Bila tiba hujung minggu atau hari cuti, pastinya ada yang nak masak menu istimewa buat anak-anak dan suami. Antara yang mudah disediakan adalah aneka nasi tumis seperti Nasi Minyak, Nasi Briyani, Nasi Tomato dan lain-lain. Bagi yang tidak biasa, pasti rasa susah nak dapatkan nasi yang cantik dan masak sempurna.
Usah risau. Untuk mendapatkan Nasi Minyak, Nasi Briyani dan Nasi Tomato yang cantik serta tidak hancur, caranya mudah sahaja. Jom cuba petua perkongsian dari saudari Habibah Badar Bajrai ni. Pasti anda rasa lebih yakin.
CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA
Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Ha..mudah kan? Ni RASA belanja satu resipi nasi mudah. Selamat mencuba!
NASI BRYIANI AYAM YOGURT
BAHAN-BAHAN:
500gm Beras Basmathi | rendam 30 minit dan tos
400gm ayam | potong sederhana
2 sudu makan minyak Sapi
1 sudu makan marjerin
1/2 cawan yogurt
1 biji Lemon | jusnya sahaja
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh bunga Lawang
1 batang Kayu Manis
2 sudu besar tomato puree
Daun Pudina secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Saffron | direndam dalam 1/2 cawan air panas
Gula & Garam
Air secukupnya
Pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak sapi bersama marjerin. Tumiskan rempah ratus, jintan manis,bunga lawang,kayu manis hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau rata sehingga masak.
Masukkan tomato puri dan yogurt perasakan dengan gula dan garam.
Masukkan beras basmathi dalam periuk nasi bersama air secukupnya, tuangkan bahan tumisan tadi kacau mesra masak seperti biasa.
Apabila hampir masak,masukkan air safron,tutup dan biar masak.
Setelah masak percikkan sedikit pewarna kuning dan masukkan daun pudina segar dan tutup 5 minit Lgi.
Nasi sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Elakkan rendam beras Basmathi, terlalu lama dan kerap digaul semasa memasak. Ia akan menyebabkan beras patah dan nasi tidak cantik selepas dimasak.
Tengah ‘usha’ RICE COOKER baru? Meh RASA kongsikan seleksi terbaik yang anda boleh pilih DISINI.
Nak lebih banyak resipi NASI best? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Masakan szechuan datang dari negara China dan terkenal dengan kepedasan dari masakan cina yang biasa. Rasa sotong lebih enak dengan bahan tumisan yang ringkas serta aroma cili kering yang digoreng terlebih dahulu.
SOTONG MASAK SZECHUAN
BAHAN-BAHAN:
2 biji bawang besar -potong kiub
2 ulas bawang putih-hiris
2.5cm halia-hiris
3 batang cili kering-potong 2.5cm
2 sudu makan sos tiram
1sudu makan kicap manis
1batang cili merah-belah dua
¼ sudu makan minyak bijan
½ sudu makan tomato sos
3 batang daun bawang-potong 2.5cm
300gm sotong
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang, halia, cili kering,sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau sekata.
2. Apabila sebati dan mendidih, masukkan sotong, cili merah dan daun bawang. Kacau sehingga masak dan tambah minyak bijan dan garam secukupnya. Kacau sebati.
3. Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF: Enak dimakan bersama nasi putih.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan: Ala Cina
Keistimewaan: Aroma jintan minyak bijan yang wangi
Wow… Bulgogi Cendawan Shiitake ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Sesekali hiding menu ala Korea ni, pasti membuka selera. Menurut empunya resipi Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, resipi ini sangat mudah dan versatil. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak dan mudah didapati. Rasa hidangan ini cukup dengan masin, manis dan pedas. Ada juga rasa masam yang boleh buat kecur liur. Sedapnya! Sekali masak, cukup untuk sajian 2-3 orang makan. Jom cuba. Anda pasti suka akan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Daging dihiris jadi kepingan nipis. Untuk mudah dipotong, hiris nipis dahing sebelum nyahbeku sepenuhnya dengan menggunakan pisau tajam.
2. Lumatkan halia dan bawang putih hingga jadi pes. Boleh cincang atau guna pengisar. Dalam masakan, dua bahan ini penting untuk memberi aroma segar.
3. Tumis pes bawang putih dan halia tadi.
4. Kemudian masukkan daging. Tumis lagi bersama pes tadi menggunakan api besar.
5. Bila daging sudah bertukar warna, masukkan kicap cair.
6. Kemudian masukkan empingan cili. Kalau tidak ada empingan cili, boleh kisar cili kering dengan pengisar kering. Boleh juga guna cili kisar. Yang penting ada rasa pedas.
7. Masukkan pes tomato. Pes ini bukan untuk beri rasa masam, tapi untuk beri rasa umami. Tomato kaya dengam monosodium glutamate. Ia boleh menjadikan masakan rasa lebih sedap.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nampak masakan ni terlalu kering boleh masukkan air sedikit.
9. Rendam cendawan shiitake hingga lembut. Kemudian buang tangkai dan hiris halus. Masukkan dalam kuali.
10. Potong daun bawang kasar-kasar dan masukkan dalam kuali. Goreng kilas. Penggunaan daun bawang memberikan rasa segar pada masakan ini.
11. Seterusnya masukkan sedikit cuka untuk beri sedikit rasa masam yang menyegat. Tak usah letak banyak. Tambah sedikit dahulu dan rasa. Kalau tak cukup, tambah lagi.
12. Tabur bijan yang telah disangai dengan secukupnya.
13. Renjis minyak bijan secukupnya. Sedia untuk dihidang.
INFO: Kalau mahu rasa yang lebih sedap, perap daging bersama dengan semua bahan dan barulah goreng kilas semuanya. Bulgogi ni boleh dipanggang atas bara api, atas plat pemanas atau guna kuali rata.
Daun moringa atau daun kelor bukan saja enak dibuat tumis sayur atau masak lemak, lebih penting daun ini sebenarnya ada banyak khasiat untuk kesihatan.