Asam pedas merupakan antara menu yang menjadi kesukaan ramai. Namun, tidak ramai yang tahu cara untuk memasak asam pedas yang padu dan sedap. Namun, dengan perkongsian oleh Mizah Ngatiman ini, pastinya masakan asam pedas anda rasa lebih sedap dan enak.
Menurut Puan Mizah Ngatiman, petua ini dikongsi oleh Dato' Rizalman menerusi rancangan Pang Pung tempohari di mana Raja Permaisuri Tunku Azizah telah berkongsi tip masakan asam pedas yang sedap kepadanya. Ayuh kita baca perkongsiannya.
*****
Resepi Asam Pedas Daging Campur Tetel
Kata Dato' Rizalman kan, dalam rancangan Pang Pung beliau tempohari. Raja Permaisuri Tunku Azizah bagitahu, Masakan bertumis ni sedap kalau ia pecah minyak banyak kali.
Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging.
Jadi hari ni Lz cuba teknik tu dalam resepi asam pedas daging dan tetel. Memang sedap dan bila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Bayangkan tentu tambah sedap kalau dapat masak dalam periuk tembaga macam Dato' pakai tu kan
Kuah asam pedas macam ni kan, mebeles kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Aduhai.. Nak-nak kalau kita perangat sebelah pagi untuk sarapan.
Ads
Lz kongsikan step by step di setiap gambar dan video di bawah.
BAHAN-BAHAN:
1 bekas Isi daging dan tetel
20 tangkai lada kering – rebus*
2sb biji ketumbar*
5 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 batang serai – diketuk
2sb asam jawa – jadikan pes
*kisar
BAHAN-BAHAN PENYEDAP RASA:
Ads
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar. Api kecil hingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.
2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali kita, api sederhana kecil. Kita tunggu ia pecah minyak sekali lagi.
Ads
3. Pecah minyak lagi sekali. Bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.
4. Bila air hampir kering masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.
6. Siap dah asam pedas kita.
Kredit resipi & foto: Mizah Ngatiman
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Setiap kali Ramadan tiba, antara aroma yang paling dirindui dan ditunggu-tunggu tentunya aroma Bubur Lambuk yang sedang menggelegak di dalam periuk. Haruman rempah-ratus, daging yang empuk dan suasana gotong-royong menjadikan tradisi ini sebagai satu simbol kebersamaan yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Tahun ini, kemeriahan ini kembali lagi dan kali ini pada skala yang lebih besar! AJI-SHIO® sekali lagi bekerjasama menjayakan program agihan Bubur Lambuk bersama Ideaktiv dan Majalah Rasa, menjadikan ini tahun ke-8 komitmen berterusan jenama terkemuka ini dalam menyantuni dan menghidupkan semangat kemasyarakatan sepanjang Ramadan.
Jika tahun lalu pasukan Angkatan Tentera Malaysia berganding bahu dalam menjayakan program Bubur Lambuk, tahun ini bakal menyaksikan kerjasama antara pihak Bomba yang turut bersama-sama mengedarkan 16,000 pek Bubur Lambuk secara percuma kepada warga kota.
Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi utama, tempat bersejarah yang menjadi titik pertemuan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang. Seiring dengan semangat Ramadan, program ini bukan sekadar tentang makanan tetapi tentang penyatuan hati melalui amalan berkongsi rezeki.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 berkolaborasi bersama anggota Bomba memberi nilai tambah yang cukup signifikan. Mereka bukan sahaja menjaga keselamatan masyarakat, malah turut berganding bahu dalam penyediaan dan pengagihan Bubur Lambuk kepada orang ramai.
Memasak dalam kuantiti yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Konsistensi rasa menjadi cabaran utama. Setiap periuk perlu mempunyai keseimbangan yang sama dari awal hinggalah ke pek yang terakhir.
Di sinilah produk AJI-SHIO® memainkan peranan yang penting dan menjadi pelengkap rasa. Dalam menyediakan Bubur Lambuk berskala besar ini, penggunaan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa membantu memastikan rasa Bubur Lambuk kekal seimbang dan cukup rasa walaupun dimasak dalam jumlah yang banyak, dari periuk pertama hingga ke pek terakhir. Gabungan rasa masin dan lada yang wangi bukan sahaja menyatukan keseluruhan rasa, malah menjadikannya lebih memikat selera tanpa memerlukan tambahan bahan perasa lain. Hanya dengan AJI-SHIO®, Bubur Lambuk yang dimasak sudah cukup sempurna untuk dinikmati dalam setiap suapan.
Selain itu, AJI-SHIO® membawa keenakan dalam masakan harian kepada pengguna kerana ia bukan sekadar lada biasa. Ia merupakan lada berperisa dan lada hitam berperisa yang menyedapkan lagi masakan. AJI-SHIO® sesuai digunakan untuk perapan, masakan dan tabur, malah sesuai untuk pelbagai jenis menu. Dengan AJI-SHIO®, memasak menjadi lebih mudah, cepat dan hasil masakan pun Sedap, Senang & Shiok!
Buat anda yang mempunyai kelapangan, dijemput hadir ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 14 Mac 2026 untuk sama-sama merasai sendiri kemeriahan program ini. Datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan. Nikmati Bubur Lambuk percuma, dibawakan khas oleh AJI-SHIO® yang menyempurnakan setiap suapan. Bukan sekadar berkongsi rasa, tetapi semangat kebersamaan yang menyatukan kita semua sepanjang Ramadan.
Jumpa anda di sana!
Gabungan lada putih dan hitam beri rasa lebih padu.
Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah naungan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 dengan memasak 1,500 mangkuk bubur lambuk. Program ini berlangsung di AEON Mall Shah Alam pada 16 Mac 2024, bermula pukul 10:00 pagi hingga 5:00 petang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini telah berlangsung selama enam (6) tahun berturut-turut.Kali ini, Majalah RASA bersama BABA’S, berganding bahu untuk memasak dan mengedarkan secara percuma 1,500 mangkuk bubur lambuk kepada warga Shah Alam dan kawasan berhampiran selain diedarkan eksklusif kepada para petugas hospital, pegawai agensi badan beruniform dan warga Shah Alam.
Program ini tidak hanya bertujuan untuk memasak dan menyediakan hidangan yang berkhasiat, tetapi juga untuk memupuk rasa perpaduan dan rasa syukur dalam masyarakat. Program ini juga adalah bukti komitmen RASA dan rakan penaja serta kolaborasi menunaikan tanggungjawab sosial. Ramadan adalah masa terbaik bagi mencapai matlamat ukhuwah ini.
Program yang pertama berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam telah direncahkan oleh BABA’S dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti Sissy Iman dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Sebagai sebahagian daripada usaha yang mulia ini, Chef Qayyum telah menyumbangkan kepakaran memasaknya dalam penyediaan bubur lambuk warisan bagi memastikan rasa bubur lambuk dimasak menepati cita rasa masakan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim Mohamed Fahim, menyuarakan rasa kegembiraan dan komitmen penuh para penaja dan rakan kolaborasi terhadap program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini.
“Kami sangat berbangga dan bersyukur dapat bersama-sama dengan BABA’S untuk menyumbang kepada masyarakat, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam, melalui inisiatif penyediaan 1,500 mangkuk bubur lambuk. Semangat kebersamaan dan keikhlasan dalam berbakti kepada masyarakat. Ini semua selaras dengan nilai-nilai yang kami galakkan, dan kami berharap program ini dapat memberi kegembiraan dan keceriaan kepada mereka yang menerima sumbangan ini”.
Syamil juga mengajak pihak lain dari sektor korporat dan masyarakat untuk turut serta dalam usaha ini, mendukung program kebajikan dan sosial yang memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.
“Melalui kolaborasi ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai pihak untuk menjayakan inisiatif kebajikan yang sejajar dengan nilai-nilai kemasyarakatan dan keinsanan.”
Emma Masri, selaku Ketua Unit Bisnes Masakan dan Dekor juga menyatakan pentingnya menjalani inisiatif seperti ini dalam bulan Ramadan, di mana nilai-nilai kasih sayang, kepedulian dan solidariti amat ditekankan. “Bulan Ramadan adalah masa yang istimewa dan kami melihat Program RASA Bubur Lambuk Warisan sebagai peluang untuk berkongsi kebahagiaan dengan komuniti. Kami berharap hidangan bubur lambuk yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keceriaan kepada penerima, sambil merapatkan ukhuwah di antara kita semua.”
Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA‘S menyatakan pandangan positif terhadap penglibatan BABA’S dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan 2024 ini. “Ini merupakan kali kedua penglibatan BABA’S dan sangat berbesar hati dapat bekerjasama. Kami menggunakan beberapa produk keluaran sebagai bahan utama masakan bubur lambuk warisan pada kali ini, antaranya Serbuk Kurma Baba’s, Serbuk Sup Baba’s dan Serbuk Jintan Manis dan Serbuk Lada Hitam Baba’s. Gabungan ini menghasilkan rasa enak dan menaikkan selera.
Tuan Haji Azrain Mohamad turut menekankan nilai-nilai kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang dipegang teguh oleh BABA’S. Beliau berkata, “Penglibatan kami dalam Program RASA Bubur Lambuk Warisan ini adalah bukti komitmen kami untuk menyumbang kembali kepada masyarakat tempatan. Kami percaya bahawa melalui usaha bersama dengan Majalah RASA, kita dapat memberikan impak positif kepada mereka yang memerlukan, terutamanya kepada petugas beruniform dan warga Shah Alam.”
Pengedaran Bubur Lambuk berlaku di pelbagai lokasi dengan tumpuan kepada petugas-petugas beruniform yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti pasukan polis, bomba, profesional kesihatan dan perkhidmatan penting lain.
Majalah RASA dan BABA’S, menjemput orang ramai untuk menyertai usaha bermakna ini .
Selain itu, jangan lupa saksikan rancangan masakan rancangan Rasa Mak Ajar Masak yang dibawakan oleh BABA’S.
Teringat masakan mak? Rasa Mak Ajar Masak, program masakan istimewa akan membawa anda mengimbau memori Ramadan menerusi resipi tradisi keluarga yang dikongsi oleh selebriti tanah air bersama mak atau anak mereka. Masakan paling sedap adalah hidangan yang mak kita masak. Antara selebriti yang terlibat ialah Menampilkan selebriti seperti Diana Danielle, Fizo Omar, Uyaina Arshad, Nubhan Ahmad, Didie Alias, Aiman Tino, Ruhainies, Sharifah Shahira, Wafiy Aan, Abby Abadi, Dato Nora Ariffin, Tyzo Xander.
Oleh itu, Rasa Mak Ajar Masak tampil dengan pelbagai resipi menarik untuk anda cuba. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini akan disiarkan bermula 11 Mac 2023, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di saluran ASTRO RIA.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Bila sebut sahaja kari, pasti ramai yang terbayang aroma harum rempah ratus, kuah pekat berempah dan rasa yang membangkitkan selera. Kari bukan sekadar hidangan, ia adalah warisan budaya yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau usia.
Tahun ini, sempena Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan RASA tampil menganjurkan sebuah acara yang cukup luar biasa iaitu RASA Layan Curry Fiesta 2025, sebuah pesta penuh warna-warni yang bakal mencatat sejarah sebagai himpunan kari paling meriah di negara ini.
Bertempat di Laman Cita Rasa Warisan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur (Laman 5), fiesta ini berlangsung selama lima hari bermula 12 hingga 16 September 2025, dari jam 9 pagi hingga 11 malam.
Sepanjang tempoh ini, pengunjung bakal dihidangkan dengan pelbagai pengalaman kulinari yang bukan sahaja memikat selera, tetapi juga menyatukan jiwa rakyat Malaysia di bawah panji 1001 rasa.
Lebih istimewa, YAB Perdana Menteri Malaysia (PMX) akan hadir bagi merasmikan Festival Budaya Malaysia ini pada 13 September 2025, jam 8.30 malam. Kehadiran beliau sebagai simbol sokongan kepada warisan kulinari negara pasti menambah seri dan memberi makna besar kepada acara berskala nasional ini.
Kemuncak acara yang paling dinantikan ialah Kenduri Kari Malaysia 68 yang ditaja oleh TUMIX® pada 13 September 2025. Bayangkan suasana kenduri paling besar yang bakal menyajikan lebih 2,000 pax kari percuma untuk orang ramai. Lebih menarik lagi, sebahagian daripada sajian kari merupakan kari warisan kebangsaan yang telah digazetkan pihak Jabatan Warisan Negara. Sejumlah lebih 12 jenis makanan berasaskan kari dihidangkan percuma nanti. Sesi demo memasak Kari Daging Umbut Pisang turut diadakan pada jam 12 tengah hari.
Sajian ini disediakan oleh gabungan hotel dan katerer ternama seperti Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia, Hotel TAMU KL, Shah Alam Convention Centre (SACC), Zai Sri Gemilang Catering Shah Alam dan beberapa penyedia makanan lain.
Aroma kari yang pekat berempah, dimasak dengan penuh kasih sayang oleh chef berpengalaman, pasti membuatkan setiap suapan membawa rasa syukur dan kebersamaan.
Fiesta ini turut diteruskan dengan Kenduri Makan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang pada 14 September 2025. Sebanyak 2000 keping roti jala dan roti jala jelita elemen Jalur Gemilang akan diagihkan secara percuma, bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga untuk dinikmati keindahan seni kreatif rakyat Malaysia yang menjala dengan penuh warna-warni sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Lebih menarik, rakyat turut berpeluang menunjukkan bakat dalam Pertandingan Roti Jala Jelita Jalur Gemilang Gala pada hari yang sama. Pertandingan ini menuntut kreativiti dalam menghasilkan roti jala jelita paling unik dengan corak patriotik, dan pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM800.
Bagi pencinta roti canai pula, jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan tangan-tangan cekap dalam Pertandingan Roti Canai Melayang tajaan Seri Pelangi pada 15 September 2025. Acara ini dijangka menjadi antara yang paling riuh dengan aksi roti canai berterbangan ke udara, termasuk penampilan khas Amir Hamzah, Super Roti Man Malaysia dan adik Amsyar, juara roti canai tertinggi kategori kanak-kanak.
Fiesta ini mencapai kemuncaknya pada 16 September 2025 dengan Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI. Inilah masanya untuk menyaksikan aksi paling kreatif dan paling meriah dalam dunia teh tarik. Gaya tuangan, ketinggian tarikan dan buih paling gebu akan menentukan siapa yang bakal dinobatkan Raja dan Ratu Teh Tarik tahun ini, dengan hadiah wang tunai menanti pemenang.
Selain dapat menyertai semua aktiviti yang dianjurkan, pengunjung juga berpeluang menikmati makanan jualan para pengusaha makanan berasaskan kari.
Keseluruhan fiesta ini bukan sekadar pesta makanan. Ia adalah cerminan kepada budaya dan identiti Malaysia. Lebih daripada seribu jenis sajian kari warisan dan fusion bakal diketengahkan, menjadikan acara ini platform terbaik untuk mengangkat martabat kari sebagai warisan kebangsaan yang menyatukan hati rakyat.
RASA Layan Curry Fiesta 2025 adalah bukti bahawa makanan mampu menjadi jambatan yang menghubungkan masyarakat berbilang bangsa. Dari semangkuk kari ke secawan teh tarik, setiap suapan membawa erti kebersamaan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Tandakan tarikh anda, ajak keluarga dan rakan-rakan, dan mari kita bersama-sama meriahkan pesta kari terbesar Malaysia!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui cara masak suhun yang betul supaya tidak menyerap kuah, kekal kenyal dan tidak mudah lembik. Ikuti tip mudah ini untuk hasil sup yang lebih sedap.