Ikan siakap antara ikan yang sering menjadi pilihan ramai. Sedap di masak kari, stim limau, tiga rasa atau digoreng begitu sahaja. Namun menyiang ikan siakap bukan sekadar buang sisik, insang dan perut.
Ada perkara lain yang perlu diambil berat sewaktu membersihkan ikan siakap iaitu lebihan organ dalaman, darah beku dan urat di atas tulang perut.
Ini bagi mengurangkan bau dan rasa hanyirnya yang boleh mempengaruhi rasa isi ikan dan kuah masakan nanti.
Boleh rujuk perkongsian Arbi Mohd Arbiini sebagai rujukan;
“Habitat Siakap di Muara. Muara ni adalah perairan yang payau, tak masin, tak tawar, tak manis. Bau dan rasa seekor ikan terletak pada habitatnya”
“Siakap adalah ikan pemangsa.Diet Pemakanan Siakap ialah udang dan anak ikan.”
Berikut adalah cara-cara pembersihan untuk meminimumkan bau dan rasa hanyir Ikan Siakap.Saya sediakan gambar dan juga langkah-langkahnya.
Ini ialah siakap yang sudah dibersihkan perut dan sisik, tapi belum cukup bersih lagi.
Ads
Keadaan isi perut ikan siakap, yang harus dibersihkan insang, lebihan organ dalaman, darah beku dan urat yang berada diatas tulang perut.
Urat ini bersambung dari kepala hingga ke ekor dan didalam urat ni terkandung lebihan darah. Seandainya tidak dibersihkan ketika memasak ianya akan pecah dan darah akan meresap masuk ke dalam isi. Mesti spoil kan mood bila tengah sedap-sedap menikmati hidangan.
Ads
Inilah uratnya yang merah-merah tu la lebihan darah dia.
Keadaan ikan yang telah dibersihkan.
Ads
Setelah dibersihkan rendam ikan seketika didalam bancuhan air asam jawa atau any citrus family. Citrus family ni contoh limau kasturi, limau nipis.
Semoga tips ni berguna. Utamakan keselamatan, ketika mencuci always dari kepala ke ekor, jangan menyonsang sebab nanti jari akan terluka.
Selamat Mencuba!
RASA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat yang suka masak ikan siakap, boleh cuba ikut tip yang dikongsikan ini. Penting bersihkan dan buang urat yang berada diatas tulang perut barulah hilang hanyir dan bau ikan tersebut.
Nak mulakan diet memang satu usaha yang bagus. Tetapi jika tidak ada ilmu, kamu mungkin hanya diet dengan berlapar dan boleh membahayakan kesihatan. Berdiet bukan bererti menahan lapar kalau camtu baik puasa sunat yer tak?.. Diet yang betul tak menyusahkan bahkan ia membahagiakan perut kamu… Ikut cara abang sado ini untuk cara penurunan berat badan yang efektif!
“aku diet ni tak boleh makan tengahari dengan kau” , pernah ke dengar ayat ini bila kita ajak kawan makan tengahari bersama waktu lunch. Perkataan diet, nak kurus, aku dah gemuk memang sinonim kan, tapi sedarkan mereka yang nak kurus ini bahawa apa yang dilakukan itu adalah sangat tidak betul dan salah . Kenapa saya kata salah? Sebabnya berlapar atau tahan perut dari makan bukanlah amalan pemakanan yang betul dan akan memberikan kesan jangka panjang. Siapa nak tahu diet cara saya turun 5kg sebulan tanpa perlu berlapar. Nak tahu apa rutin dan apa yang saya makan yang dapat membantu turunkan berat badan dengan sihat dan nampak kesan yang lebih baik. – Perkongsian blog Mr. Tengku Asmadi
Bermula jam 6 pagi setelah bangun pagi semasa nak solat subuh tu minum dahulu segelas air kosong, ini adalah kaedah detox semulajadi yang menjadi amalan saya. Jika anda ada masalah susah nak buang air besar ini merupakan salah satu langkah yang boleh menyelesaikan masalah penghadaman ini. Air liur awal pagi mengandungi bakteria baik yang akan bertindak di dalam membantu detox kan toksin dalam badan kita.
Kebiasaannya kita akan terus ambil sarapan kan, kalau bukan nasi lemak sudah tentu kuih muih yang pastinya manis kan . Ok ini apa yang anda perlu buat sebelum sarapan ambil segelas air suam masukkan 1 inci halia yang diketuk , rendamkan selama 2-5 minit , selepas itu masukkan dalam rendaman halia tadi perahan lemon ataupun limau nipis serta satu sudu madu. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan. Ini membantu memberikan tenaga secara pantas dan juga dapat menyekat selera makan. Jadi takdalah mengidam nak makan nasi lemak ke atau sebarang sarapan yang tidak sihat.
Saya tahu nafsu makan sarapan orang malaysia ini kalau bukan nasi lemak ditambah lak dengan ayam goreng ataupun sotong pedas memang tak sah kan ? Kalau anda nak tahu sebenarnya kita boleh nak ambil nasi lemak sebagai sarapan tetapi dengan cara yang lebih sihat , sebagai contoh nasi tu ambil 1 genggam sahaja dan kurangkan sambil dan minta lebih sayur dengan makcik penjual, kan nasi lemak juga.
Tapi ini sarapan yang lebih baik kepada anda saya berikan adalah mengamalkan makan oat yang penuh dengan serat. Saya tahu tekak melayu ini ramai yang tak boleh telan oat macam itu aje kan . Ini saya berikan cara 5 minit dah siap hidangan sarapan dah la sihat pahtu memang sangat kenyang. Caranya mudah sahaja ambil segenggam oat dicampur dengan susu rendah lemak serta 3 biji kurma (biji tu buanglah ya kan tak pasal-pasal rosak blander mak tu) , nak lagi sedap satu sudu yogurt asli rendah lemak serta 1 biji pisang. Kisarkan semua bahan ini dan terus aje minum , rasanya tak sampai 5 minit selesai resepi sarapan ini, nak buat menu bersahur pun boleh ini, antara mahu dan tidak aje..Jangan banyak alasan dik ..
Selain itu cadangan sarapan lain adalah 2 keping roti wholemeal biasa jenama Gardenia saya guna ( opss terpromosi lak ) saya letakkan sebiji telur rebus dan juga sayur-sayuran , kepit jadikan sebagai sandwich. Ini pun sedap.
Ini lagilah saya lihat ramai yang masih tidak mengamalkan dengan betul. Bila di tanya air kosong kadang-kadang segelas atau dua sahaja dan selebihnya adalah air manis. Air kosong di sarankan minum 6-8 gelas sehari ataupun 2 atau 3 liter sehari. Tapi kan ada yang cakap nanti ulang alik ke tandas lak asyik membuang. Itulah fungsi air kosong membuang toksin dalam badan , kan masa ulang alik ke tandas tu kan senaman takdala melekat aje punggung kat kerusi tu..Usaha dik nak kurus sihat ini kena usaha kalau nak tahu. Kurus datang dalam mimpi tapi itu bukan realiti..mainan aje tu dik
Nak minum air kosong ada perisa sedap tak ?meh ikut sini ambil 1 botol diisi dengan 2 liter air kosong dan letakkan hirisan lemon dalam 1/2 biji serta letak juga hirisan timun dalam 1/2 biji . Kenapa nak buat macam ni ?Ini adalah salah satu cara detox yang mudah untuk membantu anda , air detox ini akan membantu yang ada masalah penghadaman. Amalkan tau air ni sehari sekurangnya 2 liter atau lebih.
Jangan lupa untuk ambil snek waktu pagi dalam jam 10pagi hingga jam 11pagi. Apa yang biasa saya ambil atau dijadikan snek adalah kurma dalam 2 atau 3 biji ataupun buah epal hijau ataupun betik. Anda boleh pilih buah-buahan segar untuk dijadikan snek. Saya sarankan makan buah dahulu sebelum menjamu selera waktu tengahari dan bukan makan buah selepas makan tengahari.
Begitu juga snek jam 3 petang hingga jam 4 petang, amalkan buah-buahan seperti tembikai atau buah epal hijau.
Wajib makan tengahari dan jangan sesekali tak nak makan kononnya nak diet. Itu tak betul dik jangan nak mogok laparkan diri semata-mata nak kuruskan badan, sangat tidak bagus untuk jangka masa panjang. Menu makan tengahari sangat mudah jika suka sangat makan nasi (kan tak makan nasi mati laa I -ayat tak sedar diri dah gemuk ) , ambil segenggam nasi sebesar penumbuk (dik segenggam aje tau jangan nak nasi tambah segeggam lagi kan abg kasi tambah genggam tu haha ) nasi segenggam , lauknya adalah ikan atau ayam yang dibakar, dikukus, panggang ataupun yang ber sup.Elakkan lauk pauk yang bersantan , goreng dan yang sewaktu dengannya. Selain itu lebihkan sayur sayuran hijau tak pun ulam-ulaman segar. Barulah awet muda macam abg dik, makan ulam aje .
Setiap hari tukarlah lauk baru tak jemu, nak lagi mudah catat buat diari.Diari makanan yang di ambil kan mudah untuk dirujuk kembali nanti.
Ni satu lagi selalu tak makan malam kan , jangan tau ini abg kasi amaran, makan malam adalah wajib tu dia wajib ya.Menu apa yang nak di ambil waktu malam ini. Saya cadangkan ambil makan malam awal sebelum maghrib antara jam 6 petang ke 8 malam. Jangan makan lewat malam, perut tu pun perlukan masa nak proses dan perut pun nak rehat juga macam kita dik jangan ingat kita aje nak rehat , perut pun nak rehat tau. Menu makan malam selalunya boleh buat sup ayam atau pun bihun sup tetapi bihun (adalah karbohidrat) jadi ambil 1 genggam sahaja dan lebihkan sayur dalam sup itu. Ini pun boleh kenyang tau. Kalau pemalas sangat nak masak buat aje oat dengan susu dan kismis selesai masalah kemalasan itu.
Seperti detox pagi boleh juga amalkan detox halia yang saya jelaskan tadi. Boleh rujuk resepi dan cara buat di no 1 ya. Selain resepi detox halia anda juga boleh amalkan cuka epal dan madu. caranya campurkan 1 sudu cuka epal dan 1 sudu madu dengan perahan lemon ataupun limau nipis. Minum sebelum tidur dan cuka epal dan madu ini bagus juga untuk dapatkan tidur yang lebih lena tau..
Perlu ke senaman ini?Sangatlah perlu tapi bukanlah perlu senaman berat macam masuk gym 2 jam sehari. Apa yang saya buat adalah lakukan sesuatu yang mudah dan saya suka. Saya suka berjalan jadi setiap hari saya akan berjalan santai dalam 30 -45 minit sambil layan whatsapp kawan-kawan, kadang-kadang tanpa sedar dekat 1 jam sebab asyik sangat melayan kawan kat whatsapp. Jika yang duduk rumah apartment bertuahnya anda, naiklah tangga sehari 5-6 tinggat ok sudah jangan terlalu paksa diri , buat apa yang anda suka itu kata kuncinya.
Macam mana mudah ke diet cara ini? tak susah kan, tak perlu berlapar, tak perlu nak ikat perut , plan ini akan nampak dalam jangka panjang sebab sebenarnya anda merubah gaya hidup anda. Bila anda merubah gaya hidup dan gaya pemakanan dengan sendirinya anda akan menjadi lebih sihat InsyaAllah. Yang penting adalah Usaha kan ..Usaha Lift Kejayaan ..No U Turn.
Sumber: http: mrtengkuasmadi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Serbuk perasa cendawan ni selalunya digunakan sebagai menambah kesedapan masakan. Rupanya mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, tanpa bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je. Ikut cara ini.
1. Mula-mula, basuh dan keringkan dahulu cendawan anggaran dalam 50 gram. Lap dengan kain atau tisu sehingga betul-betul kering supaya proses pengeringan seterusnya lebih efektif.
2. Kemudian, bakar cendawan selama 20 minit dalam oven atau airfryer pada suhu 100°C. Langkah ini penting untuk menghilangkan kelembapan dan memberikan aroma yang lebih kuat. Selepas itu, biarkan ia sejuk seketika sebelum dikisar.
3. Selepas itu, masukkan 25 gram gula dan 25 gram garam ke dalam mesin pengisar kering. Pastikan pengisar benar-benar kering untuk mengelakkan hasil menjadi berketul.
4. Seterusnya, masukkan pula cendawan yang telah dikeringkan tadi ke dalam pengisar.
5. Kisar semuanya sehingga menjadi serbuk halus. Untuk hasil lebih sempurna, tapis serbuk tersebut supaya teksturnya benar-benar halus dan sekata.
Siap! Bolehlah masukkan serbuk perasa cendawan ke dalam botol atau bekas kedap udara. Simpan di tempat kering dan sejuk untuk mengekalkan kualiti. Serbuk ini boleh tahan sehingga sebulan jika disimpan dengan betul.
Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan sendiri di rumah. Selain menjimatkan kos, ia juga memberi ketenangan kerana kita tahu bahan yang digunakan adalah bersih dan selamat.
Antara kelebihan utama:
Serbuk perasa cendawan ini sangat versatile dan boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti sup, gorengan, tumisan, malah sebagai penambah rasa dalam nasi goreng atau mi. Sedikit sahaja sudah cukup untuk menaikkan rasa umami dalam hidangan.
Penggunaan serbuk perasa cendawan dalam masakan harian juga membantu menggantikan perasa komersial yang tinggi bahan kimia. Ini menjadikannya pilihan yang lebih sihat tanpa mengorbankan rasa.
Secara keseluruhan, serbuk perasa cendawan homemade ini memang pilihan terbaik untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan kualiti makanan. Dengan hanya 3 bahan mudah, anda boleh hasilkan perasa serbaguna yang sedap, sihat dan menjimatkan.
Memang mudah sangat nak buat serbuk perasa cendawan (Mushroom Seasoning) sendiri di rumah. Suci, halal dan sangat menjimatkan. Pastinya bebas MSG, bahan pengawet mahupun perasa tambahan, hanya guna 3 bahan je.
Sebenarnya banyak sayur-sayuran yang boleh ditanam semula dari keratan yang dibeli pasar. Daun sup, pokok ketumbar, kangkong, lobak pelbagai lagi.
Tapi seringkali juga bila kita nak tanam semula, tiba-tiba tak menjadi. Baru tumbuh tunas sikit dan layu mati. Antaranya daun sup dan ketumbar. Mana yang dah berjaya dicambahkan pun tetap tak tahan lama. Kenapa ek?
Sebenarnya, pokok ketumbar/sup alah pada air. Hanya bahagian akarnya sahaja perlu bersentuhan dengan air. Tapi ramai yang rendam sampai pangkal batang dahan. Ini menyebabkan bahagian yang terendam rosak.
Jika anda masih merancang untuk menanam pokok ketumbar dari keratan yang di beli di pasar. Cuba ikut langkah ini seperti yang dikongsikan dalam laman semuajdt.com
Tinggalkan batang daun ketumbar 1.5 inci dari akar dan pucuk-pucuk yang masih muda
Rendam bahagian akar sahaja di dalam air
Keesokan petangnya, bila dahan yang ditinggalkan dah nampak sihat, boleh dipindahkan ke tanah. Gunakan medium yang bercampur dengan pasir sedikit dan proses pemindahan sebaiknya dilakukan di waktu petang.
Tanam bahagian akar daun ketumbar sahaja. Kebiasaannya ramai yang tanam sampai tenggelam batang. Ini yang menyebabkan pokok ketumbar pada awalnya hidup namun tak tahan lama kerana pangkal batang yang tertanam menjadi basah.
Sumber teks dan foto : semuanyajdt.com
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!