Banyak resipi kuah rojak tak tahu nak pilih yang mana, masih tercari-cari resipi kuah rojak buah yang sedap. Cuba buat resipi akak ni yang sudi kongsikan petuanya hasil beliau buat berniaga. Mestilah sedap kalau asik kena serbu jerkan. Jom cuba!

RESIPI KUAH ROJAK TERANGKAT

Kuah Rojak 4 Jam, Masak Lama Baru Tahan Untuk Simpanan. Gerenti Sedap Punya!

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Cabai kering 2 genggam ( rebus buang biji & blend )
  • Cabai melaka 5 -10biji ( kalau suka pedas ) – blend sx cabai kering
  • Kicap lemak manis 1 botol kecil
  • Sos cili 1 botol kecil
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Belacan 1-2 inci ( bakar & blend sx ngan cabai )
  • Otak udang 1-2 sudu ( kalau suka letak )
  • Pes asam jawa adabi 2 sudu
  • Gula melaka 1 ketul
  • Gula pasir 2 cawan
  • Tepung jagung 2-3 sudu ( boleh ejas )

CARA MEMASAK:

  1. Masak cabai blend sampai betul2 masak hilang bau cabai ( sy masak dlm 20 – 30minit ) – boleh tambah2 air
  2. Kemudian masukkan kicap,,sos cili,,sos tiram,,gula melaka,,pes asam jawa & otak udang
  3. Time ni sy buka api kecik ja & masak lama utk tahan disimpan ( in shaa Allah )
  4. Kemudian masukkan gula pasir – masa ni boleh ejas rasa dia
  5. Akhir sx masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air ( agak2 jgn pekat sgt kuah tu nt dah sejuk lg pekat )
  6. Biar mendidih lg 10-15minit boleh tutup api… SIAP ‼

Nota: Tak perlu letak garam

IKLAN

Kuah Rojak 4 Jam, Masak Lama Baru Tahan Untuk Simpanan. Gerenti Sedap Punya!

IKLAN
Kuah Rojak 4 Jam, Masak Lama Baru Tahan Untuk Simpanan. Gerenti Sedap Punya!
Buah yang sesuai dimakan bersama rojak.

 

Kongsi resipi: Ieza Hafiza

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI