Orang Malaysia, memang tak canggung dengan sebahagian masakan Cina. Malah ada daripada masakan Cina dah sinonim dengan tekak masyarakat di Malaysia. Menariknya masakan Cina ni boleh dimasakan dengan cara ringkas seperti tumis, kukus, reneh, panggang dan goreng cepat dan menggunakan api besar.

Untuk kelainan ini ada 4 menu masakan Cina yang pedas dan sedap yang sedap untuk dicuba.

5 Masakan Cina Sedap & Berbaloi DiCuba.
1. TAUHU DENGAN AYAM PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping tauhu lembut Jepun
  • 3gm bawang putih | cincang halus
  • 2gm halia | hiris halus
  • 80gm isi dada ayam | rebus dan hancurkan
  • 30gm pes kacang
  • 30gm sos tradisional Sichuan
  • 20gm sos soya Jepun
  • 2gm serbuk cili
  • 2gm perasa
  • 20gm minyak lada hitam
  • 30gm minyak cili

CARA MEMASAK:

  1. Reneh tauhu. Angkat dan tos airnya.
  2. Kemudian, tumis bawang putih, halia dan serbuk cili.
  3. Masukkan minyak cili, minyak lada hitam, perasa, sos soya Jepun, pes kacang dan sos tradisional Sichuan. Kacau sebati.
  4. Seterusnya masukkan tauhu yang direneh tadi dan kacau perlahan-lahan.
  5. Akhir sekali masukkan isi ayam yang telah hancurkan sebelum dihidangkan.

5 Masakan Cina Sedap & Berbaloi DiCuba.
2. PES KACANG PEDAS

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm isi dada ayam | dipanggang terlebih dahulu
  • 150gm timun | hiris bulat & nipis
  • 30gm kacang tanah | goreng tanpa minyak dan kisar
  • 5gm bijan | goreng tanpa minyak
  • 200 gm sos Sichuan
  • 10gm daun ketumbar

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Susun hirisan timun di tepi sekeliling pinggan.
  2. Kemudian letakkan hirisan dada dan letakkan di tengahnya. Kemudian ketepikan.
  3. Sementara itu sediakan sos.
  4. Dalam satu bekas, campurkan sos Sichuan, bijan dan kacang tanah yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebati.
  5. Kemudian tuangkan kuah pes tadi ke atas isi ayam dan timun tadi.
  6. Hiaskan dengan daun ketumbar di atasnya sebelum dihidangkan.

5 Masakan Cina Sedap & Berbaloi DiCuba.
3. AYAM CHONG QING CILI KERING

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm ayam | potong dadu
  • 20gm cili kering | potong kecil
  • 10gm lada hitam | kisar kasar
  • 5gm halia | hiris
  • 5gm bawang merah | hiris
  • 5gm bawang putih | hiris
  • 1/2gm garam
  • 30gm minyak lada hitam
  • 3gm serbuk cili
  • 2gm serbuk perasa

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas.
  2. Kemudian tumis hirisan cili kering, halia, bawang merah, putih dan lada hitam hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam, minyak lada hitam, serbuk cili dan serbuk perasa. Kacau sebati.
  5. Hiaskan dengan daun bawang sebelum dihidangkan.

5 Masakan Cina Sedap & Berbaloi DiCuba.
4. AYAM GORENG CILI KERING BERSAMA KACANG GAJUS

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 300gm ayam | potong kiub
  • 2gm cili kering | hiris 2cm
  • 3gm halia | hiris
  • 3gm bawang merah | hiris
  • 1gm lada hitam | kisar akasar
  • 1/2gm garam
  • 30 gm minyak lada hitam
  • 3gm serbuk cili
  • 2gm serbukperasa
  • 10 gm kacang gajus | goreng sangai
  • Sedikit minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ayam yang telah dipotong kiub dalam minyak panas. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis cili kering, lada hitam, halia dan bawang merah.
  3. Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
  4. Goreng dan kacau rata menggunakan api yang kuat.
  5. Kemudian lengkapkan rasa dengan memasukkan garam, minyak lada hitam, serbuk cili, dan perasa secukupnya. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan kacang gajus. Kacau rata sebelum dihidangkan.

5 Masakan Cina Sedap & Berbaloi DiCuba.
5. SZECHUAN BEEF

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm daging lembu Australia | bersih, potong dadu
  • 50gm cili benggala hijau | potong dadu
  • 50gm cili benggala merah | potong dadu
  • 50gm cili benggala kuning | potong dadu
  • 50gm lobak merah | hiris nipis dan bentuk seperti bunga
  • 20gm cili kering | potong
  • 30gm spicy hot bean souce
  • 20gm sos tiram
  • 10gm serbuk pati ayam
  • 4 sudu makan air
  • 50gm minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng daging kira-kira 30 saat.
  2. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang sama, masukkan semua sayuran yang telah dipotong tadi. Goreng seketika.
  4. Satukan sos tiram, hot bean sauce, gula, serbuk ayam dan air secukupnya ke dalam satu mangkuk.
  5. Kacau sekata dan tuang adunan ke dalam kuali berisi sayuran tadi. Kacau sebati.
  6. Masukkan semula daging yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan goreng lagi.
  7. Angkat dan boleh dihidangkan panas-panas.

INGIN MENCARI PILIHAN PETI SEJUK TERKINI YANG MENJADIKAN MAKANAN ANDA TETAP SEGAR, JOM LAYARINYA DI SINI.

IKLAN

ANDA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI :

ANDA BOLEH TENGOK JUGA RESIPI MENARIK DI LINK INI :

Sajian Makanan Laut Cina Enak Rasa

Masam, Manis Pedas , Sedapnya Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim

5 Sajian Cina Kesukaan Rakyat Malaysia Dari CRG. Selera Satukan Kita

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI