Bila sayur murah, mulalah nak beli banyak untuk stok, tapi masalahnya sayur terutama berdaun hijau mudah layu dan tak tahan lama. Jangan risau ada cara tangani masalah ini, selain sayur segar segala zat terkandung dalam sayur juga tak hilang.
Simpan sayur dalam peti sejuk adalah cara terbaik, tapi kena tahu cara menyimpannya ye. Paling mudah adalah dengan membalut sayur dengan kertas (elakkan surat khabar) kerana kertas akan menyerap wap air dalam peti sejuk dan sayur bertahan lebih lama.
Ads
Jika terus simpan menggunakan plastik pembungkus, sayur tidak bernafas, gas di dalamnya akan mempercepatkan proses sayur menjadi busuk.Namun cara terbaiknya, beli sayur ikut keperluan harian dan terus dimasak. Tetapi kesibukan membantaskan anda, jadi info ini diharapkan membantu ye…
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu. 4. Gaulkan biar rata. 5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam. 6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara automatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
Rendang atau kari korang berlebih, jangan biarkan basi, akhirnya terpaksa buang begitu saja. Dah penat-penat masak, rugilah. Apa kata korang simpan, bila teringin makan boleh keluarkan dan panaskan je, rasa tetap sama. Nak tau macam mana caranya, ini jawapannya.
Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar Dan Baru.
Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli kedai, pastikan ia yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan perah menggunakan air suam. Atau gunakan santan kotak, sebaiknya pastikan saiz kotak santan ikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak juga pastikan, masakan yang dimasak, cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.
Simpan Dengan Cara Yang Betul
Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup, kemudian sejukkan hingga wap panasnya hilang. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.
Sejuk Bekukan @ Frozen
Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama sebaiknya fozenkan saja, ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama. Untuk metode ini ia sesuai untuk makanan seperti lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya keluarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan sebelum sedia dihidangkan.
Diharapkan info ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.
TERCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH TERBARU, JOM LAYARI DI SINI.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut. Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.