: 3-4 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik water bath (letakkan tin atas bekas berisi air)
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan : Buah blueberi mengatasi rasa muak keju.

INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk dari peti ais.

6. KEK KEJU KIWI

6 Cara Masak Kek Dari Kek Keju. Perrghh Meleleh & Cair Di Mulut.BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg krim keju
  • 2/3 tin susu pekat
  • 1 cawan krim putar @ whipping cream
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)

Bahan dasar kerak :

  • 250gm biskut marie | dihancurkan
  • 125gm mentega | dicairkan

Bahan topping @ permukaan :

  • 1 sudu teh serbuk gelatin
  • 30 ml air
  • 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi

CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda

Hiasan permukaan /topping :

10.Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.

Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Jenis masakan : Kek
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli

INFO CHEF : Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI