Untuk tempoyak durian, ada orang suka makan yang masam dan ada yang suka dengan rasa durian.
Namun begitu, jika tidak kena gayanya tempoyak boleh cepat berkulat dan rosak. Jadi macam mana nak bagi tahan lama.
Menerusi perkongsian daripada Momo Chan, dia kongsikan bagaimana untuk membuat tempoyak supaya boleh simpan lama dan tidak berkulat.
Sebenarnya tempoyak ni masam, tapi ada orang, dia lebih suka dengan rasa durian kan.
Ads
Kalau yang suka dengan rasa durian wangi lemak, tak nak masam, asingkan isi dan biji. Masukkan dalam bekas, terus simpan dalam peti sejuk ye. Untuk makan harian, masukkan dalam bekas asing. Untuk simpanan, masukkan bekas lain, letak tempat beku.
Yang ni cara buat tempoyak. Ini tempoyak betul-betul yang rasa masam ye dan boleh tahan bertahun.
*Durian boleh guna yang orang jual murah-murah. Maksudnya buah yang pecah-pecah dan isinya nampak tak cantik. Kalau anda nak pakai durian musang king pun ikut suka la.
*Maksud tak elok tu, bukan kata berulat atau dah berkulat, tapi yang rasanya dah tak sedap dimakan begitu saja.
*Asingkan biji dan isi. Masukkan ke dalam penapis.
*Ni saya toskan 2 malam ya. Dekat luar peti ais, nampak tak ada kulat kan.
*Masukkan garam, gaul rata. Jangan bubuh garam banyak sangat. Agak-agak sesedap rasa saja.
*Akhir sekali, bubuh dalam balang. Bubuh penuh pun tak apa sebab bila kita tos kat luar, gas dia dah tak ada. Tempoyak dah kembang siap dah. Sebelum tutup bahagian atas, tabur sedikit gula. *Tempoyak ni, kalau nak simpan dalam peti ais boleh, simpan di luar pun boleh. *Ini tempoyak masam tau, bukan tempoyak yang anda nak rasa lemak wangi durian.
Hari ni mengidam nak makan laksa. Tapi bukan laksa utara atau penang. Kita buat laksa cina. Kombinasi ikan kembung dan sardin memekatkan kuah dan tambah enak. Selain itu untuk kuahnya kita letakkan campuran bawang putih, bawang besar , lengkuas, serai, buah keras dan kunyit memberikan kelainan rasa pada kuah laksa. Kepedasan kuah terpulang pada citarasa masing-masing.
Bahan untuk kuah:
Ikan kembung/ sardin
1 tin sardin besar
2-3 biji bawang besar *
1 labu bawang putih *
1 inci lengkuas
2 batang serai
4 biji buah keras **
4 batang kunyit hidup *
Cili padi ikut suka *
Cili kering dikisar ikut suka
1/2 inci belacan**
Asam keping ikut suka
4 kuntum bunga kantan
4 batang daun kesom
1/2 biji buah nenas dikisar
* Ditumbuk / kisar sekali
** Ditumbuk asing
Bahan untuk hiasan:
Bawang besar dihiris
Cili padi dipotong kecil-kecil
Bunga kantan dihiris
Fish ball direbus
Fish kek digoreng dipotong-potong
Daun pudina
Limau Kasturi
Telur rebus
Cara memasak:
1. Rendam laksa dahulu sampai agak lembut . Rebus tak lama. Masa merebus pastikan letak garam , moga laksa sedap. Sambil tu rebus telur sekali. Pastikan telur dibasuh. Jimat masa.
2.Semua bahan * tumbuk ditumis sampai wangi. Kemudian masukkan bahan ** . Lengkuas, belacan dan terus tumis sampai semua bahan tumisan betul-betul masak.
3.Pastikan semua bahan betul-betul masak.
4. Masukkan semua ikan yang ditumbuk, air rebusan, bunga kantan, daun kesom , asam keping, cili padi, buah nenas.
5. Perasakan gula, garam dan perasa secukupnya.
6.Gaulkan rata dan biarkan masak selama mana suka, lagi lama lagi sedap. Biarkan mereneh . 7. Dah siap untuk dihidang untuk keluarga.
*Tip Boleh letak petis udang kalau suka. Laksa cina asli tak perlu letak petis udang.
Kredit: Jamaiyah Sadri
Pagi tadi bangun tiba-tiba rasa nak buat tau sar peah atau kuih tambun. Resipi ni saya amik kat web iluminasi. Cuma saya kurangkan adunan itu kepada separuh. Tak larat nak buat kalau guna sukatan asal. Sukatan ni boleh hasilkan tau sar peah sebanyak 10 biji. Cukuplah untuk minum petang.
Doh Air Bahan-bahan: 120g tepung gandum (ayak) 1 sudu (jangan penuh) gula – saya guna gula kastor 35g lemak sayur / shortening 60ml air (tak perlu air suam)
Cara membuat: 1.Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bila dah sebati, bulatkan adunan kepada 5 bahagian.
Doh minyak Bahan-bahan: 90g tepung gandum (ayak) 60g lemak sayur / shortening Sedikit garam
Langkah 1 Campurkan semua bahan dan sebatikan. Bulatkan adunan dan bahagikan kepada 5 bahagian. Inti: saya guna inti yang dah siap. Beli kat Bake with Yen. Bulatkan inti dalam 10 biji dan setiap satu berat lebih kurang 20g.
Penyediaan doh
Langkah 2, 3 & 4 Leperkan doh air dan masukkan doh minyak. Bulatkan doh tersebut kemudian dileperkan.
Langkah 5 Selepas dileperkan, kemudian digulung seperti swiss roll dan leperkan sekali lagi. Ulang proses tersebut untuk 4 kali. Lakukan perkara yang sama ke atas bahagian yang lain sehingga selesai. * Ni yang bahagian yang tak larat kalau sorang je buat.
Langkah 6 Ambil bahagian yang telah digulung dan potong dua.
Langkah 7 dan 8 Bulatkan kemudian dileperkan. Setelah dileperkan, masukkan inti dan bulatkan semula.
Langkah 9 Selepas itu, leperkan adunan tersebut. Ulang proses tersebut kepada bahagian yang lain.
Langkah 10 Setelah selesai, griskan dulang pembakar dan letak adunan yang telah dileperkan, untuk sedia dibakar. Langkah 11 Tekan adunan tersebut dengan garfu dan sapukan dengan kuning telur. Taburkan bijan (jika ada). Bakar kuih tersebut selama 20-30 min, suhu 200c. Okay, selamat mencuba.
Waktu ni bila anak-anak sibuk dengan kelas online dan ibu bapa pun bekerja dari rumah cepat terasa lapar. Takkan nak membeli sahaja. Kenalah rajinkan diri untuk mengisi perut seisi keluarga. Tak usah buat menu yang susah, buat yang mudah dan jimat. Bolehlah buat cakoi nanti untuk minum petang.
CAKOI Bahan-bahan: 1 cawan air suam (jangan terlalu panas) 1.5 sudu teh yis-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar gula 1/2 sudu teh garam 1/2 sudu teh sodium bikarbonat 2.5 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu besar minyak-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Sediakan air yis – masukkan yis dan gula dalam air suam.Biarkan 10 minit hingga berbuih. 2.Masukkan garam, sodium bicarbonate dalam tepung dan air yis. 3.Uli sebati. Masukkan minyak.
4.Uli rata. Rehatkan 1 jam.
5.Selepas satu jam. Canai, potong empat segi panjang. Basahkan lidi/chopstik.
6.Tekan tengah doh. Tindih 2 doh yang dah dipotong 4 segi. 7.Taburkan tepung sebelum dan semasa mencanai supaya doh tidak melekat.
8.Goreng dengan minyak panas. Tarik sedikit doh sebelum masukkan dalam kuali. Goreng sehingga garing.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...