Enaknya andai dapat menikmati Puding Kastard Koktail sejuk di waktu-waktu begini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya sangat ringkas malah tidak mahal. Sangat sesuailah anda hasilkan untuk dinikmati bersama keluarga. Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. 2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul. 3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api. 4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
Ads
5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.
BAHAN B (KUAH): 1 tin susu sejat 4 tin air 1 cawan gula 1 sudu teh garam 2 sudu makan tepung kastard Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan (kecuali buah koktail/sumi/nata de coco) dan masak hingga mendidih. 2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk. 3. Untuk menikmatinya, masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk. 4. Tuang kuah secukupnya dan tambah buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
Pisang adalah salah satu buah yang sangat sedap kalau dijadikan hidangan pemanis mulut. Antara pemanis mulut yang sedap dimakan adalah puding. Selepas disejukkan dalam peti ais, puding dimakan begitu sahaja dan boleh melegakan tekak. Kali ini RASA kongsikan resipi Puding Pisang Sos Kastard yang pastinya boleh menawan selera ramai.
PUDING PISANG SOS KASTARD
BAHAN PISANG MENTEGA
Pisang secukupnya
Mentega secukupnya
CARA MEMBUAT PISANG MENTEGA
1. Panaskan mentega.
2. Goreng sekejap pisang tadi. Ketepikan.
BAHAN KASTARD
1 tin susu cair
1 biji kuning telur ayam
1/2 cawah air
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung kastard
1 ikan daun pandan
CARA MEMBUAT KASTARD
1. Campur semua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati. Tapiskan ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan dan kacau. Jangan berhenti kacau. Masukkan daun pandan. Setelah mendidih, terus angkat. Sejukkan.
3. Simpan dalam peti ais.
4. Untuk menghidang, letakkan pisang di dalam mangkuk. Tuangkan kuah kastard. Hiaskan dengan buah-buahan kering atau kekacang seperti gajus atau badam.
Mi wantan kicap adalah masakan cina yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Selalunya hidangan ini akan disajikan bersama sup wantan, wantan, dan sayur yang diletak bersama mi wantan.
Ini resipi turun temurun keluarga dan pernah menjadi sumber pendapatan Adam Corrie ketika zaman remaja. Nampak ringkas tapi rasanya menyelerakan dan sederhana.
BAHAN-BAHAN MI WANTAN
mi wantan (dicelur) – ada jual di supermarket.
minyak bijan
kicap pekat
kicap cair (apa-apa jenaman)
Sos tiram
Sayur sawi / siew pak choi
CARA MENYEDIAKAN
Campurkan semua minyak dan kicap dalam pinggan. Kemudian masukkan mi wantan yang sudah celur dan gaul rata. Tidak perlu di masak.
Taburkan bawang goreng kalau suka.
Letak sayur sawi atau siew pak choi yang telah di celur di atas mi
BAHAN-BAHAN ISI / INTI WANTAN
Udang (dicelur) atau isi ayam ( di cincang halus)
Daun bawang- di potong halus
Lobak Merah- di potong halus
Sedikit tepung
Lada sulah
Garam
Sos tiram
CARA MENYEDIAKAN
Gaulkan semua bahan-bahan (Jika suka boleh tambah bawang besar, cendawan yang dipotong dadu kecil.) Tapi saya buat yang ringkas supaya inti wantan tidak basah. Kalau terlampau basah kulit wantan mudah koyak.
BAHAN-BAHAN KULIT WANTAN
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
Air panas mendidih
Sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan minyak masak.
Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat dekat tangan.
Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tidak keras
Kalau susah sangat atau mudah beli sahaja yang sudap siap di pasaraya.
BAHAN-BAHAN SUP RINGKAS
Air
Lada sulah
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN
Didihkan air, masuk lada sulah dan kiub ayam.
Masukkan wantan yang sudah siap ke dalam sup.
Masakkan sekali dengan sup dah nak siap, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Info: Untuk rasa pedas boleh buat cili padi potong dan letakkan kicap cair. Wantan juga boleh digoreng dengan sedikit minyak.
Anak-anak rajin membeli dekat foodpanda,memang lari bajet kalau hari-hari memesan dari sini. Antara yang menjadi kesukaan anak-anak ialah ayam KFC , pizza dan lain-lain. Jom hari ini kita buat menu nasi butter ala-ala KFC dan ayam panggang ala-ala Dominos, pasti berebut makan anak-anak nanti. Jimatkan poket. Mudah dan memang menjilat jari sedapnya.
Ayam Panggang Ala-ala Dominos Madu Bahan-bahan: 8-10 ketul ayam 8-10 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar sos tomato 2-3 sudu besar sos cili 1 sudu besar lada hitam( tumbuk) 4-5 ulas bawang putih( tumbuk) 2-3 sudu besar madu Minyak sikit Gula dan garam secukupnya 2 sudu besar serbuk cili 1 sudu besar butter
Cara memasak: 1.Cairkan butter dan masak semua bahan tadi. Kecuali minyak. 2.Dah suam boleh lumur pada ayam dan perap semalaman ya. Letak minyak sikit. 3.Bakar dalam pemanggang ajaib atau airfryer 180’c 30minit. Ikut korang nak garing tahap mana. 4.Setel. Boleh makan dengan nasi butter ala-ala KFC tu.
Nasi butter Ala Ala KFC
Bahan-bahan:
3 pot beras ( untuk 4 -5 orang makan) 1 sudu butter-BELI ONLINE DI SINI 3 ulas bawang putih ( hiris halus) 1 biji bawang merah 1 cawan susu segar-BELI ONLINE DI SINI 1 kiub ayam-BELI ONLINE DI SINI 1 inci halia 3 cawan air + 1 cawan susu fresh milk Air ni ikut pada beras masing-masing. Tapi dah letak susu, jangan letak air banyak pula. Nanti lembik jadi bubur nasi butter korang.
Cara memasak:
1.Cairkan butter atas kuali, masukkan bawang putih. Dah kekuningan masukkan bawang merah. 2.Masukkan susu. Biarkan 3 minit. 3.Didih, masukkan halia dan kiub ayam. 4.Semua dah sebati , goreng sekejap beras hingga sebati. Tutup api. 5.Masukkan bahan tadi dalam rice cooker. 6.Curahkan air + susu, kacau dan biarkan sampai masak.