Sambal toktok tempe Jawa ini simple tapi sedapnya tak tau nak cakaplah. Kadangkala tak perlukan lauk mewah pun untuk buat kita makan bertambah-tambah.
Sambal ni memang kena betul dengan cuaca panas sekarang, masak sayur bening campur kentang dan suhun, lawan dengan ikan goreng.Peh!! Berpeluh.
Resipi nak buar sambal toktok tempe Jawa ini pun mudah yang amat. Buat banyak nanti simpan dalam peti. Sambal macam ni layan dengan pulut, lempeng atau ubi kayi rebus pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mizah Ngatiman ini ye. Selamat mencuba!
Mula-mula, goreng dulu tempe. Angkat dan toskan. Goreng pula bawang besar dan cili. Angkat dan toskan. Goreng pula tempe. Angkat dan toskan.
Kemudian bahan-bahan itu dimasukkan satu persatu ke dalam chopper. Kalau tak ada, boleh guna lesung batu dan tumbuk macam biasa. Tapi lagi mudah guna chopper.
Mula-mula chop dulu bawang dan cili.
Kemudian Masukkan hirisan tempe.
Akhir sekali masukkan bilis.
Ads
Satukan semua bahan itu ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Hidangkan dengan sedikit bilis goreng dan perahan limau kasturi (pilihan). Siap. Makan pula dengan ikan goreng panas dan sayur bening.
Cencaluk dibuat dari udang geragau yang cukup terkenal di negeri Melaka. Selalunya ia makan dengan cili padi potong dan perahan limau. Kali ini kita tambah bahan yang akan menambah kesedapan cencalok.
SAMBAL CENCALOK BUNGA KANTAN DAN SERAI
Cencalok
Cili padi kampung
Bawang merah
Serai
Bunga kantan
Limau (nipis atau kasturi )
CARA MENYEDIAKANNYA:
Mayang halus semua bahan-bahan.
Satukan semua bahan-bahan ikut citarasa anda (kalau suka lagi pedas boleh tambahkan cili atau suka lagi masam lebihkan perahan limau).
INFO:
Boleh makan dengan ikan goreng tawar, ikan panggang.
Kalau suka boleh masukkan daun pudina dan sedikit gula.
Bukan kaleng-kaleng resipi yang RASA nak kongsikan hari ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Bagi pencinta Nasi Lemak, sambal memainkan peranan paling penting. Sedap sambal, maka sedaplah hidangan kegemaran anda ini. Terdapat banyak sangat resipi legend yang dikongsi namun tak tahu mana satu yang kena dengan selera? Resipi Sambal Nasi Lemak dari Sis Norey Yusof ni antara yang boleh dicuba. Pekat dan nampak sangat sedap. Persis Sambal Nasi Lemak kampung dulu-dulu. Jom cuba! Anda dan keluarga pasti sukakan rasanya.
RESIPI SAMBAL NASI LEMAK LEGEND YANG SEDAP (SUKATAN 6 ORANG MAKAN)
CARA MEMASAK: 1.Satukan bawang holland, bawang merah, halia, belacan dan ikan bilis. Kemudian kisar. 2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga pecah minyak. 3. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili masak sempurna. 4. Bila cili sudah masak, masukkan gula/ nise, garam, perasa dan sedikit air asam jawa. Sukatannya bergantung pada cita rasa masing-masing. 5. Tumis lagi hingga masak sempurna. 6. Sambal Nasi Lemak Legend sedia untuk dihidangkan bersama nasi dan bahan-bahan sampingan yang lain.
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap. Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya.Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh Khairul...