Rendang atau kari korang berlebih, jangan biarkan basi, akhirnya terpaksa buang begitu saja. Dah penat-penat masak, rugilah. Apa kata korang simpan, bila teringin makan boleh keluarkan dan panaskan je, rasa tetap sama. Nak tau macam mana caranya, ini jawapannya.

Gunakan Kelapa Parut Atau Santan Segar Dan Baru.


Elakkan Lauk Bersantan Cepat Basi…Ada Caranya.
Jika anda menggunakan santan segar yang dibeli kedai, pastikan ia yang baru. Jika beli kelapa parut, pastikan kelapa baru saja diparut dan perah menggunakan air suam. Atau gunakan santan kotak, sebaiknya pastikan saiz kotak santan ikut kesesuaian atau keperluan dalam masakan. Semasa memasak juga pastikan, masakan yang dimasak, cukup masak agar ia tahan lama bila disimpan.

Simpan Dengan Cara Yang Betul

Ads

Elakkan Lauk Bersantan Cepat Basi…Ada Caranya.
Lebihan masakan bersantan hendaklah dipanaskan tanpa bertutup, kemudian sejukkan hingga wap panasnya hilang. Kemudian masukkan dalam bekas bertutup sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Sejuk Bekukan @ Frozen

Elakkan Lauk Bersantan Cepat Basi…Ada Caranya.
Jika makanan tersebut ingin disimpan untuk tempoh lebih lama sebaiknya fozenkan saja, ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama. Untuk metode ini ia sesuai untuk makanan seperti lauk pauk seperti rendang, kari atau gulai yang mengandungi santan. Anda hanya keluarkan pada suhu bilik sebelum dipanaskan sebelum sedia dihidangkan.

Diharapkan info ini boleh membantu anda menyimpan makanan bersantan agar tahan lebih lama.

 

TERCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH TERBARU, JOM LAYARI DI SINI.

Ads

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA PETUA DAN RESIPI INI :

 

Ads

Petua Hilangkan Bau Bawang & Kesan Kunyit Pada Blender.

Petua Pilih Daun Limau Purut Supaya Masakan Tak Pahit

Resipi Asam Pedas Daging Campur Tetel Yang Sedap & Menjilat Jari. Hanya Ikut Petua Permaisuri Agong!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI